backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Bahaya Dehidrasi, Ini Tanda-Tanda Dan Risiko Kurang Air Dalam Badan

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 10/06/2024

Bahaya Dehidrasi, Ini Tanda-Tanda Dan Risiko Kurang Air Dalam Badan

Bibir merekah, lidah kering, kulit kusam- Alamak, tanda-tanda dehidrasi ke ni?

Pemakanan memang penting untuk kesihatan diri, namun pengambilan air yang mencukupi pun sama penting juga.

Mengapakah kehausan atau dahaga lagi penting dari kelaparan?

Betulkah kehausan boleh bawa mati? Ini yang perlu anda tahu mengapa pentingnya cara mengatasi dehidrasi dengan minum air yang cukup setiap hari.

Mari kita terokai artikel ini untuk mengetahui tanda-tanda dehidrasi dalam tubuh anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan, sila dapatkannya di sini.

Apakah itu ‘homeostasis’?

Sebelum mengetahui bahayanya kehausan atau dehidrasi, sebaiknya kita faham konsep fisiologi badan kita dahulu.

Homestasis ialah mekanisma yang mengekalkan kestabilan dalaman badan untuk mengimbangi perubahan persekitaran.

Berhubungkait dengan dehidrasi, jumlah air yang hilang dari badan sepatutnya digantikan dengan jumlah air yang sama. Jika peratusan air dalam badan tidak mencukupi untuk sel-sel bekerja, maka dehidrasi akan berlaku.

Namun begitu, ia berbeza sama sekali dengan kelaparan.

Tubuh badan kita mampu menggunakan sumber-sumber lain seperti amino asid, lemak dan otot badan dalam fasa kelaparan bagi terus membekalkan tenaga kepada organ penting.

Bahayanya dehidrasi – berapa lamakah tempoh dehidrasi sebelum maut?

Komposisi utama badan kita adalah air, sebanyak 75%. Setiap sel dalam badan kita memerlukan air untuk berfungsi dengan baik.

Menurut Ohio State University Wexner Medical Center, badan kita akan kehilangan garam dan elektrolit bersama-sama air. Sehubungan itu, dehidrasi berlaku dengan penggabungan kehilangan garam dan air dari tubuh badan.

Kajian menunjukkan tubuh badan kita mampu terus hidup tanpa air selama 3 hari sehingga 1 minggu.

Selain itu, memetik laporan kes dari Archiv Fur Kriminologie, badan kita mampu bertahan selama 8 hingga 21 hari tanpa makanan dan air, dan sehingga 2 bulan jika terdapat sumber air yang mencukupi.

Apakah faktor dehidrasi?

Kenapa badan dehidrasi?

Kekurangan pengambilan air hanyalah salah satu daripada punca kenapa badan dehidrasi boleh terjadi.

Terdapat banyak lagi faktor dan tanda-tanda dehidrasi lain yang membuatkan kita kehilangan air daripada badan seperti:

  • Air mata
  • Peluh
  • Pembuangan air kecil
  • Pergerakan usus
  • Muntah dan cirit-birit
  • Demam panas
punca dehidrasi
Simptom dehidrasi pada orang dewasa.

Tanda-tanda dehidrasi penting yang harus diambil kira!

Dehidrasi boleh terjadi kepada setiap kumpulan umur, dari bayi sehingga warga tua.

Pelbagai tanda dehidrasi boleh dialami, namun berbeza mengikut peringkat umur. Tanda-tandanya seperti berikut :

Tanda-tanda dehidrasi pada bayi atau kanak-kanak:

  1. Bibir atau lidah kering
  2. Tidak mempunyai air mata ketika menangis
  3. Lampin kering untuk 3 jam berturut-turut
  4. Mata dan pipi cengkung
  5. Ubun-ubun tenggelam
  6. Kelesuan dan mudah jengkel

Tanda-tanda dehidrasi pada dewasa:

  1. Kehausan luar biasa
  2. Kurang kencing
  3. Air kencing berwarna pekat
  4. Kelesuan
  5. Pening kepala
  6. Kekeliruan
tanda tanda dehidrasi
8 tanda anda mungkin mengalami dehidrasi.

Bahayanya komplikasi dehidrasi

Jika tidak dibendung, dehidrasi mampu mengganggu kesihatan diri dan mengakibatkan komplikasi yang lagi serius seperti:

  • Heat Injury: Heat injury boleh diklasifikasikan daripada simptom ringan seperti kekejangan otot, kelesuan sehingga yang boleh membawa maut seperti strok haba
  • Masalah pembuangan air kecil dan buah pinggang: Dehidrasi berpanjangan boleh mengakibatkan jangkitan saluran kencing, pembentukan batu karang dalam buah pinggang dan kegagalan buah pinggang
  • Sawan: Garam dan elektrolit penting untuk fungsi sel, dan ketidakseimbangan boleh menyebabkan kekejangan otot di luar kawalan, sawan dan tidak sedar diri
  • Hypovolemic shock: Ini adalah komplikasi dehidrasi yang paling serius dan membawa maut. Ia berlaku apabila isipadu darah rendah yang menjurus kepada tekanan darah rendah dan kekurangan oksigen dalam badan

Haruskah saya berjumpa dengan doktor?

cara elak dehidrasi
Kelebihan minum air untuk tubuh badan.

Selalunya, dehidrasi ringan boleh dirawat di rumah dengan meminum banyak air atau mendapatkan oral rehydration salt (ORS) daripada farmasi.

ORS membantu untuk mengembalikan garam dan elektrolit dalam jumlah yang terkawal.

Namun anda harus risau akan kesihatan diri dan mendapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami tanda-tanda dehidrasi teruk seperti:

Mencegah lebih baik daripada merawat

Akhir kata, seeloknya kita menjaga kesihatan diri dan peka dengan tanda-tanda dehidrasi.


Sebagai cara mengatasi dehidrasi, ambillah segelas air selepas bangun pagi dan amalkan membawa botol air ke mana sahaja anda pergi. Anda juga boleh memilih buah-buahan yang tinggi kandungan air seperti tembikai dan strawberi.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.



Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nana Muhammad · Disemak pada 10/06/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan