backup og meta

Stomach Flu @ Keracunan Makanan? Ketahui Beza & Cara Merawatnya

Stomach Flu @ Keracunan Makanan? Ketahui Beza & Cara Merawatnya

Selesema perut atau penyakit gastroenteritis adalah rasa sakit pada abdomen. Tetapi simptomnya sama seperti keracunan makanan dan adakalanya menimbulkan kekeliruan.

Jadi bagaimana untuk membezakan kedua-dua masalah sakit perut ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Beza keracunan makanan @ penyakit gastroenteritis adalah…

Mengetahui perbezaan antara kedua-dua masalah sakit perut ini pastinya membolehkan rawatan yang bersesuaian dapat diberikan.

Gastroenteritis adalah jangkitan virus yang menyerang sistem pencernaan biasanya disebut sebagai virus perut dan terdapat pelbagai jenis virus.

Nama lain bagi keadaan ini adalah selesema perut (stomach flu). Tetapi nama ini agak mengelirukan, kerana influenza hanya menyerang sistem pernafasan.

Virus perut ini turut disebut sebagai penyakit gastroenteritis.

Manakala, keracunan makanan pula boleh terjadi disebabkan oleh pengambilan makanan tercemar.

Bakteria, virus atau punca paling jarang terjadi – parasit – boleh memasuki badan dan menyebabkan gejala kerengsaan serta keradangan perut melalui makanan yang telah rosak atau dicemari. 

Memahami cara penyebaran masalah sakit perut

Berikut adalah cara penularannya:

Penyakit gastroenteritis adalah mudah dijangkiti

Virus perut sangat mudah berjangkit dan boleh merebak dengan cepat.

Individu yang dijangkiti virus perut gastroenteritis adalah berisiko untuk menularkan penyakit ini sejak mereka mula berasa sakit dan juga bagi beberapa hari pertama selepas pulih. 

gastroenteritis adalah

Virus ini boleh merebak dengan pelbagai cara:

  • Memakan makanan atau meminum cecair yang dicemari virus
  • Melakukan sentuhan mulut secara langsung atau tidak dengan individu dijangkiti atau pada permukaan yang terdapat virus padanya

Di samping itu, virus turut boleh berada pada muntah dan najis individu yang mengalami jangkitan.

Baca juga:

Keracunan makanan

Pencemaran silang sering menjadi penyebab utama keracunan makanan. Ini di mana organisma berbahaya berpindah dari satu permukaan ke permukaan lain.  

Makanan yang tidak dimasak atau sedia dimakan, seperti salad, sangat berisiko untuk tercemar.

Bakteria berkembang dengan cepat pada makanan, termasuk daging, produk tenusu serta sos yang tidak disimpan pada suhu bersesuaian.

Kesannya, ia menghasilkan bahan beracun yang boleh menyebabkan kerengsaan pada usus apabila memakannya. 

Jangan terkejut, kerana pencemaran juga boleh terjadi di rumah apabila bahan mentah seperti daging tidak dikendalikan atau dimasak dengan betul.

Salmonella dan E.coli adalah 2 jenis bakteria biasa yang dikaitkan dengan masalah sakit perut disebabkan oleh keracunan makanan. 

Mengenal simptom

Gejala virus perut dan keracunan makanan sangat serupa tetapi terdapat beberapa perbezaan, seperti:

Gejala gastroenteritis adalah…

Simptom virus perut termasuk:

gastroenteritis adalah

Selalunya keadaan selesema perut ini tidak menyebabkan najis berdarah. Jika anda mengalami gejala ini, ia mungkin menandakan jangkitan lebih serius.

Simptom berkaitan virus perut ini sering berlanjutan antara 3 hingga 4 hari tetapi ia boleh berterusan sehingga 14 hari. 

Simptom keracunan makanan

Gejala keracunan makanan boleh berlaku dalam beberapa jam selepas makan. Individu yang mengalami masalah sakit perut ini mungkin: 

  • Cirit-birit berair atau berdarah
  • Loya 
  • Muntah
  • Sakit dan kekejangan perut
  • Demam, badan menggigil serta sakit badan
  • Pening dan kepala pusing disebabkan dehidrasi

Keadaan yang berpunca akibat keracunan makanan ini boleh dialami untuk tempoh beberapa jam hingga ke beberapa hari.

Seseorang individu boleh mengesyaki bahawa mereka mengalami keracunan makanan jika memakan makanan yang tidak disejukkan (dalam peti sejuk) atau terdapat pihak lain yang mengambil makanan sama mengalami gejala serupa.

Rawatan untuk keracunan makanan dan gastroenteritis adalah…

Penyakit gastroenteritis

Dehidrasi boleh menjadi perkara yang perlu diberikan perhatian bagi individu yang mengalami masalah selesema perut.

Pastikan pengambilan cecair adalah mencukupi! Anda juga boleh mengambil minuman dengan elektrolit.

Minuman ini jika ditambah dengan air akan membantu mengembalikan keseimbangan hidrasi badan.

Untuk hasil terbaik, minum beberapa teguk setiap setengah jam hingga satu jam.

Jangan minum minuman bergula seperti soda, kerana cecair ini tidak menggantikan elektrolit yang hilang.

Sekiranya bersedia untuk makan, beri peluang pada perut anda dengan memasukkan makanan mudah dicerna.

Ini termasuklah:

gastroenteritis adalah

  • Bijirin penuh
  • Roti 
  • Kentang 
  • Pisang 
  • Sayur -sayuran
  • Epal segar
  • Yogurt kosong
  • Pisang

Elakkan makanan tenusu, alkohol, kafein dan makanan pedas yang mungkin mengganggu perut serta menjejaskan proses pemulihan gastroenteritis.

Merawat keracunan makanan

Anda perlu melakukan pemeriksaan segera sekiranya mengalami salah satu perkara berikut:

  • Darah atau nanah di dalam najis
  • Cirit-birit berterusan lebih daripada 3 hari
  • Demam panas melebihi suhu 38°C pada individu dewasa atau di atas 38.3°C bagi kanak-kanak
  • Gejala dehidrasi, termasuk keletihan dan dahaga yang melampau
  • Gejala botulisme

Sekiranya anda mengalami keracunan ringan, ia mungkin dapat diatasi dengan mendapatkan rehat mencukupi dan makanan ubat demam.

Bagi kes yang terus, doktor mungkin akan melakukan penghidratan cecair intravena.

Sekiranya anda mengalami keracunan makanan bakteria yang teruk, doktor akan memberikan preskripsi antibiotik.

Doktor akan menilai segala simptom yang dialami dan menjalankan ujian untuk menentukan rawatan terbaik. 

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on May 10, 2021 from

https://reliantmedicalgroup.org/blog/2018/07/20/is-it-a-stomach-virus-or-food-poisoning/#

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/food-poisoning/symptoms-causes/syc-20356230

https://www.keckmedicine.org/is-it-the-stomach-flu-or-food-poisoning/

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/viral-gastroenteritis/symptoms-causes/syc-20378847 

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/12418-gastroenteritis 

https://www.foodsafety.gov/food-poisoning

https://www.poison.org/articles/food-poisoning

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/21167-food-poisoning

https://www.sparrow.org/departments-conditions/conditions/viral-gastroenteritis-stomach-flu 

Versi Terbaru

29/07/2021

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nisreen Nadiah


Artikel Berkaitan

Kulit Alami Jerawat Teruk? Mungkin Ia Ada Kaitan Dengan Usus Kotor!

Mahukan Perut Yang Lebih Sihat? Kena Ambil Serat! - Ini Dia 5 Manfaatnya


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 29/07/2021

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan