backup og meta

Berbekal Semangat Keluarga & Sahabat, Miyatake Kuat Berjuang Lawan Kanser Testis!

Berbekal Semangat Keluarga & Sahabat, Miyatake Kuat Berjuang Lawan Kanser Testis!

Penemuan tanda kanser testis yang tidak pernah dijangka

Shunsuke Miyatake, seorang warga Jepun yang menetap di Kemboja, dikejutkan dengan berita bahawa beliau menghidap tanda kanser testis pada Ogos 2024 yang lalu.

Sebelum ini, kehidupannya berjalan seperti biasa di mana dia dapat mengimbangi komitmen kerja dan melakukan hobi seperti fotografi dan aktif bermain bola sepak dua kali seminggu.

Berita tentang testis bengkak sebelah kanan dan kiri ini benar-benar mengejutkannya, lebih-lebih lagi kerana kanser testis hanya menyumbang 1% daripada keseluruhan kes kanser dalam kalangan lelaki.

Miyatake adalah sebahagian daripada kira-kira 2.3 juta individu yang didiagnosis menghidap tanda kanser testis di Asia Tenggara. Antara kanser yang paling kerap dilaporkan di rantau ini ialah kanser payudara, serviks dan paru-paru.

Beberapa tahun sebelum ini, pihak berkuasa di rantau ini telah mengambil pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran tentang tanda kanser testis serta menyediakan sokongan kepada pesakit.

Antaranya termasuk Akta Kawalan Kanser Bersepadu Kebangsaan 2019 di Filipina yang bertujuan mewujudkan pusat kanser komprehensif, kempen “Beat Prostate Cancer” di Malaysia dan projek “Cancer Anywhere” di Thailand yang memastikan pesakit mendapat akses kepada rawatan.

Perjalanan dalam berjuang melawan tanda testis rosak

tanda kanser testis
Shunsuke Miyatake, pejuang kanser testis tahap 2B.

Perasaan terkejut, sedih, marah dan akhirnya bersemangat untuk berjuang adalah perkara biasa bagi seseorang yang menerima diagnosis tanda kanser testis.

Miyatake mengambil pendekatan untuk memahami sepenuhnya keadaannya (kanser testis tahap 2B). Beliau menjalani rawatan di Kemboja dan bekerjasama dengan beberapa doktor untuk menjalani pembedahan serta beberapa sesi kemoterapi.

Sepanjang menerima rawatan, Miyatake menghadapi pelbagai cabaran seperti menyesuaikan pemakanan, mencari doktor yang benar-benar prihatin terhadap kebimbangannya dan mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan rawatan di Kemboja atau berpindah ke luar negara.

Sebagai seorang yang gemar berkarya kreatif, beliau memilih untuk mendokumentasikan perjalanan rawatannya menerusi video dan media sosial.

Walaupun dilanda ujian seberat ini, beliau tetap kental serta menerima pelbagai sokongan daripada orang di sekelilingnya.

Semangat dan harapan inilah yang ingin beliau kongsikan kepada orang lain melalui karya penghasilan dokumentarinya.

Bersatu dalam keunikan pada Hari Kanser Sedunia

Walaupun ramai yang meniti dalam perjalanan kanser, percayalah bahawa setiap pengalaman itu adalah unik.

Hari Kanser Sedunia yang dianjurkan oleh Union for International Cancer Control (UICC) mengiktiraf pelbagai faktor emosi dan keputusan yang membentuk perjalanan setiap pesakit.

Dengan tema “Bersatu dalam Keunikan” bagi kempen tahun 2025-2027, fokus diberikan kepada kisah pesakit dan bukan sekadar statistik tanda kanser testis.

Kempen ini menekankan kepentingan ‘penjagaan khusus rakyat’ di mana pesakit perlu dilibatkan dalam keputusan berkaitan rawatan mereka.

Ia juga menggalakkan hubungan sosial di luar persekitaran klinikal. Keluarga dan komuniti memainkan peranan penting dalam kesejahteraan pesakit kanser, menjadikan sokongan mereka sangat bernilai.

Miyatake sendiri mengakui betapa pentingnya sokongan moral dalam menerima diagnosis dan menjalani rawatan tanda testis rosak.

“Saya menerima begitu banyak mesej dari seluruh dunia dan saya membaca setiap mesej dengan penuh rasa syukur”, katanya.

Setiap kata-kata semangat daripada keluarga dan rakan daripada mesej ringkas di media sosial, bekalan makanan, termasuk hadiah anak patung buatan tangan, kesemuanya adalah sumber kekuatannya.

Beliau turut menggalakkan orang ramai agar tidak segan menunjukkan keprihatinan terhadap orang lain.

tanda kanser testis
Cara periksa kanser testis.

Melangkah ke hadapan dengan penuh kekuatan

Kini, keadaan Miyatake semakin pulih. Selepas menjalani pembedahan dan empat sesi kemoterapi untuk merawat testis bengkak sebelah kiri dan kanan, imbasan CT pada Disember 2024 menunjukkan tiada lagi tanda kanser testis dan nodus limfa.

Namun, beliau sedar bahawa perjalanannya masih belum berakhir. Pemeriksaan berkala masih diperlukan bagi memantau penanda tumor dalam tubuhnya.

Selain mengamalkan pemakanan yang lebih sihat, beliau masih berdepan dengan kesan sampingan rawatan testis bengkak sebelah kiri dan kanan seperti kebas di hujung jari serta kesakitan berpanjangan di bahagian kaki.

Walaupun begitu, rambut dan janggutnya mula tumbuh kembali, manakala kehidupan sosial dan kerjayanya kembali normal. Malah, beliau kini sudah kembali bermain bola sepak sekali-sekala.

“Tanda kanser testis boleh dirawat,” katanya. “Namun sepanjang pengalaman ini, saya banyak berfikir tentang kematian. Setelah melalui saat-saat yang sukar, saya semakin menghargai setiap insan di sekeliling saya. Pada masa yang sama, saya sedar bahawa saya perlu menjalani kehidupan sepenuhnya.

Kuasa keterhubungan

kanser testis
Miyatake mendapat tahu bahawa beliau menghidap kanser testis pada Ogos 2024.

Terdapat pelbagai cara untuk menyertai Hari Kanser Sedunia. Anda boleh berkongsi pengalaman sendiri di media sosial atau membantu menyebarkan kesedaran tentang pesakit kanser dan keluarga mereka.

Aktiviti kutipan dana juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan beban kewangan pesakit yang perlu menjalani rawatan jangka panjang.

Kemungkinan besar, anda atau seseorang yang anda kenali pernah berdepan dengan cabaran tanda testis rosak atau kanser lain sama ada sebagai pesakit, penjaga atau pemerhati.
Seperti kisah Miyatake, perkara yang paling penting adalah membina semangat dan sokongan tentang kanser.
Pada Hari Kanser Sedunia ini, kongsikan kisah anda, sokong mereka yang memerlukan, dan jadilah pencetus perubahan.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Northwestern Medicine. What Is Testicular Cancer? https://www.nm.org/conditions-and-care-areas/cancer-care/genitourinary-cancer-care/testicular-cancer. Diakses Februari 3, 2025

World Health Organization. Management of cancer. https://www.who.int/southeastasia/activities/management-of-cancer. Diakses Februari 3, 2025

The Lancet Regional Health – Southeast Asia. Cancer in southeast Asia: can we do better https://www.thelancet.com/journals/lansea/article/PIIS2772-3682(23)00076-8/fulltext. Diakses Februari 3, 2025

The Lancet Regional Health – Southeast Asia. Cancer disparities in Southeast Asia: intersectionality and a call to action. https://www.thelancet.com/journals/lanwpc/article/PIIS2666-6065(23)00289-4/fulltext. Diakses Februari 3, 2025

World Cancer Day. https://www.worldcancerday.org/. Diakses Februari 3, 2025

Testicular cancer. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/testicular-cancer-care/symptoms-causes/syc-20352986. Diakses Februari 3, 2025

Testicular Cancer. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12183-testicular-cancer. Diakses Februari 3, 2025

Versi Terbaru

05/02/2025

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel berkaitan

Disahkan Kanser Testis, Apa Perlu Anda Lakukan? Terdapat 3 Cara Merawat!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Annes Nadia · Disemak pada tadi

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan