1/2 auns keju cheddar: 102 mg
1 keping roti gandum penuh: 24 mg
1/2 auns keju mozzarella: 103 mg
1/4 cawan kailan: 66 mg
1/4 cawan puding homemade: 76 mg
1 sudu besar tahini (mentega bijan): 64 mg
1/4 cawan sayuran turnip: 50 mg
1/4 cawan bayam yang dimasak: 60 mg
1/2 cawan bijirin yang diperkuat dengan kalsium (sedia untuk dimakan): 51 mg
1/2 cawan minuman kacang soya yang diperkuat dengan kalsium: 40 hingga 250 mg
Jumlah kalsium dalam setiap makanan adalah berbeza, ada kalanya bergantung mengikut jenama, saiz buah atau sayuran, dan juga lain-lain. Kanak-kanak mungkin makan lebih atau kurang berbanding jumlah yang dinyatakan, bergantung kepada umur dan selera mereka. Jadi, anggarkan kandungan nutrien tersebut sewajarnya.
Kandungan kalsium tidak terjejas oleh lemak, tetapi lemak pemakanan dalam produk tenusu memainkan peranan penting dalam perkembangan anak anda. Kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah perlu mendapatkan separuh kalori mereka daripada lemak untuk pertumbuhan sihat dan perkembangan otak. Oleh itu, kanak-kanak perlu makan hanya produk tenusu penuh lemak. Akan tetapi, jika doktor anda menasihati sebaliknya, kanak-kanak yang berusia lebih 2 tahun perlu mendapat kurang kalori daripada lemak, jadi mereka perlu makan produk tenusu rendah-lemak atau tanpa lemak untuk mengekalkan berat yang sihat.
Apa yang anda mungkin tidak tahu mengenai kalsium
Paras kalsium yang amat tinggi dalam darah selalunya disebabkan oleh keadaan kesihatan yang ada pada seseorang, berbanding disebabkan oleh pengambilan terlalu banyak kalsium dalam makanan dan juga suplemen.
Suplemen kalsium, sebaliknya, boleh juga menyebabkan masalah. Contohnya, pengambilan suplemen kalsium berlebihan dikaitkan dengan risiko tinggi mendapat batu karang.
Beberapa langkah berwaspada yang boleh anda lakukan: Jika anak anda kuat minum susu, pastikan dia tidak mendaat terlalu banyak kalori tambahan daripada susu sahaja, atau nanti dia akan berasa kenyang kerana minum susu dan kemudiannya tiada selera untuk makan makanan berkhasiat lain. Selain itu, pengambilan kalsium yang terlalu banyak juga boleh menyebabkan sembelit.
Anda disarankan untuk mendorong kanak-kanak melakukan aktiviti fizikal dan senaman dengan kerap, yang merupakan tabiat yang amat penting untuk kesihatan tulang. Senaman yang melibatkan berat seperti lompat tali, berlari, dan berjalan juga boleh membantu mendapatkan dan mengekalkan tulang yang kuat.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen