backup og meta

Ini Rawatan Bagi Atasi Masalah Selesema Perut, Jom Cuba Di Rumah!

Ini Rawatan Bagi Atasi Masalah Selesema Perut, Jom Cuba Di Rumah!

Diserang penyakit gastroenteritis boleh menyebabkan anda mengalami sakit perut yang teruk. Tetapi usah gusar, Hello Doktor akan berkongsikan cara rawatan yang boleh dilakukan di rumah.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Penyakit gastroenteritis 

Keadaan gastroenteritis ini adalah selesema perut (stomach flu) disebabkan jangkitan pada perut dan usus.

Walaupun terdapat perkataan flu, ia tidak sama dengan influenza. Ini kerana kebanyakan gejala influenza melibatkan saluran pernafasan dan jarang mempengaruhi sistem penghadaman.

Selain simptom sakit perut yang teruk, berikut antara gejala yang boleh dialami apabila terkena stomach flu termasuklah:

Selesema perut biasanya disebabkan oleh virus, bakteria atau parasit, seperti:

  • Bakteria, seperti E.coli, Salmonella dan Shigella
  • Virus, seperti norovirus dan adenovirus
  • Parasit, seperti Giardia lamblia dan Cryptosporidium (Crypto)sakit perut yang teruk

Tip merawat sakit perut yang teruk di rumah

Berikut boleh dilakukan untuk merawat penyakit gastroenteritis:

Pengambilan cecair 

Cirit-birit dan muntah boleh menyebabkan dehidrasi. Pastikan pengambilan cecair mencukupi, sama ada minuman isotonik atau air jernih lain. 

Untuk bayi, berikan susu ibu atau susu formula secukupnya. Bagi‌ ‌kanak-kanak,‌ ‌berikan ‌larutan‌ ‌oral‌ ‌rehidrasi‌ ‌(ORS)‌, ‌1‌ ‌hingga‌ ‌2‌ ‌sudu‌ ‌teh‌ ‌ORS‌ ‌setiap‌ ‌5‌ ‌minit‌.

Ketulan ais atasi masalah sakit perut yang teruk

Jika mengalami kesukaran untuk mengekalkan air dalam tubuh, menghisap ketulan ais dapat membantu penghidratan semula.

Jangan berikan ketulan ais kepada kanak-kanak kerana boleh menyebabkan tersedak atau tercekik.

Diet BRAT 

BRAT bermaksud Banana (pisang), Rice (nasi), Applesauce (sos epal) dan Toast (roti).

Makanan berkanji rendah serat dalam diet ini sesuai dengan keadaan perut ketika diserang selesema perut.

Teh 

Teh tanpa kafein membantu mengisi semula cecair yang hilang. Anda juga boleh mencuba teh berperisa seperti pudina – dapat menenangkan perut, atau halia – melegakan mual. 

Baca juga:

Cuka epal sider

Sesetengah individu mengatakan ia dapat membantu mengurangkan rasa mual dan sakit perut yang teruk.

Kayu manis & kunyit

Kedua-dua rempah ini dikatakan dapat melegakan gejala gastroenteritis. 

Sebaiknya sebelum mencuba sebarang ubatan alternatif atau herba, dapatkan rundingan doktor terlebih dahulu. 

Titik tekanan bantu kurangkan simptom sakit perut yang teruk

Anda juga boleh mencuba lakukan titik tekanan bagi melegakan loya, dikenali sebagai titik tekanan P-6, atau Neiguan.

Titik tekanan P-6 ini terletak pada jarak 3 jari pada pergelangan tangan.

Untuk mencarinya, biarkan telapak tangan menghadap wajah. Kemudian letakkan 3 jari pertama daripada tangan sebelah lagi pada pergelangan tangan anda.

Letakkan ibu jari pada titik di bawah jari telunjuk di antara 2 tendon besar – urat yang menghubungkan otot ke tulang.

Lakukan tekanan kuat tetapi tidak menyakitkan bersama urutan untuk tempoh 2 hingga 3 minit.

Makanan perlu dielakkan ketika diserang sakit perut yang teruk

Anda disarankan untuk mengikuti diet BRAT dan mengelakkan makanan yang boleh memicu gejala selesema perut seperti:

Produk tenusu

Jika mengalami penyakit gastroenteritis, anda mungkin sukar mencerna laktosa dalam susu, keju dan produk tenusu.

Makanan berlemak memburukkan keadaan sakit perut yang teruk

Makanan berminyak dan berlemak seperti daging berlemak, makanan berkrim dan kekacang boleh memburukkan lagi sakit perut anda.

Makanan pedas

Makanan berempah pedas seperti cili, lada benggala dan bawang putih tidak sesuai untuk individu dengan penyakit gastroenteritis kerana ia akan memburukkan lagi keadaan diri.

sakit perut yang teruk

Kafein 

Kafein bertindak sebagai diuretik menyebabkan anda kerap kencing dan kehilangan cecair – kesannya mengalami dehidrasi.

Elakkan serat ketika diserang sakit perut yang teruk

Buah, sayuran dan kekacang antara makanan perlu dielak seketika kerana tinggi kandungan serat yang boleh menyebabkan anda berak cair – punca kepada dehidrasi. 

Alkohol

Boleh menyebabkan kerengsaan dan keradangan pada lapisan perut (gastritis) serta saluran pencernaan.

Kesannya, ia merangsang pengeluaran asid gastrik yang ingin anda hindari apabila sudah mengalami rasa mual.

Gula 

Kenaikan kadar gula boleh mencetuskan loya bagi sesetengah individu. Makanan bergula juga sering berlemak dan ia akan memburukkan lagi gejala sedia ada.

Soda

Soda mengandungi kafein yang bertindak sebagai diuretik dan boleh menyebabkan rasa mual.

Soda tanpa kafein pula terkandung bahan kimia dan berasid boleh merengsakan abdomen, ini sekali gus tidak sesuai dengan keadaan penyakit gastroenteritis dialami.

Makanan berasid memburukkan keadaan sakit perut yang teruk

Buah sitrus seperti lemon dan oren, nanas dan produk tomato tinggi kandungan asid boleh merengsakan perut dan menyebabkan asid refluks.

sakit perut yang teruk

Makanan diproses

Kebanyakan makanan diproses dan siap dibungkus tinggi kandungan lemak, gula, pengawet dan pewarna tiruan yang memburukkan lagi gejala penyakit gastroenteritis.

Gluten 

Merupakan protein yang terkandung dalam gandum dan bijirin.

Bagi individu sensitif dengan protein boleh menyebabkan cirit-birit, sakit perut dan kembung. Menghindarinya adalah pilihan terbaik.

Pemanis tiruan

Sering digunakan dalam makanan diet, ia boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti perut berangin dan kembung serta cirit-birit.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Aug 18, 2021

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/viral-gastroenteritis/diagnosis-treatment/drc-20378852 

https://familydoctor.org/brat-diet-recovering-from-an-upset-stomach/

https://www.piedmont.org/living-better/the-brat-diet

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/viral-gastroenteritis/symptoms-causes/syc-20378847

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12418-gastroenteritis

https://www.cdc.gov/norovirus/trends-outbreaks/worldwide.html

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5788933/

https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/20231933/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6341159/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3943007/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC3731878/

https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2995283/

Versi Terbaru

22/04/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Jus Anggur Boleh Rawat Masalah Sakit Perut Flu, Berkesan Ke Kalau Minum?

Simptom Selesema Perut Hampir Sama Keracunan Makanan, 7 Cara Ini Boleh Rawat!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/04/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan