What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other
ask-doctor-icon

Tanya Doktor Secara Percuma

Jadi yang terawal untuk berkongsi pandangan anda kepada Hello Doktor

Wow! Sebiji Avokado Sehari Dapat Elak Kolesterol Tinggi? Jom Cuba!

    Wow! Sebiji Avokado Sehari Dapat Elak Kolesterol Tinggi? Jom Cuba!

    Siapa sangka, makan sebiji buah avocado sehari dapat menurunkan kolesterol dalam badan? Jadi, jika anda sedang mencari buah untuk menurunkan kolesterol, avokadolah jawapannya!

    Menurut sebuah kajian berskala kecil yang dimuatkan di dalam Journal of the American Heart Association, avokado merupakan sejenis buah untuk menurunkan kolesterol dalam darah, terutamanya dalam kalangan mereka yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan.

    Tetapi, apakah maksud kolesterol? Kolesterol merupakan sejenis lemak yang dihasilkan oleh badan. Kolesterol bukanlah sesuatu yang dapat mengancam kesihatan. Malah, ia juga amat penting untuk kesihatan badan kita.

    Walau bagaimanapun, pengambilan makanan yang mempunyai kolesterol tinggi boleh menjadi penyebab penyakit seperti serangan jantung dan strok.

    Individu yang mempunyai berat badan berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami masalah kolesterol tinggi.

    Sebiji avokado dipenuhi dengan pelbagai nutrisi penting untuk badan seperti vitamin, mineral, serat dan kompaun seperti fitosterol yang dapat menghalang penyerapan kolesterol.

    Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan yang dapat mengurangkan risiko kanser dan penyakit jantung.

    Namun, bagaimanakah buah avocado dapat menurunkan kolesterol dalam badan? Sama-sama kita ikuti kupasannya dalam artikel di bawah.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.

    Buah avocado, buah untuk menurunkan kolesterol

    buah avocado

    Buah avokado mengandungi banyak nutrisi, terutamanya asid lemak tidak tepu atau MUFAs yang amat baik untuk kesihatan jantung.

    Malah, kajian juga membuktikan bahawa pengambilan sebiji avokado sehari dapat meningkatkan kesihatan jantung dan menurunkan tahap kolesterol badan. Sebab itulah, avokado diambil secara meluas di dalam diet Mediterranean.

    Sebuah kajian yang dimuatkan dalam Journal of the American Heart Association, 45 orang sukarelawan dengan berat badan berlebihan atau obes telah mengamalkan 3 jenis diet rendah kolesterol selama 5 minggu.

    Diet pertama ialah diet rendah lemak, diet seterusnya pula sederhana rendah lemak dan yang ketiga pula sederhana rendah lemak tetapi dengan pengambilan sebiji buah avocado sehari.

    Pada awal kajian, sukarelawan mempunyai tahap kolesterol jahat atau LDL sebanyak 3.31 mmol/L. Walaupun begitu, dengan diet rendah lemak yang diamalkan, kadar kolesterol LDL mereka berkurang kepada 3.08 mmol/L.

    Namun, dalam kumpulan yang mengambil avokado, penurunan yang dicatatkan adalah lebih banyak iaitu 2.94 mmol/L.

    Walaupun penurunannya tidaklah banyak mana, kajian ini telah cukup untuk membuktikan bahawa pengambilan buah avokado sehari sekali dapat merendahkan tahap kolesterol dalam badan, terutamanya untuk mereka yang obes dan mempunyai berat badan berlebihan.

    Baca juga:

    Kelebihan buah avocado yang lain

    Selain dapat menurunkan kolesterol badan, buah avokado mempunyai pelbagai manfaat lain terhadap kesihatan. Antaranya ialah:

    1. Mengandungi potassium yang tinggi

    buah avocado

    Menurut Jabatan Pertanian Amerika Syarikat, 100 gram avokado mengandungi 485 miligram potassium, hampir 100 mg lebih daripada potassium yang terkandung dalam sebiji pisang.

    Mineral ini amat penting untuk sistem saraf manusia. Malah, ia juga amat bermanfaat untuk mengawal tekanan darah badan.

    Menurut Persatuan Jantung Amerika Syarikat, potassium akan menyingkirkan lebihan garam dari badan dan menurunkan tekanan darah kita.

    2. Buah avocado kaya dengan serat

    Sedang menjaga berat badan? Makan sahaja buah avokado! Setiap 100 gram avokado mengandungi hampir 7 gram serat.

    Makanan yang mengandungi serat bukan sahaja baik untuk perut. Ia juga membolehkan kita rasa kenyang dengan lebih lama.

    Oleh sebab itu, avokado amat sesuai untuk orang yang sedang berdiet atau menjaga berat badan masing-masing.

    health-tool-icon

    Kalkulator BMI

    Guna kalkulator ini untuk mengira Indeks Jisim Badan (BMI) dan semak tahap kesihatan berat badan anda. Anda juga boleh menyemak BMI anak.

    Lelaki

    Wanita

    3. Kaya dengan folat

    buah avocado

    Folat merupakan sejenis vitamin B yang baik untuk perkembangan otak. Ia juga penting untuk memupuk kehamilan yang sihat. Malah, sebiji avokado mengandungi hampir 81 mikrogram folat setiap 100 gram.

    Menurut National Institutes of Health (NIH), wanita yang berada dalam usia reproduktif memerlukan 400 mikrogram folat setiap hari. Wanita hamil pula perlu meningkatkan pengambilan folat kepada 600 gram setiap hari.

    Folat amat penting untuk menghalang kecacatan semasa hamil, terutamanya yang memberi kesan terhadap otak dan saraf bayi.

    Hampir separuh kehamilan tidak dirancang. Sebab itulah, wanita perlu mengambil folat dalam diet seharian.

    Kesimpulan

    menurunkan kolesterol

    Buah avocado kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral. Ia juga kaya dengan lemak tidak tepu yang dapat mengurangkan tahap kolesterol jahat dalam badan.

    Bukan itu sahaja, avokado juga mengandungi lebih banyak potassium berbanding pisang dan kaya dengan vitamin B, C dan K.

    Kajian telah menunjukkan kemampuan buah untuk menurunkan kolesterol. Malah, ia juga mampu mengurangkan risiko strok, kanser serta penyakit arteri koronari.

    Disebabkan manfaatnya yang pelbagai, buah avokado sesuai diambil sebagai sebahagian daripada diet yang sihat dan seimbang.

    Walau bagaimanapun, sebiji avokado mengandungi hampir 200-300 kalori. Oleh sebab itu, pengambilan avokado yang terlalu banyak mungkin boleh menyebabkan pertambahan berat badan. Jaga-jaga!

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Sumber Rujukan
    1. An avocado a day may keep cholesterol at bay. https://www.health.harvard.edu/staying-healthy/an-avocado-a-day-may-keep-cholesterol-at-bay. Accessed on April 4, 2022.
    2. Can Avocados Lower My Cholesterol? https://www.mcgill.ca/oss/article/health-nutrition/can-avocados-lower-my-cholesterol. Accessed on April 4, 2022.
    3. Cholesterol: Top foods to improve your numbers. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/high-blood-cholesterol/in-depth/cholesterol/art-20045192. Accessed on April 4, 2022.
    4. Effect of a Moderate Fat Diet With and Without Avocados on Lipoprotein Particle Number, Size and Subclasses in Overweight and Obese Adults: A Randomized, Controlled Trial. https://www.ahajournals.org/doi/full/10.1161/jaha.114.001355. Accessed on April 4, 2022.
    5. In Case You Need a Reason to Eat More Avocado. https://www.cedars-sinai.org/blog/healthy-and-delicious-avocado.html. Accessed on April 4, 2022.
    Gambar penulisbadge
    Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 21/06/2022
    Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
    Next article: