Kerana gejala yang serupa, timbul kekeliruan antara cirit-birit disebabkan jangkitan gastroenteritis dengan cirit-birit disebabkan oleh bakteria, seperti Clostridium difficile, salmonella dan E. coli atau parasit seperti giardia.
Teori mengenai jus anggur & gastroenteritis virus
Jadi adakah benar meminum jus anggur dapat membantu melawan sakit perut disebabkan jangkitan gastroenteritis virus ini?
Ada yang berpendapat bahawa jus anggur dapat membantu mengubah pH – tahap keasidan – asid perut sehingga menghentikan patogen, iaitu agen punca penyakit, daripada membiak dan membuatkan anda sakit.
Walau bagaimanapun, virus perut boleh membiak dengan banyak pada saluran usus anda, yang secara semula jadi mempunyai tahap pH lebih neutral.

Tidak kurang juga yang mempercayai bahawa jus anggur mempunyai sifat antivirus – biasanya dikaitkan dengan kandungan vitamin Cdi dalamnya.
Vitamin C adalah antioksidan kuat dengan sifat antivirus dan terbukti dapat meningkatkan imuniti tubuh.
Dalam satu kajian tabung uji mendapati bahawa vitamin C mematikan virus yang menyebabkan bakteria dalam perut dan menghalangnya daripada membiak.
Pun begitu, walaupun jus anggur mengandungi sejumlah vitamin C, tetapi ia bukanlah cara terbaik untuk memberikan nutrien ini kepada tubuh.
Ini kerana secawan 180 ml 100% jus anggur mengandungi 63% nilai harian untuk vitamin C, manakala sebiji oren besar mempunyai lebih 100% jumlah vitamin tersebut.
Bahkan, secawan 76 gram brokoli mentah dapat memberikan 85% vitamin C.
Jadi ini bermakna ada cara lain yang boleh membantu anda mendapatkan nutrisi vitamin C lebih banyak berbanding jus anggur dalam melawan flu perut.
Tiada sokongan pakar
Daripada hasil kajian khusus mengenai jus anggur tidak menemukannya sebagai cara terbaik untuk mencegah flu perut.
Walaupun jus anggur nampaknya menawarkan sifat antivirus, tetapi ia hanya ditunjukkan dalam kajian tabung uji – bukan ujian klinikal pada manusia.
Berdasarkan kajian tabung uji yang pernah dibuat menunjukkan jus anggur dapat mematikan virus tertentu dalam perut manusia.
Pun begitu, ia mungkin tidak berkesan jika diminum oleh seseorang individu.
Dalam kajian tabung uji lain menggunakan ekstrak anggur dan infus menunjukkan bahawa sebatian pada kulit anggur, seperti natrium bisulfit, vitamin C, tanin, dan polifenol, boleh meneutralkan aktiviti virus.
Ada juga penyelidikan tabung uji mendedahkan bahawa ekstrak biji anggur dapat mencegah beberapa virus daripada membiak sehingga menyebabkan penyakit.
Walau bagaimanapun, minuman jus anggur yang diminum mungkin tidak memberikan kepekatan sebatian sebagaimana dalam kajian tabung uji.

Kesimpulannya, masih tiada bukti kukuh yang dapat menyokong pengambilan jus anggur sebagai kaedah berkesan untuk mencegah flu perut.
Kebanyakan kajian hanya dilakukan dalam tabung uji makmal, sedangkan masih banyak kajian terhadap manusia diperlukan untuk mengesahkan keberkesanannya.
Banyak cara lain
Ramai individu gemar meminum jus anggur kerana rasanya yang manis dan menganggap ia mempunyai manfaat perlindungan imun tubuh.
Tetapi malangnya, tiada bukti untuk mengesahkan pengambilan minuman ini adalah cara berkesan untuk melawan bakteria punca flu perut.
Terdapat banyak cara lain yang boleh membantu meningkatkan imun tubuh dan mengurangkan risiko terkena jangkitan gastroenteritis virus.
Antaranya adalah dengan kerap mencuci tangan, mengelakkan daripada berkongsi makanan dan perkakasan dapur seperti sudu dan garfu dengan individu lain.
Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam serta pengambilan diet pemakanan sihat dengan memperbanyakkan sayuran dan buah-buahan- ini juga antara cara yang boleh dilakukan.