Sesetengah orang mempunyai tabiat mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol sebelum mengambil makanan berlemak. Adakah ini benar-benar perlu? Artikel di bawah akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai perkara ini.
Sesetengah orang mempunyai tabiat mengambil ubat untuk menurunkan paras kolesterol sebelum mengambil makanan berlemak. Adakah ini benar-benar perlu? Artikel di bawah akan memberikan anda maklumat lanjut mengenai perkara ini.

Jangan tersalah anggap bahawa semua kolesterol adalah tidak elok.
Kolesterol dalam ikan contohnya adalah kolesterol baik, iaitu lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL yang benar-benar boleh membantu badan anda berfungsi dengan baik.
Tetapi kolesterol walaupun bermanfaat pada satu tahap, jika diambil dalam kadar yang banyak boleh meningkatkan risiko serangan jantung, penyakit jantung, atau strok.
Ubat ini digunakan untuk membantu mereka yang mengalami paras kolesterol yang tinggi.
Walaupun mengambil ubat ini boleh membantu dengan tahap kolesterol anda, sama dengan mana-mana jenis ubat-ubatan, ia mempunyai kesan sampingan.
Bergantung kepada setiap individu dan keadaan kesihatan, tahap kesan sampingan boleh berbeza-beza. Sama ada cirit-birit, sakit perut, loya, sembelit, sakit otot serta rasa lemah.

Tidak digalakkan berhenti makan ubat kolesterol tanpa nasihat doktor.
Ubat kolesterol seperti statin berfungsi mengawal paras kolesterol dan mencegah risiko serangan jantung atau strok.
Jika dihentikan secara tiba-tiba, paras kolesterol boleh naik semula dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Sebarang perubahan dos atau pemberhentian ubat perlu dibincang terlebih dahulu dengan doktor.
Sebaik sahaja anda mula mengambil ubat kolesterol, anda perlu mematuhi arahan doktor dengan sebaiknya.
Bila patut mengambil ubat: Menurut British Heart Foundation, ubat statin disyorkan diambil sebelum tidur. Selepas tengah malam, pengeluaran kolesterol dalam hati anda mencapai tahap tertinggi.
Sebaliknya, semasa waktu pagi dan awal petang, pengeluaran kolesterol anda akan berada pada tahap yang paling rendah. Oleh itu, sebelum melelapkan mata, jangan lupa untuk mengambil ubat anda.
Ubat kolesterol seperti statin boleh menyebabkan beberapa kesan sampingan, walaupun tidak semua orang mengalaminya. Antara kesan sampingan yang mungkin berlaku termasuk:
Jika kesan sampingan terasa teruk atau berpanjangan, segera rujuk doktor untuk penilaian lanjut.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
A Guide to Cholesterol Medication. http://center4research.org/medical-care-for-adults/your-medicine-cabinet/a-guide-to-cholesterol-medication/ Accessed April 6, 2017
Timing When to Take Your Daily Medications. http://www.aarp.org/health/drugs-supplements/info-12-2013/timing-of-daily-medications-key.html#quest1 Accessed April 6, 2017
High-Cholesterol Lowering Medications. http://www.everydayhealth.com/high-cholesterol/guide/medications/ Accessed April 6, 2017
Versi Terbaru
28/07/2025
Ditulis oleh Helma Hassan
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim
Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz