Masalah usus boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan anak. Tetapi bagaimana untuk membezakan sama ada sakit perut biasa atau melibatkan infeksi pencernaan pada anak?
Masalah usus boleh menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan anak. Tetapi bagaimana untuk membezakan sama ada sakit perut biasa atau melibatkan infeksi pencernaan pada anak?
Anak yang kerap mengalami sakit perut atau kronik boleh menjadi petunjuk wujud masalah kesihatan dalam sistem pencernaan mereka.
Jom ketahui cara untuk menilai tahap keparahan kesakitan abdomen yang dialami anak.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Keibubapaan, sila dapatkannya di sini.
Isu berkaitan infeksi pencernaan pada anak boleh dianggap sebagai keadaan yang sering berlaku.
Umumnya, masalah usus ini adalah berkaitan dengan kesihatan sistem gastrousus.
Gangguan ini boleh menghalang fungsi dan menjejaskan perkembangan anak.
Sama ada keadaan yang dialami anak melibatkan simptom muntah, cirit-birit atau hanya sekadar keluhan, jika terdapat kebimbangan jangan berlengah untuk melakukan pemeriksaan doktor.
Ini amat penting, terutamanya keadaan anak tampak sakit, tertekan, kehilangan berat badan, demam atau kerap mengalami pergerakan usus.
Terdapat beberapa keadaan melibatkan masalah usus ringan dan pulih dengan segera.
Antaranya:
Anak boleh muntah disebabkan pelbagai punca.
Antaranya seperti jangkitan virus, keracunan makanan, demam, batuk yang kerap, makan terlalu banyak, terlalu teruja, gugup mahupun bimbang.
Mereka juga boleh muntah kerana didasari penyakit serius seperti meningitis, apendiks dan penyumbatan usus.
Bersama keadaan ini, anak berkemungkinan akan mengalami simptom seperti cirit-birit, sakit perut atau demam.
Kesakitan pada bahagian abdomen oleh kanak-kanak boleh menjadi petunjuk pelbagai jenis masalah usus.
Ini punca rasa sakit perut yang kerap terjadi seperti:
Terdapat juga isu kesihatan lain yang boleh mengakibatkan anak mengalami sakit perut.
Keadaan ini mungkin disertai dengan kembung, kekejangan, mual dan ketidakselesaan umum.
Antara penyebab sakit perut yang jarang berlaku adalah seperti:
Banyak faktor boleh menyumbang kepada masalah sembelit pada anak.
Antaranya memulakan latihan tandas, diet rendah serat, pengambilan cecair sedikit, sindrom rengsa usus atau disebabkan ubat-ubatan tertentu.
Antara gejala sembelit yang boleh dialami termasuklah:
GERD biasa berlaku pada kanak-kanak, khususnya anak kecil.
Terdapat pelbagai perkara boleh menyebabkan kandungan atau asid perut terkeluar semula ke kerongkong.
Ini termasuklah keadaan melibatkan infeksi pencernaan pada anak seperti:
Anak yang cerewet dan sangat memilih dalam hal pemakanan harus menjadi satu perkara yang boleh mendatangkan kebimbangan pada ibu bapa.
Mengalami GERD, infeksi pencernaan pada anak seperti jangkitan gastrousus dan cirit-birit boleh menyebabkan mereka lebih cerewet dalam memilih makanan.
Pemilihan makanan tertentu sahaja turut boleh menjadi petunjuk gangguan pemakanan seperti anoreksia atau bulimia.
Kedua-dua keadaan itu lebih kerap berlaku pada remaja atau individu dewasa.
Tetapi jangan terkejut kerana si kecil juga berisiko mengalaminya.
Berikut antara punca paling biasa yang mengakibatkan anak mengalami kesakitan abdomen, iaitu:
Perut berangin dan kembung biasanya disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman oleh anak.
Selalunya keadaan perut kembung ini tidak berbahaya dan akan pulih tanpa sebarang rawatan.
Namun, melakukan perubahan pada diet anak turut dapat membantu proses pemulihan.
Baca juga:
https://wp.hellodoktor.com/keibubapaan/bayi/penjagaan-bayi/perut-kembung-bahayanya-kepada-bayi/
Alahan berlaku apabila sistem imun bertindak balas secara berlebihan terhadap bahan yang disebut sebagai alergen.
Pencetus alergen yang biasa adalah termasuk debunga, bulu binatang peliharaan dan racun lebah.
Anak anda juga boleh mempunyai alahan terhadap makanan dan ubat-ubatan tertentu.
Tindak balas bagi alahan makanan biasanya boleh mencetuskan masalah dalam sistem penghadaman seperti cirit-birit, loya dan muntah.
Adakah anak kerap mengadu sakit perut? Jika ya, ia mungkin didasari oleh IBS.
Ini kerana IBS boleh mencetuskan gejala seperti sakit perut, kembung, sembelit dan cirit-birit.
Keadaan ini dipercayai mempunyai kaitan dengan kepekaan pada usus.
Sakit perut biasanya hilang setelah anak anda:
Tidak ada rawatan khusus untuk sakit perut, tetapi anda dapat membantu melegakan gejala melibatkan masalah usus anak dengan perkara berikut:
Dalam beberapa kes, isu infeksi pencernaan pada anak boleh mengancam nyawa.
Dapatkan rawatan segera jika anak mengalami gejala seperti:
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen