Berikut merupakan 7 tip “bonding” yang anda boleh gunakan untuk membantu perkembangan otak bayi secara positif dan efektif:
Kesihatan pranatal
Paling asas, sentiasa pastikan anda mendapatkan nutrisi, melakukan senaman dan penjagaan pranatal yang secukupnya ketika hamil. Ini sangat perlu memandangkan otak anak anda akan berkembang dalam lingkungan 100 bilion sel di antara minggu keenam dan kelima kehamilan.
Sentuhan dan belaian
Ini sangat membantu untuk menunjukkan kepada anak anda bahawa mereka disayangi dan diperlukan oleh anda. Ini sekaligus membuat mereka mudah berasa tenang dan kurang stres apabila bersama anda. Si kecil yang bersikap tenang mudah mengadaptasi persekitaran, bunyi, tekstur dan bau di sekeliling mereka.
Respons terhadap setiap kelakuan anak anda
Kukuhkan pengetahuan emosi anak anda. Sebagai contoh, jika anak anda senyum kepada anda, balas senyuman mereka, anggukkan kepala dan berbual dengan mereka. Ini dapat membantu mengajar anak anda untuk berkomunikasi dengan individu lain kelak. Ini juga sekaligus dapat membantu anak anda berasa lebih selamat di samping anda.
Bantu anak anda menjalinkan ikatan dengan individu penting selain ibu bapa
Bantu anak anda menjalinkan ikatan yang kukuh dengan beberapa individu yang penting dalam hidup mereka contohnya sepupu atau ibu bapa saudara mereka. Ini dapat membantu anak anda belajar dan memahami kepentingan mempunyai jalinan ikatan yang kukuh terhadap individu yang disayangi.
Berbual bersama anak anda
Saintis menekankan bahawa masa yang paling sensitif untuk otak anak anda bertindakbalas dengan bahasa adalah ketika mereka berusia lima tahun. Oleh itu, gunakan peluang ini untuk memperkenalkan pelbagai perkataan kepada mereka. Kanak-kanak yang mempunyai pengetahuan yang baik mengenai perkataan akan berkembang menjadi pembaca dan penulis yang baik kelak.