“Syurga makanan” itulah gambaran yang sesuai untuk menggambarkan kemewahan dan kepelbagaian juadah sepanjang Ramadan. Bulan istimewa ini bukan sahaja dinantikan oleh umat Islam, bahkan pelbagai kaum di Malaysia.
Anda pasti?
“Syurga makanan” itulah gambaran yang sesuai untuk menggambarkan kemewahan dan kepelbagaian juadah sepanjang Ramadan. Bulan istimewa ini bukan sahaja dinantikan oleh umat Islam, bahkan pelbagai kaum di Malaysia.
Malangnya, kepenatan seharian menahan lapar dan dahaga mungkin berakhir dengan situasi yang sangat menjengkelkan apabila anda mengalami keracunan makanan.
Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
Kebanyakan daripada kita tidak menyedari simptom ini kerana beranggapan ia perkara biasa dan proses tindak balas semula jadi badan terhadap makanan yang diterima selepas seharian perut kosong.
Kebiasaannya keracunan ini boleh berlaku dalam tempoh 48 jam selepas makan atau minum makanan yang tercemar. Antara simptom keracunan yang sering berlaku adalah rasa loya, sakit perut/cirit-birit, muntah-muntah, berpeluh/demam, sakit kepala dan ekzema.
i. Salmonella
Bakteria jenis ini berpunca daripada manusia, haiwan perosak seperti tikus, lipas dan lalat, serta haiwan peliharaan dan haiwan liar. Biasanya berlaku terhadap produk berasaskan ayam, telur dan tenusu.
ii. Staphylococcal / Staphylococcus aureus
Ia adalah sejenis bakteria yang sukar dihapuskan walaupun pada suhu tinggi. Keracunan jenis ini sering berlaku kerana puncanya membabitkan manusia sendiri iaitu melalui hidung dan cairan hidung, telinga, kulit, rambut dan luka.
iii. E-coli
Bakteria ini mengeluarkan sejenis toksin yang tahan dengan suhu panas. Ia boleh merebak apabila makanan tidak dimasak dengan sempurna dan air yang tidak bersih. Antara makanan yang sering dikaitkan dengan bakteria ini adalah makanan berasaskan daging, keju, minuman tercemar dan makanan segera.
iv. Bacillus Cereus
Ia disebabkan oleh penyediaan makanan dan air yang tidak bersih. Bakteria ini berpunca daripasa alam sekitar, debu dan tanah serta rempah-ratus. Kaedah pengendalian dan hidangan makanan boleh menyebabkan ia merebak.
v. Campylobacter
Bakteria yang berpunca daripada usus haiwan dan air yang tercemar. Ia boleh merebak apabila makanan tidak dimasak dengan sempurna, air tercemar dan susu yang tidak dipasturkan dengan betul. Antara makanan yang mempunyai bakteria ini adalah susu mentah, daging ayam, hati dan air tercemar.
vi. Vibro Parahaemolyticus
Makanan laut yang mentah atau tidak cukup masak dikaitkan dengan bakteria ini.
Selain itu, keracunan makanan juga boleh berpunca daripada virus seperti Hipatitis A dan sayur-sayuran yang dicemari dengan racun serangga.
Cara-cara mengelakkan keracunan makanan:
Berhati-hati memilih makanan terutama makanan di bazaar Ramadan bagi mengelakkan simptom keracunan. Sebaiknya segera berjumpa doktor sekiranya anda atau ahli keluarga mengalami simptom ini secara berterusan bagi mendapatkan rawatan selanjutnya kerana kekurangan air yang serius boleh menyebabkan kematian.
Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.
Lelaki
Wanita
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Keracunan Makanan http://mohklik.moh.gov.my/index.php/mohklik/informasi/keracunan-makanan Accessed 8 May 2018.
Keracunan Makanan http://www.myhealth.gov.my/keracunan-makanan/ Accessed 8 May 2018.
Punca Keracunan Makanan http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/racun/1995/makanan.html Accessed 8 May 2018.
Mengelakkan Keracunan Makanan di Bulan Puasa http://www.prn.usm.my/old_website/mainsite/bulletin/kosmik/1997/kosmik3.html Accessed 8 May 2018.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen