Penyakit seliak adalah kondisi autoimun yang menyebabkan kerosakan teruk pada lapisan usus kecil. Gluten, protein yang terdapat dalam makanan boleh mencetuskan simptomnya.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Penyakit seliak adalah kondisi autoimun yang menyebabkan kerosakan teruk pada lapisan usus kecil. Gluten, protein yang terdapat dalam makanan boleh mencetuskan simptomnya.
Malangnya, tidak ada penawar untuk penyakit ini dan pesakit harus mengikuti diet bebas gluten yang ketat untuk membolehkan badan mereka sembuh.
Sekiranya anda menghidap penyakit seliak dan mengambil gluten dalam jumlah yang sedikit, kerosakan pada usus anda masih akan berterusan.
Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, mengelakkan gluten adalah mustahak tetapi ia sebenarnya lebih sukar daripada yang disangka.
Gluten adalah protein yang terkandung dalam gandum, barli, dan banyak lagi.
Apabila biji-bijian dan bahan-bahan yang dibuat daripada tepung digunakan, gluten adalah ‘gam’ yang menyatukannya.
Seliak adalah penyakit autoimun genetik. Apabila anda makan makanan yang mempunyai bahan berasaskan gluten, protein akan menyerang villus yang melapisi usus kecil anda.
Tanpa bantuan villus yang sihat, tubuh anda tidak mampu menyerap nutrien ke dalam aliran darah.
Ini menyebabkan masalah pencernaan dan kekurangan zat, terutama apabila zat besi, kalsium, dan vitamin D tidak mampu diserap.
Sekiranya tidak ditangani, penyakit seliak boleh menyebabkan masalah kesihatan jangka panjang yang lain, seperti gangguan neurologi dan osteoporosis. Ia juga boleh mencetuskan penyakit tiroid!
Terdapat banyak makanan bebas gluten secara semula jadi untuk dinikmati dalam diet penghidap penyakit seliak. Ini termasuklah:
Kini, di pasaran juga terdapat pelbagai produk khas, termasuk roti bebas gluten, bijirin, tepung, keropok, pasta, dan banyak lagi.
Satu-satunya makanan yang harus dielakkan dalam diet penyakit seliak adalah yang mengandungi gluten.
Makanan yang mengandungi gluten secara semula jadi seperti biji-bijian adalah seperti berikut:
Produk yang dihasilkan daripada bahan-bahan ini termasuk:
Makanan yang sering dicemari oleh gluten juga termasuk:
Makanan yang sering mengandungi gluten tersembunyi termasuk:
Jika anda ingin mengamalkan diet bebas gluten yang betul, cara membaca label makanan dengan betul adalah sangat penting.
Justeru, apabila anda ingin beli-belah barang dapur, pastikan untuk mengikuti tip-tip di bawah.
Pengilang boleh melabel makanan bebas gluten jika mempunyai kandungan gluten kurang daripada 20 ppm.
Ini bermaksud produk tersebut boleh mengandungi jumlah gluten antara 19 ppm sehingga sifar.
Tambahan itu, harus anda faham bahawa gluten mempunyai banyak nama.
Gandum, barli, dan rye pasti menonjol dalam senarai ramuan, tetapi cari bahan yang kurang terkenal seperti perasa malt atau graham.
Di samping itu, makanan bebas gandum tidak bermaksud bebas gluten. Oleh itu, jangan mudah tertipu okay!
Sekiranya ragu-ragu, jangan beli! Ini adalah ungkapan yang sering digunakan oleh mereka yang mengamalkan diet bebas gluten.
Pun begitu, ingatlah bahawa makanan bebas gluten secara semula jadi seperti air botol atau kacang hijau tidak akan selalu dilabel bebas gluten.
Masih waswas? Hubungi syarikat yang menghasilkan makanan atau periksa laman web mereka.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen