backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

Perut Banyak Angin? Jom Buat 6 Aktiviti Ini Di Rumah, Mesti Lepas Tu Senang Kentut!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/02/2024

    Perut Banyak Angin? Jom Buat 6 Aktiviti Ini Di Rumah, Mesti Lepas Tu Senang Kentut!

    Kenapa perut sebu dan berangin? Namun, ada kalanya pengumpulan gas dalam tubuh boleh menyebabkan perut kembung dan sakit. Adakah terdapat cara membuang angin dalam badan untuk dicuba?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Cara membuang angin dalam badan

    Selain cara urutan buang angin dalam badan, senaman yoga juga mungkin boleh membantu!

    Kebanyakan posisi yoga ini – dikenali sebagai asanas, amat sesuai dilakukan sendiri dalam persekitaran tenang dan menyelesakan. 

    Ia boleh dipraktikkan di mana-mana sahaja. Tetapi relaksasi adalah kunci utama untuk menyingkirkan gas daripada tubuh. 

    Oleh itu, penting untuk individu berasa selesa semasa melakukannya. 

    Berikut 6 teknik yoga sebagai cara membuang angin dalam badan daripada tubuh:

    #1. Gaya child pose

    cara membuang angin dalam badan
    Teknik yoga gaya child pose.

    Posisi ini adalah teknik yoga asas yang mungkin paling berguna sebagai cara membuang angin dalam badan. 

    Dalam bahasa Sanskrit, disebut sebagai Balasana.

    Ia dapat melonggarkan pinggul dan bahagian bawah tubuh, sekali gus membantu menggerakkan gas melalui usus.

    Untuk mencuba teknik ini, pertama sekali anda perlu duduk secara melutut. Pastikan punggung anda duduk di atas tumit kaki.

    Kemudian, regangkan lengan ke hadapan dan selaraskan lutut untuk lebih keselesaan. 

    Biarkan dahi menyentuh lantai sementara badan (torso) direhatkan di atas kaki. 

    Posisi ini akan mewujudkan tekanan lembut pada perut yang boleh mendorong penyingkiran angin dalam badan

    Bagi sesetengah individu, mereka mungkin akan berasa lebih selesa sekiranya punggung diangkat sedikit ketika melakukan teknik ini.

    Ada juga yang lebih santai dengan meletakkan tangan di sisi kaki dan telapak tangan menghala ke atas.

    Cara membuang angin dalam badan #2. Lutut ke dada

    Sebutan Sanskrit bagi teknik yoga ini disebut Apanasana, yang bermaksud posisi tenaga bergerak ke bawah.

    Anda boleh memulakan yoga ini dengan berbaring secara menelentang. Seterusnya bengkokkan lutut untuk membentuk sudut 90 darjah.

    Selaraskan lutut dan pergelangan kaki, kemudian tarik lutut atau paha ke bahagian dada. 

    Semasa melakukan pergerakan ini, rapatkan dagu ke dada atau cuba untuk seakan mencium lutut.

    Kekal bertahan dalam posisi Apanasana ini untuk tempoh antara 15 saat hingga 1 minit agar dapat memberikan tekanan pada perut untuk melepaskan angin.

    #3. Happy baby pose

    cara membuang angin dalam badan
    Teknik yoga happy baby pose.

    Diberikan nama sebegitu kerana menyerupai gaya bayi yang sedang mencengkam kaki ketika berbaring.

    Ananda Balasana – gelaran Sanskrit – dikatakan dapat membantu menghilangkan tekanan pada bahagian pinggul bawah dan pangkal paha serta sebagai cara membuang angin dalam badan.

    Ingin cuba teknik ini?

    Anda perlu berbaring secara menelentang dan mengangkat lutut ke bahagian sisi badan.

    Pastikan lutut dibengkokkan dan kemudian halakan telapak kaki ke arah atas.

    Sekiranya boleh, pegang kaki dengan tangan dan biarkan bahagian belakang badan berbaring sepenuhnya pada lantai.

    Tarik kaki ke bawah sedikit dengan tangan untuk mewujudkan ketegangan.

    Kekal bertahan pada kedudukan ini selama 1 minit. Ketegangan dan tekanan yang dirasai akan dapat membantu mengeluarkan gas daripada perut

    Cara membuang angin dalam badan #4. Membongkok ke hadapan

    Untuk melakukan teknik yoga yang dinama Paschimottanasana ini, anda perlu duduk tegak di atas lantai dengan kaki diluruskan ke hadapan.

    Kemudian, bengkokkan pinggang ke hadapan. Cuba untuk letakkan dada pada bahagian lutut tanpa membengkokkannya.

    Regangkan tangan ke hadapan untuk menyentuh jari kaki atau sejauh yang mungkin. 

    Penolakan tubuh ke depan ini dapat membantu memberikan tekanan pada perut, yang secara tidak langsung menimbulkan keinginan untuk kentut.

    #5. Squat

    Squat atau juga dikenali sebagai Malasana dalam bahasa Sanskrit.

    Ia adalah teknik yoga akan memberikan tekanan pada bahagian kanan perut bagi membantu mengeluarkan angin dalam badan.

    Anda perlu berdiri tegak dan kaki dibuka mengikut lebar pinggul.

    Turunkan tubuh serendah yang boleh dengan mendorong punggung ke belakang. Depakan tangan ke hadapan untuk keseimbangan.

    perut masuk angin
    Ubah gaya hidup jika perut masuk angin.

    #6. Memusingkan perut

    Ini teknik yoga dan senaman regangan yang menggabungkan gerakan memutar (Twist).

    Dalam bahasa Sanskrit, teknik belly twist dinamakan Jathara Parivartanasana.

    Anda perlu berbaring menelentang dan membengkokkan lutut ke arah sebelah sisi badan sebagai cara buang angin dalam perut orang dewasa.

    6 teknik yoga untuk buang angin dalam badan:

    1. Child pose.
    2. Happy baby pose.
    3. Lutut ke dada.
    4. Bongkok ke depan.
    5. Squat.
    6. Pemusingan perut.

    Cara membuang angin dalam badan yang lain adalah dengan memusingkan batang tubuh (torso) sambil berdiri tegak.

    Gerakan ini dipercayai dapat memberikan tekanan pada bahagian dalaman dan membantu menyingkirkan angin.

    Semoga jawapan di atas dapat membantu menjawab soalan kenapa kentut tak lawas sekali gus menyelesaikannya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 13/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan