backup og meta

Keliru Nak Pilih Tuala Wanita Selepas Bersalin Yang Sesuai? 4 Panduan Untuk Anda

Keliru Nak Pilih Tuala Wanita Selepas Bersalin Yang Sesuai? 4 Panduan Untuk Anda

Tuala wanita bersalin dan tuala wanita yang biasa ada perbezaannya, terutamanya dari segi keselesaan dan manfaatnya.

Sejurus selepas kelahiran bayi, ada banyak perkara yang berlaku seperti darah nifas. Oleh sebab itu, penggunaan tuala wanita bersalin yang betul penting bagi menjaga kebersihan, keselesaan dan mengelakkan risiko jangkitan.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kehamilan, sila dapatkannya di sini.

Tapi, macam mana hendak pilih tuala wanita bersalin yang bagus ?

tuala wanita bersalin
Tuala wanita selepas bersalin sering kali digunakan untuk memudahkan urusan wanita.

Tuala wanita ini selalunya lebih besar, lebih lebar dan lebih tebal daripada sanitary pad biasa. Ia juga mempunyai lebih banyak lapisan. Sebab itulah, kadar penyerapan lebih tinggi terhadap aliran cecair yang berlaku.

Seluar dalam pakai buang ini bertatahkan lapisan penyerap yang boleh menghalang kebocoran, terutamanya apabila anda melambung dan berpusing semasa tidur.

Sebagai tambahan kepada pad ini, ibu juga mempunyai pilihan untuk meletakkan pelapik katil pelindung untuk mengelakkan kotoran di permukaan tempat mereka berehat.

4 Panduan mencari tuala wanita bersalin 

Tuala wanita terbaik mempunyai beberapa kriteria seperti berikut:

1. Saiz tuala wanita yang sesuai

Selepas bersalin, anda akan menggunakan tuala wanita yang lebih besar untuk menampung pendarahan yang berlaku. Oleh itu, pastikan anda pilih maternity pad yang bersesuaian dengan badan agar tidak longgar ataupun ketat apabila memakainya.

2. Tahap serapan

tuala wanita bersalin
Tahap serapan penting semasa memilih tuala wanita bersalin.

Cari maternity pad yang menawarkan tahap penyerapan yang tinggi untuk memastikan anda kering dan selesa ketika memakainya. Tambahan lagi, ia sememangnya direka untuk kegunaan wanita selepas bersalin. Oleh itu, anda tidak perlu gusar jika bocor dan sebagainya.

3. Bahan yang mesra kulit

Tidak dinafikan, kandungan bahan yang selamat penting untuk kesihatan. Oleh itu, pastikan tuala wanita tersebut tidak mengandungi agen peluntur, bahan tambahan pendarfluor, klorin, pewangi, paraben atau lateks. Ini akan menjadikannya selesa dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Lebih baik jika maternity pad ini bebas daripada bahan alergen dan bahan kimia.

4. Pertimbangkan jenama dan baca review pelanggan

Untuk mencari tuala wanita terbaik, anda boleh membaca review pelanggan terhadap jenama yang mereka gunakan. Ini dapat membantu anda untuk membuat keputusan.  

Tambahan lagi, ada jenama yang dikenali kerana keselesaan dan ada yang popular disebabkan penyerapan unggul.

tempoh berpantang selepas bersalin
Barang yang penting semasa berpantang.

Kesimpulan

Jika ini kali pertama anda membeli tuala wanita mengandung, anda boleh mencuba beberapa jenis jenama untuk mengetahui jenama manakah yang lebih sesuai dan selesa dengan anda.
Dengan adanya tuala wanita mengandung, ia akan menjadikan hari-hari berpantang menjadi lebih mudah dan membantu anda untuk bergerak dengan lebih selesa!

[embed-health-tool-due-date]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Postpartum Care of the New Mother. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK565875/  . Diakses pada 10 Julai 2025

The Essential Guide to Choosing Sanitary Pads for After Birth Recovery. https://www.tradetoaid.org/the-essential-guide-to-choosing-sanitary-pads-for-after-birth-recovery/. Diakses pada 10 Julai 2025

Understanding the Difference: Maternity Pads vs. Sanitary Pads for Postpartum Care. https://smilepad.in/understanding-the-difference-maternity-pads-vs-sanitary-pads-for-postpartum-care/. Diakses pada 10 Julai 2025

37 postpartum essentials for every new and expecting family . https://www.themotherbabycenter.org/blog/2024/06/postpartum-essentials/. Diakses pada 10 Julai 2025

Versi Terbaru

15/07/2025

Ditulis oleh Annes Nadia

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Norhanan Abdul Latip


Artikel Berkaitan

Jika Anda Benar Berhasrat Nak Kurus, Elak Ambil 12 Makanan Pantang Diet Ini!

Jangan Paksa Isteri Bersalin Normal Kalau Tubuh Belum Bersedia, Ini Kesan Buruknya!


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Annes Nadia · Dikemas kini 15/07/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan