Bukan Kopi Saja, Tapi 9 Makanan Harian Ini Juga Ada Kafein! Patutlah Mata Selalu Cerah

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 18/01/2021 . 3 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda terfikir, apakah makanan berkafein lain selain kopi? Atau anda sendiri tidak tahu rupanya ada sumber kafein lain selain kopi?

Semak apa yang kami sediakan di bawah ini.

Apakah kafein?

Kafein adalah sejenis bahan perangsang semula jadi yang banyak diperoleh daripada sumber seperti kopi, teh dan juga koko.

Ia adalah bahan yang boleh membuatkan anda menjadi sedikit ketagih kepadanya.

Minuman dan makanan berkafein sering dikaitkan dengan kemampuannya untuk membuatkan kita kekal berjaga.

Ini kerana, kafein akan merangsang otak serta sistem saraf pusat untuk kekal berjaga selain mengelakkan rasa letih. 

Bagaimana kafein bertindak dalam tubuh kita?

makanan berkafein

Setelah anda minum kopi, sumber kafein daripada kopi yang anda minum akan diserap dengan pantas ke dalam perut dan juga darah.

Setelah itu, kafein tersebut akan pergi ke bahagian hati dan diuraikan menjadi sebatian yang boleh memberi kesan terhadap organ tubuh yang lain.

Salah satu organ yang paling terkesan dengan kehadiran kafein ialah otak.

Apabila kafein memasuki otak, ia akan menghalang kesan adenosin dalam otak daripada berlaku.

Adenosin ialah sejenis neurotransmitter yang menenangkan otak dan membuatkan anda menjadi letih.

Biasanya, adenosin akan semakin bertambah sepanjang hari serta membuatkan anda berasa letih dan mahu tidur.

Namun, dengan kehadiran kafein dalam otak, ia akan menyahaktif kesan adenosin daripada berlaku. Hasilnya, anda akan kekal berjaga. 

Makanan berkafein yang mungkin anda tidak pernah tahu

Selain kopi dan juga teh, ada beberapa lagi jenis minuman dan juga makanan berkafein yang mungkin anda tidak pernah sedar sebelum ini.

Kami berikan senarai sumber kafein ini untuk bacaan anda.

#1. Coklat

Ya, coklat juga sebenarnya mempunyai kandungan kafein. Ini kerana kafein juga boleh dijumpai dalam biji koko.

Jumlah kafein yang terdapat dalam coklat bergantung kepada jenis coklat tersebut.

Ini kerana, setiap jenis coklat yang anda makan, ia mempunyai campuran bersama bahan lain yang memberi kesan kepada jumlah kafein di dalamnya.

Semakin gelap coklat yang anda makan, maka semakin tinggi kandungan kafeinnya.

Sebagai contoh, coklat gelap mempunyai jumlah kafein yang lebih tinggi berbanding coklat jenis lain.

Makanan berkafein 2: Bijirin sarapan pagi

makanan berkafein

Bijirin sarapan pagi juga mempunyai kandungan kafein dengan jumlah tertentu.

Bijirin sarapan pagi berperisa coklat mempunyai sekitar 11 miligram kafein bagi setiap kotak.

Ini bermakna, anda akan mendapat sekitar 1 miligram kafein bagi setiap cawan bijirin yang anda ambil.

#3. Biskut cip coklat

Bagaimana biskut cip coklat juga mempunyai kafein? Sudah pasti daripada cip coklat yang digunakan dalam resipinya.

Untuk pengetahuan anda, satu cawan cip coklat mengandungi sekitar 33.6 miligram kafein.

Makanan berkafein 4: Susu coklat

Bukan hanya kopi atau teh, tetapi susu atau minuman coklat juga adalah salah satu daripada sumber kafein.

Satu cawan minuman susu coklat mengandungi sekitar 2.5 miligram kafein di dalamnya. 

#5. Aiskrim dan yogurt

Aiskrim dan yogurt juga mempunyai kandungan kafein jika ia berperisa coklat atau kopi.

Ia boleh mengandungi sekitar 30 hingga 45 miligram kafein bagi setiap 100 ml aiskrim dan juga yogurt. 

#6. Serbuk koko

Bagi yang gemar memasukkan serbuk koko dalam resipi kek dan juga biskut, anda juga perlu tahu kewujudan kafein di dalamnya.

Satu sudu makan serbuk koko mengandungi 12.4 miligram kafein iaitu bersamaan dengan satu hirupan kopi. 

#7. Minuman berkarbonat

sumber kafein

Pengilang minuman berkarbonat juga memasukkan kafein dalam penghasilan produk minuman mereka.

Sebagai contoh, minuman Mountain Dew mengandungi sekitar 91 miligram kafein bagi setiap 600 ml.

Diet Coke pula mengandungi 76 miligram kafein dengan jumlah yang sama. 

#8. Kopi decaf

Kopi decaf juga mengandungi kafein? Ya. kopi decaf bukanlah bermakna kopi tersebut benar-benar tiada kafein.

Kajian menunjukkan, bagi setiap cawan kopi decaf, ia mengandungi sekitar 8 hingga 14 miligram kafein. 

Makanan berkafein 9: Matcha

Tidak pelik jika dikatakan matcha juga mempunyai kafein. Ini kerana, serbuk matcha dihasilkan daripada daun teh hijau dan mempunyai kandungan kafein seperti kopi.

Bagi setiap 236 ml minuman matcha, ia mengandungi sekitar 70 miligram sumber kafein.

Kesimpulan

Jangan tidak percaya, 9 jenis makanan ini sememangnya mengandungi kafein.

Sumber kafein daripada makanan di atas berbeza jumlahnya mengikut jenis makanan.

Apa yang pasti, sebarang makanan dan minuman yang mempunyai kandungan kopi, teh dan juga koko, pastinya mempunyai sumber kafein di dalamnya. 

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Beza Kandungan Kafein Di Dalam Teh Dan Kopi; Ketahui Minuman Mana Yang Sesuai Untuk Anda

Minuman berkafein sangat popular di seluruh dunia. Ia terkandung di dalam lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan terutamanya coklat, kopi dan teh...

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Fakta Nutrisi 04/02/2021 . 3 minit bacaan

Normal Ke Jika Mulut Berbau Waktu Pagi? Ini 5 Puncanya & Juga Tip Mencegah, Pasti BERKESAN!

Isu bau mulut adalah keadaan biasa yang dialami oleh kebanyakan individu selepas bangun tidur. Jom fahami punca mulut berbau dan cara untuk mengatasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Mulut 22/01/2021 . 3 minit bacaan

Kalau Nak Kurangkan Stres, Boleh Cuba 7 Jenis Makanan Penghilang Stres Ini

Selain bersiar-siar, bagaimana pula jika anda gunakan strategi makanan penghilang stres? Adakah makanan hilangkan stres ini betul-betul berkesan?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Pemakanan Sihat, Tips Pemakanan Sihat Lain 21/01/2021 . 3 minit bacaan

Boleh Kurangkan Kafein Dalam Kopi Dengan Tambah Susu – Fakta Atau Auta?

Terdapat pelbagai variasi air kopi yang dicampur dengan susu. Namun, adakah kandungan kafein akan berkurang jika minum kopi bersama susu?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Gaya Hidup Sihat, Pemakanan Sihat 15/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

cara merawat gastrik angin

Apa Kata Cuba 8 Kaedah Ini Untuk Atasi Masalah Gastrik Anda, Pasti BERKESAN!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
cara menghilangkan pedih ulu hati dengan cepat

Nak Tahu Cara Atasi Pedih Ulu Hati? Jom Cuba 6 Kaedah Ini, Barulah Lega!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit glaukoma

Penghidap Glaukoma, Kenal Pasti 9 Makanan Ini ATAU Mata Anda Jadi Makin Teruk!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 18/02/2021 . 3 minit bacaan
penyakit gastritis

Orang Gastrik Tak Boleh Minum Kopi? Ini 12 Makanan Boleh Ambil & Mesti Elak Jika Ada Gastritis

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 16/02/2021 . 3 minit bacaan