backup og meta

Nak Anak Membesar Dengan Sihat? Ibu Kena Pastikan Si Kecil Ambil 15 Makanan Ini!

Nak Anak Membesar Dengan Sihat? Ibu Kena Pastikan Si Kecil Ambil 15 Makanan Ini!

Makanan untuk kanak kanak haruslah mengandungi lemak sihat untuk otak, kalsium yang membantu perkembangan tulang, semua vitamin dan mineral yang terdapat dalam sayuran serta banyak lagi.

Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui jenis makanan yang membantu tumbesaran mereka. 

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.

Pentingnya keseimbangan makanan untuk kanak kanak

Amat penting untuk mula mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat pada awal kehidupan anak. 

Apabila kanak-kanak membesar dan berkembang, mereka memerlukan nutrien penting untuk menjadi kuat dan sihat1. 

Beberapa faedah pemakanan sihat termasuk:

  • Tenaga lebih stabil
  • Tulang dan gigi yang kuat
  • Kesihatan mental lebih baik
  • Mengekalkan berat badan yang sihat
  • Mencegah penyakit kronik

15 makanan yang membantu tumbesaran si kecil

Semasa tahun-tahun perkembangan, makanan yang membekalkan protein, kalsium, zat besi dan vitamin penting untuk tumbesaran anak.

anak cerewet makan

Berikut antara jenis makanan untuk kanak kanak yang membantu pertumbuhan dan perkembangan mereka:

1. Beri

Buah strawberi dan beri biru kaya dengan vitamin C, antioksidan dan fitokimia. Ia melindungi sel yang sihat daripada kerosakan dan meningkatkan sistem imun2. 

Buah beri juga kaya dengan sebatian tumbuhan berfaedah disebut antosianin – ia memberikan manfaat kepada kesihatan otak dalam pelbagai cara3. 

2. Oren

Oren adalah buah sitrus yang sangat popular dan menjadi kegemaran anak kerana rasa manisnya. Menambah buah ini dalam diet anak boleh meningkatkan kesihatan mereka secara keseluruhan. 

Oren kaya dengan flavonoid, termasuk hesperidin dan narirutin. Ia juga tinggi kandungan vitamin C, iaitu nutrien penting bagi perkembangan otak, pengeluaran neurotransmitter dan banyak lagi4. 

3. Telur, salah satu makanan yang membantu tumbesaran

Merupakan makanan tinggi protein dan vitamin, telur salah satu sumber yang kaya dengan kolin – nutrien penting yang membantu perkembangan otak2. 

Sesetengah telur juga diperkaya dengan asid lemak omega-3. Jangan risau mengenai kolesterol kerana kandungan lemak tepu dan trans mempunyai kesan lebih besar terhadap peningkatan kolesterol berbanding telur.

4. Susu, antara makanan untuk kanak kanak yang bernutrisi

Susu sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan secara keseluruhan2. Ia mengandungi sumber kalsium dan fosforus yang baik, nutrien penting dalam pembinaan tulang, otot dan gigi5 si kecil, serta membekalkan asid lemak yang bagus untuk sistem penghadaman6.

Penting ke untuk memastikan sistem penghadaman anak sentiasa dalam keadaan sihat? 

Sudah tentulah penting! Sistem penghadaman ini akan memecahkan dan menyerap nutrien daripada makanan dan cecair yang diambil untuk digunakan sebagai tenaga, pertumbuhan dan pembaikan sel7. 

anak minum susu

Untuk menyokong kesihatan usus anak, anda boleh berikannya susu Friso Gold yang diperbuat daripada NOVAS Signature Milk dengan teknologi LocNutri, yang berfungsi mengekalkan nutrien dalam struktur aslinya. Ini memudahkan proses penyerapan nutrien.

Ia membekalkan nutrien galacto-oligosaccharide (GOS)8, nukleotida9 dan bifido lactis10 yang penting dalam membantu penyerapan nutrien, membina sistem penghadaman dan daya ketahanan badan yang kuat serta membekalkan tenaga yang diperlukan untuk anak membesar dengan sihat.

