Jangkitan selsema teruk yang berpunca daripada virus influenza sememangnya boleh menyebabkan individu menjadi tidak produktif.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Jangkitan selsema teruk yang berpunca daripada virus influenza sememangnya boleh menyebabkan individu menjadi tidak produktif.
Ia merupakan penyakit saluran pernafasan yang lazim didiagnosis setiap tahun dan boleh memberikan implikasi kesihatan yang ketara jika tidak diuruskan dengan baik.
Seperti jangkitan virus pernafasan yang lain, mereka yang mengalami selsema teruk akibat influenza boleh menjangkitkannya kepada individu lain.
Oleh sebab itulah penting bagi kita untuk memahami berkenaan dengan tempoh inkubasi virus influenza (masa di antara jangkitan berlaku dan simptom pertama muncul).
Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui bagaimana jangkitan ini boleh berlaku dan tempoh jangkitan virus.
Secara umumnya, bagi jangkitan influenza, jarak masa di antara jangkitan dan kemunculan simptom pertama adalah di antara 1 hingga 4 hari.
Tempoh masa ini berbeza bagi setiap individu dan purata tempoh inkubasi adalah sekitar 2 hari.
Ini bermakna, secara puratanya, individu yang dijangkiti oleh virus influenza akan menunjukkan simptom selepas 2 hari.
Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi tempoh inkubasi bagi masalah selesema influenza. Antaranya adalah:
Ramai individu yang hanya mengasingkan diri selepas mereka menunjukkan simptom.
Hakikatnya, anda sudah boleh menjangkiti individu lain sehari sebelum anda menunjukkan simptom.
Sebagai contoh, jika anda dijangkiti virus pada hari Jumaat, anda boleh menjangkiti individu lain pada hari Sabtu dan hanya mengalami simptom pertama pada hari Ahad.
Perkara ini membuatkan jangkitan selsema teruk ini sukar untuk dikawal. Selepas anda mendapat simptom, anda boleh menjangkiti individu lain dalam tempoh 5 hingga 7 hari.
Sukar untuk kita membezakan simptom bagi selesema influenza dengan selesema yang berpunca daripada masalah jangkitan lain.
Namun, lazimnya simptom influenza datang secara mendadak. Antara gejala yang boleh anda alami adalah:
Terdapat juga simptom lain yang lazim dialami oleh kanak-kanak seperti loya, muntah dan sakit telinga apabila mereka alami jangkitan selsema teruk.
Anda boleh mengalami simptom influenza di antara 3 hingga 7 hari. Walau bagaimanapun, rasa lesu dan lemah badan boleh dirasai sehingga 2 minggu.
Pada kebanyakan kes, jangkitan influenza boleh tersebar melalui titisan air saluran pernafasan yang terlepas ke udara semasa anda batuk atau bersin.
Oleh itu, sekiranya anda bersin atau batuk di kawasan awam, titisan udara boleh tersebar dan menjangkiti individu lain dengan lebih mudah.
Terdapat juga kaedah penyebaran yang dikenali sebagai fomit. Ia adalah kaedah yang melibatkan bahan tercemar (bahan yang disentuh oleh mereka yang dijangkiti virus).
Jika anda menyentuh objek tersebut, jangkitan boleh berpindah ke tangan anda. Jika anda menggosok mata, hidung atau mulut tanpa mencuci tangan, jangkitan boleh memasuki sistem pernafasan sehingga menyebabkan selesema.
Oleh itu, jika anda menghidap masalah selesema influenza, anda perlu:
Jika anda mengalami masalah selesema, adalah lebih baik jika anda mengasingkan diri daripada individu lain.
Virus influenza sangat mudah merebak dan ia boleh menyebabkan komplikasi kesihatan yang mengancam nyawa.
Cuci tangan secara kerap dan pakai topeng muka sekiranya anda perlu keluar daripada rumah. Jika ada persoalan, ajukan kepada doktor anda sekarang.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen