Awas! Jangan Picit Bisul Sendiri Di Rumah, Kalau Nak Legakannya, Ikut Trik Ini

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 09/07/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Anda perasan ada bisul muncul di tubuh tetapi anda tidak tahu apakah punca bisul tersebut.

Ada yang menasihatkan agar mencungkil ‘mata’ bisul tersebut dan keluarkan nanah jika ingin merawatnya. Namun, adakah ini cara menghilangkan bisul yang benar-benar tepat?

Apakah yang dimaksudkan dengan bisul?

Dalam terma bahasa Inggeris, bisul disebut sebagai ‘boil’ atau ‘furuncle’. Bisul terbentuk disebabkan oleh jangkitan bakteria pada kawasan folikel rambut dan juga tisu di sekitarnya.

Ia lebih kerap berlaku di bahagian rambut kepala tetapi ia juga boleh berlaku di kawasan tubuh lain yang turut mempunyai rerambut. Ini termasuklah di kawasan ketiak, punggung, leher, muka dan paha.

Apabila folikel rambut ini dijangkiti bakteria, ia akan mengalami keradangan. Biasanya, kawasan bisul akan mempunyai sedikit benjolan berwarna merah.

Setelah itu, ia akan dipenuhi dengan nanah dan menjadi semakin besar.

Semakin besar saiz bisul tersebut, maka anda akan berasa semakin sakit sehinggalah bisul pecah dan mengeluarkan lendiran di dalamnya.

Bakteria punca bisul terbentuk

punca bisul

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, punca bisul terbentuk adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria. Jenis bakteria yang biasa menyebabkan bisul ialah Staphylococcus aureus atau ringkasnya S. aureus

Bakteria ini biasanya menyebabkan jangkitan pada mana-mana bahagian kulit anda yang mengalami bukaan atau koyakan seperti luka.

Memandangkan bakteria ini dianggap sebagai bendasing oleh sistem imun tubuh, maka sistem imun akan bertindak melawan kemasukan bakteria S. aureus.

Disebabkan serangan daripada sistem imun ini maka bisul terbentuk pada kulit anda. Ia sebenarnya adalah sel-sel darah putih yang mati melawan serangan bakteria tersebut. 

Simptom-simptom jangkitan bisul

Bisul akan biasa terbentuk pada kawasan yang mudah berpeluh atau mudah bergeser kerana di situ terdapatnya luka kecil atau calar akibat geseran yang berlaku.

Antara tanda atau simptom tumbuh bisul ialah:

  • Muncul benjolan kecil berwarna merah yang boleh membesar sehingga lebih daripada 2 inci
  • Kulit berwarna merah di sekitar benjolan tersebut
  • Benjolan tersebut semakin membesar setiap hari dan dipenuhi nanah
  • Hujung benjolan berwarna putih kekuningan yang kemudiannya akan pecah dan menyebabkan nanah keluar

Siapakah yang mudah mendapat bisul?

Semua individu berisiko untuk mendapat benjolan ini, namun bisul lebih mudah berlaku dalam kalangan mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah atau menghidap sebarang keadaaan kesihatan yang memperlambatkan kesembuhan luka pada tubuh.

Sebagai contoh, penghidap penyakit diabetes atau ekzema mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat jangkitan bisul.

Ini disebabkan oleh penyakit kulit kronik yang dialami oleh mereka yang menjadikan kulit kering dan gatal-gatal.

Selain itu, mereka yang berhubungan dengan mereka yang dijangkiti benjolan ini turut berisiko untuk mendapat jangkitan bisul yang sama.

Jangan risau, ini cara menghilangkan bisul yang boleh dilakukan!

cara menghilangkan bisul

Kebiasaannya, bisul yang dialami akan pecah dan membaik dengan sendiri dalam tempoh masa 2 minggu. 

Bagi bisul yang masih tidak pecah, anda disaran untuk menggunakan beberapa kaedah yang akan menggalakkan bisul tersebut untuk pecah dan sembuh.

Salah satu cara menghilangkan bisul adalah melalui penggunaan kompres hangat (warm compresses) yang akan membantu mempercepatkan bisul anda untuk ‘masak’.

Antara contoh kompres hangat adalah dengan menggunakan kain tuala yang direndam dengan air suam.

Sekiranya bisul anda telah pecah, teruskan menggunakan kaedah kompres hangat ini untuk menggalakkan bisul tersebut sembuh selain mengurangkan rasa sakit yang dialami.

Selain itu, anda juga perlu mencuci tangan dan kawasan punca bisul tersebut dengan menggunakan sabun antibakteria bagi mengelakkan penyebaran jangkitan ke kawasan lain. 

Namun, jika bisul yang wujud itu masih tidak pecah dan berasa sakit lebih dari 2 minggu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Bagi cara menghilangkan bisul yang dilakukan oleh doktor, anda mungkin akan diberikan ubat antibiotik dan juga sedikit pembedahan kecil bagi mengeluarkan nanah pada bisul tersebut. 

Jangan picit benjolan bisul anda di rumah, bahaya!

Jangan sesekali memicit, mencucuk atau memotong bisul anda di rumah kerana ia hanya akan membuatkan bisul menjadi semakin parah.

Selain itu, anda juga mungkin akan mendapat parut yang agak besar jika prosedur tersebut dilakukan secara bersendirian.

Berjumpa sahaja dengan doktor yang akan membantu anda memecahkan bisul tersebut dengan menggunakan peralatan yang telah disterilkan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Baca juga:

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy"
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Bisul

Kenali apa itu Bisul. Apakah simptom-simptom, punca dan rawatannya.

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Mellisa Lim
Kesihatan A-Z, Kesihatan A-Z 28/03/2018 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

bisul

Jerawat Atau Bisul? Apakah Perbezaannya?

Fakta Perubatan Disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Farah Aziz
Diterbitkan pada 23/01/2019 . 3 minit bacaan
Biji Jarak (Castor Bean)

Biji Jarak (Castor Bean)

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhammad Ikraam Abdul Latif
Diterbitkan pada 25/05/2018 . 4 minit bacaan
Jangkitan otak

Jangkitan otak

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Nur Hadirah Mustafa
Diterbitkan pada 22/05/2018 . 5 minit bacaan
MRSA

MRSA

Fakta Perubatan Disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Naveen Rajeev
Diterbitkan pada 02/04/2018 . 3 minit bacaan