Friso Gold juga mengandungi nutrien lain seperti vitamin, mineral, DHA, Omega dan lain-lain untuk menyokong perkembangan kanak-kanak.

Dapatkan pek percubaan sehari susu Friso Gold secara percuma atau diskaun 50% bagi pek percubaan 6 hari di sini. 

5. Keju 

Kaya dengan protein, kalsium, fosforus dan vitamin D, keju sangat bagus untuk pertumbuhan tulang yang sihat2. 

6. Mentega kacang

Kaya dengan lemak tak tepu tunggal, mentega kacang membekalkan anak tenaga dan protein2. 

Namun, ibu perlu berhati-hati kerana sesetengah jenama mengandungi garam tambahan, gula, minyak sawit dan lemak separa terhidrogenasi yang boleh mengurangkan kualiti pemakanan.

Makanan untuk kanak kanak #7. Bijirin penuh

Serat dalam makanan ini mengekalkan kesihatan pencernaan dan mencegah sembelit2. 

Serat memastikan anak kenyang untuk tempoh lebih lama, sebagai tambahan kepada manfaat kesihatan yang lain.

Antara jenis makanan bijirin penuh kaya serat untuk kanak-kanak termasuk oatmeal, pasta gandum, beras perang, tortilla gandum dan roti gandum.

8. Daging 

Ia adalah sumber protein dan zat besi yang hebat. Zat besi mengoptimumkan perkembangan dan fungsi otak, serta menyokong sistem imun2. 

9. Ikan, antara jenis makanan untuk kanak kanak yang berkhasiat

Kaya dengan protein, ikan membantu membina otot dan tulang yang sihat. 

Ikan berminyak seperti salmon, tuna dan sardin juga mengandungi jumlah asid lemak omega-3 tinggi – yang menyokong perkembangan mata (penglihatan), otak dan saraf2. 

10. Avokado

Avokado kaya dengan khasiat dan merupakan makanan yang membantu tumbesaran si kecil kerana mengandungi lemak sihat. Kandungan lemak tak tepu tunggal ini penting untuk pertumbuhan normal dan perkembangan sistem saraf pusat serta otak11. 

Buah berkrim ini mengandungi nutrien penting lain seperti folat, serat, kalium, vitamin E dan zat besi. Ia turut membekalkan lutein dan beta-karotena yang menyokong penglihatan dan sistem imun yang sihat.

11. Ubi keledek

Ubi kaya dengan vitamin A, B dan C, serat, antioksidan serta kalium – berfungsi memastikan tekanan darah dan jantung sihat. Kandungan mangan di dalam ubi keledek juga boleh membantu meningkatkan metabolisme12. 

12. Sayuran berdaun, makanan untuk kanak kanak yang sihat

Sayuran hijau berdaun seperti bayam mengandungi sebatian seperti antioksidan, serat, folat, magnesium, kalsium, zat besi, kalium dan vitamin A, C serta K13. 

Nutrien ini melakukan pelbagai fungsi dalam badan, termasuk menggalakkan penglihatan yang baik, menyokong fungsi imun, perkembangan otak, bertindak sebagai antioksidan yang boleh membantu mencegah kanser tertentu, mengawal tekanan darah glukosa dan kolesterol.

Makanan yang membantu tumbesaran #13. Brokoli

Ia padat dengan nutrien yang mengoptimumkan perkembangan mata dan menangkis kerosakan sel2. 

Brokoli juga membekalkan banyak serat yang meningkatkan penghadaman dan mencegah sembelit.

makanan untuk kanak kanak

14. Kekacang 

Kacang adalah makanan sangat berkhasiat, sarat dengan protein dan serat. 

Pengambilan kekacang sebagai diet harian boleh membantu mengurangkan kolesterol, mengawal tekanan darah, mengurangkan risiko diabetes dan penyakit jantung, mengekalkan pergerakan usus yang teratur dan menyokong kesihatan tulang14. 

15. Yogurt, makanan untuk kanak kanak yang perlu diamalkan

Ia adalah snek sihat dan mengenyangkan yang mengandungi protein dan vitamin D, antara nutrien makanan yang kurang diambil. Yogurt juga membekalkan probiotik, bakteria baik yang penting untuk mengekalkan usus sihat15. 

Cara mudah untuk memilih yogurt yang sihat? Beli yogurt Greek biasa – tanpa gula tambahan serta 2x ganda protein berbanding yogurt biasa.

Tambahkan perisa dengan menggabungkan yogurt bersama buah atau bijirin kegemaran si kecil.

Jika terdapat sebarang pertanyaan mengenai makanan untuk kanak kanak, berundinglah dengan pakar nutrisi bagi mendapatkan lebih kepastian.

[embed-health-tool-child-growth-chart]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. The Importance of Good Nutrition for Kids. https://www.nationwidechildrens.org/family-resources-education/700childrens/2021/03/importance-good-nutrition-kids. Accessed on Sept 7, 2023.
  2. Top 10 Foods for the Growing Child​. https://www.healthxchange.sg/children/food-nutrition/foods-growing-child. Accessed on Sept 7, 2023.
  3. The Many Health Benefits of Anthocyanins. https://medericenter.org/the-mederi-blog/the-many-health-benefits-of-anthocyanins.html. Accessed on Sept 7, 2023.
  4. Can Vitamin C Help You Fight a Cold? https://health.clevelandclinic.org/benefits-of-vitamin-c/. Accessed on Sept 7, 2023.
  5. Dairy and Our Kidney. https://www.kidney.org/atoz/content/dairy-and-our-kidneys. Accessed on Sept 7, 2023. 
  6. Dairy Foods’ Role in Supporting a Healthy Gut Microbiome. https://www.healthyeating.org/nutrition-topics/nutrition-science/scientific-research/role-of-dairy-foods-in-supporting-a-healthy-gut-microbiome. Accessed on Sept 7, 2023.
  7. Digestive System. https://my.clevelandclinic.org/health/body/7041-digestive-system. Accessed on Sept 7, 2023.
  8. Sijbers, A. M., Schoemaker, R. J. W., Nauta, A., & Alkema, W. (2020). Revealing new leads for the impact of galacto-oligosaccharides on gut commensals and gut health benefits through text mining. Beneficial microbes, 11(3), 283–302. https://doi.org/10.3920/BM2019.0105. Accessed on Sept 7, 2023.
  9. Nucleotide. https://biologydictionary.net/nucleotide/. Accessed on Sept 7, 2023.
  10. Health benefits of Lactobacillus rhamnosus GG and Bifidobacterium animalis subspecies lactis BB-12 in children.https://doi.org/10.1080/00325481.2020.1731214. Accessed on Sept 7, 2023.
  11. Kids and Avocado. https://fruitsandveggies.org/stories/iv-for-060110-heidi-diller/. Accessed on Sept 7, 2023.
  12. Power of the sweet potato. https://healthbeat.corewellhealth.org/power-of-the-sweet-potato-low-glycemic-superfood. Accessed on Sept 7, 2023. 
  13. How to Get Your Kids to Eat Dark Leafy Greens. https://www.eatright.org/food/food-groups/vegetables/how-to-get-your-kids-to-eat-dark-leafy-greens. Accessed on Sept 7, 2023.
  14. Nuts, health and kids. https://nutritionaustralia.org/fact-sheets/nuts-health-and-kids/. Accessed on Sept 7, 2023. 
  15. What Kind of Yogurt Should You Feed Your Kids? https://health.choc.org/kind-yogurt-feeding-kids/. Accessed on Sept 7, 2023.

Versi Terbaru

25/06/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Siti Sofiah


Artikel Berkaitan

Nutrien Penting Untuk Anak Yang Sedang Membesar, Jangan Terlepas 10 Nutrisi Ini

9 Makanan Ini Rahsia Untuk Anak Sihat, Tak Mudah Sakit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 25/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan