Sayur-sayuran adalah sangat baik untuk tubuh badan. Itulah sebabnya mengapa kita perlu memperuntukan sayur-sayuran dalam sajian harian kita.Dalam artikel ini, disertakan 10 tip bagaimana untuk menambah sayur-sayuran dalam diet kita.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Sayur-sayuran adalah sangat baik untuk tubuh badan. Itulah sebabnya mengapa kita perlu memperuntukan sayur-sayuran dalam sajian harian kita.Dalam artikel ini, disertakan 10 tip bagaimana untuk menambah sayur-sayuran dalam diet kita.
Pilih kaedah yang membolehkan anda untuk memasak sayur-sayuran dengan lebih cepat
Ramai mungkin teragak-agak untuk menikmati sayur-sayuran dalam hidangan mereka kerana kekurangan masa untuk memasaknya. Bagaimanapun, sayur-sayuran beku atau segar boleh dijadikan hidangan sampingan yang mudah untuk disediakan, melalui penggunaan ketuhar gelombang mikro. Lobak kukus, kacang hijau, atau pak coy dengan ditambah sedikit air sebelum diletakkan dalam ketuhar gelombang mikro akan menghasilkan hidangan sampingan yang senang disediakan.
Merancang terlebih dahulu
Kunci kepada mengelakkan anda daripada kurang cenderung atau teragak-agak untuk menyediakan hidangan sayur-sayuran adalah untuk merancang masakan anda lebih awal. Contohnya, memotong siap-siap bunga kubis, brokoli, atau cili belanga dalam kuantiti yang mencukupi dan menyimpannya dalam peti sejuk. Ini memudahkan anda untuk memasaknya apabila sudah tiba masanya.
Pilih sayur-sayuran yang mempunyai warna yang menonjol
Sayur-sayuran yang mempunyai warna menonjol seperti warna merah, hijau tua dan oren adalah sangat bagus untuk anda kerana ianya diperkayai dengan vitamin dan mineral yang banyak. Anda boleh mencuba tomato ceri, kentang, lobak atau kacang. Tambahan lagi, hidangan yang mempunyai pelbagai warna akan menyemarakkan lagi selera anda.
Cuba sayur-sayuran beku
Sayur-sayuran beku adalah sangat menyenangkan dan mengandungi nutrisi yang sama banyak dengan sayur segar. Walaubagaimanapun, anda perlu memakannya dalam masa yang cepat setelah dimasak untuk mengelakkan kehilangan vitamin dan mineral. Menambah sayur beku seperti kacang, sawi, atau jagung ke dalam hidangan kegemaran anda akan meningkatkan lagi perisa hidangan tersebut di samping membantu penghadaman.
Tambah bekalan sayur-sayuran anda
Apa yang perlu anda buat jika anda ingin menambah sayur-sayuran anda namun kesuntukan masa untuk ke pasar? Jangan risau, anda boleh menyimpan bekalan yang lebih banyak dan lebih lama dengan membeli sayur-sayuran dalam tin.
Jadikan salad anda bersinar dengan warna-warni
Salad adalah sangat sedap, tetapi bagaimana untuk menjadikannya lebih seronok untuk dimakan? Tambah beberapa potongan Avokado, cili belanga merah dan kubis merah untuk menjadikan hidangan salad anda kelihatan lebih lazat.
Hirup sedikit sup sayur
Sekiranya anda tidak suka sayur-sayuran mentah, anda boleh mencuba untuk menikmatinya dalam sup atau bubur kegemaran anda.
Gabungkan hidangan apabila makan di luar
Apabila makan di luar, pesan hidangan salad dan bukannya makanan yang telah digoreng sebagai pembuka selera anda.
Makan mengikut musim
Memakan sayur-sayuran yang tumbuh pada musim tersebut mungkin tidak menjanjikan perisa yang lebih sedap, namun ianya adalah pilihan yang lebih murah berbanding memilih sayur-sayuran yang belum tiba musimnya.
Pelbagaikan sayur-sayuran anda
Pelbagaikan sayur-sayuran anda dan cuba untuk menghasilkan hidangan yang baru bagi merangsang kreativiti anda di samping meningkatkan selera anda. Jika anda tidak berapa mahir mencipta menu baru, anda boleh mendapatkan buku masakan daripada penulis dan chef terkenal yang anda minati. Menyediakan hidangan yang kaya dengan sayur-sayuran buakan lah sesukar yang disangka jika resipinya ada di tangan anda.
Hello Health Group tidak memberikan nasihat, diagnosis atau rawatan perubatan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen