backup og meta

Elak Bagi Anak Minum Susu Berlebihan @ 3 RISIKO Ini Boleh Terjadi!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2021

    Elak Bagi Anak Minum Susu Berlebihan @ 3 RISIKO Ini Boleh Terjadi!

    Susu untuk anak 1 tahun ke atas adalah antara sumber nutrien dan khasiat penting dalam diet pemakanan si kecil. Tetapi jika diambil secara berlebihan, 3 kesan buruk ini boleh terjadi pada mereka!

    Dapatkan info lain tentang Keibubapaan, di sini.

    Susu untuk anak

    Susu adalah bahagian penting dalam diet anak kerana ia menyediakan kalsium dan vitamin D,  membantu proses pertumbuhan tulang yang kuat.

    Kebanyakan susu untuk anak yang berusia di bawah 2 tahun haruslah susu lembu penuh krim (whole milk) bagi memenuhi keperluan lemak makanan untuk tumbesaran dan perkembangan otak.

    Sekiranya seorang kanak-kanak mempunyai berat badan berlebihan atau memiliki sejarah keluarga dengan obesiti, kolesterol tinggi atau masalah jantung, doktor mungkin akan mengesyorkan pengambilan susu kurang lemak. 

    Manakala susu yang diberikan pada anak berusia 2 tahun, anda boleh menukar kepada susu rendah lemak atau tanpa lemak.

    Secara umumnya, ketika anak berusia antara 12 hingga 18 bulan merupakan masa yang sesuai untuk beralih kepada penggunaan botol susu kepada cawan.

    Tetapi elakkan daripada melakukannya secara mendadak.

    Sebaiknya, secara perlahan-lahan kurangkan sesi penyusuan botol, bermula pada waktu hidangan makanan. 

    Tawarkan kepada si kecil untuk minum susu lembu penuh krim secara terus daripada cawan.

    Namun, ada perkara yang perlu ibu fahami. 

    Sesetengah anak mungkin tidak akan menyukai rasa susu penuh krim kerana ia berbeza berbanding susu ibu atau formula yang sering digunakan. 

    susu untuk anak 1 tahun

    Jika itu situasi yang dialami, ibu boleh mencampurkan susu penuh krim ini dengan susu formula atau susu ibu. 

    Secara perlahan-lahan, kurangkan kuantitinya sehingga ia menjadi 100% susu lembu penuh krim.

    Bagaimana pula dengan pengambilan harian susu untuk anak 1 tahun ke atas?

    Jumlah saranan susu untuk anak 1 tahun dan ke atas

    Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), air dan susu adalah 2 jenis minuman terbaik untuk diberikan kepada anak kecil.

    AAP mengesyorkan kuantiti susu untuk anak 1 tahun hingga 2 pada 2-3 cawan (473 hingga 708 mL).

    Manakala untuk anak yang berusia 2 hingga 5 tahun pula boleh mengambil susu antara 2-2.5 cawan (473 hingga 591 mL) susu rendah lemak atau krim setiap hari.

    Berdasarkan garis panduan seorang kanak-kanak berusia 2 tahun boleh minum sehingga 591 mL susu setiap hari, ia mungkin idea terbaik untuk membataskan pemberian susu.

    Eh, kenapa pula?

    Jika anak anda merupakan seorang yang minum susu dengan kuat/banyak, tabiat itu berkemungkinan boleh mengganggu amalan pemakanan seimbangnya.

    Bagi anak kecil berusia 2 tahun, terutamanya yang cerewet tentang pemakanan, mereka berkemungkinan akan lebih memilih susu berbanding makanan lain.

    susu untuk anak 1 tahun

    Menghadkan pengambilan susu ketika memperkenalkan pelbagai makanan dapat membantu anak mengembangkan tabiat makan lebih baik.

    Pun begitu, seandainya anak mengamalkan pemakanan pelbagai dan seimbang, tumbesaran normal serta tidak mempunyai sejarah keluarga dengan obesiti, mereka boleh mengambil susu dalam jumlah yang disarankan. 

    Risiko pengambilan susu untuk anak 1 tahun ke atas secara berlebihan

    Walaupun susu adalah minuman berkhasiat untuk si kecil, pengambilan terlalu banyak boleh menjadi tidak sihat. 

    Berikut adalah risiko utama sekiranya anak minum susu terlalu banyak:

    1. Sembelit 

    Satu masalah biasa yang kerap berlaku jika anak minum susu terlalu banyak adalah sembelit.

    Keadaan ini kerana susu mengenyangkan tetapi tidak mengandungi serat.

    Maka anak berisiko untuk sembelit kerana minum terlalu banyak susu dan kurang mengambil makanan yang mengandungi serat.

    Ia boleh menjadi 1 masalah bagi anak yang minum susu lebih daripada 473 hingga 591 mL susu setiap hari.

    Baca juga:

    2. Anemia susu

    Susu untuk anak 1 tahun ke atas yang diambil secara berlebihan juga meningkatkan risiko masalah kesihatan seperti anemia. 

    Sekali lagi, ia berpunca daripada kandungan susu yang hanya mempunyai kuantiti kecil zat besi dan meminum susu dengan banyak boleh mengurangkan pengambilan makanan tinggi zat besi lain. 

    Jika masalah anemia yang dialami teruk, anak berkemungkinan perlu mengambil suplemen zat besi.

    Tabiat makan tidak seimbang

    Susu yang diambil anak secara berlebihan boleh cenderung menyebabkan masalah pengambilan kalori dalam jumlah melebihi keperluan.

    Situasi ini boleh bertambah besar sekiranya tabiat ini diteruskan seiring peningkatan usia anak. 

    Umumnya, kalori tambahan ini akan mengakibatkan anak berasa kenyang dan tidak mahu makanan berkhasiat lain. 

    Sekiranya anak masih makan makanan lain dengan baik, kalori tambahan boleh menyebabkan pertambahan berat badan.

    Jika anak turut minum jus buah, mereka mungkin memperolehi hampir semua kalori yang diperlukan.

    Cuma masalahnya diet terdiri daripada susu dan jus tidak memberikan kombinasi nutrien penting yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan seimbang. 

    susu untuk anak 1 tahun

    Amalkan tabiat pemakanan seimbang

    Susu untuk anak 1 tahun ke atas sangat digalakkan dan memberikan khasiat. Tetapi ia cuma memenuhi bahagian kecil daripada diet pemakanan seimbang.

    Seperti individu dewasa, kanak-kanak pada usia ini turut memerlukan keseimbangan karbohidrat, lemak dan protein. 

    Sebagai ibu bapa, anda harus memantau tabiat makan anak. Jika terdapat sebarang kebimbangan, berjumpalah dengan pakar pediatrik.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 06/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan