Pedih ulu hati dan sakit perut boleh berlaku serentak. Adakah masalah asid refluks dan angin dalam perut ini mempunyai kaitan?
Anda pasti?
Pedih ulu hati dan sakit perut boleh berlaku serentak. Adakah masalah asid refluks dan angin dalam perut ini mempunyai kaitan?
Teruskan membaca jika ingin mengetahui lebih lanjut bersama langkah pencegahan yang boleh dicuba!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.
Pedih ulu hati berlaku sebagai gejala asid refluks.
Ia berlaku apabila asid dalam perut mengalir kembali ke saluran esofagus – tiub yang menghubungkan mulut dan perut – dan mengakibatkan rasa sakit pada bahagian dada.
Bagi sesetengah individu, sensasi ini dirasakan seperti serangan jantung.
Antara beberapa simptom pedih ulu hati biasa adalah:
Ada individu yang mengalami gejala pedih ulu hati dengan rasa sakit pada tulang belakang dada.
Masalah pedih ulu hati ini adalah keadaan biasa terjadi setelah selesai makan, seperti keadaan angin dalam perut.
Ia boleh tercetus apabila anda berbaring atau membongkokkan diri sejurus selepas makan.
Beberapa pencetusnya adalah:
Faktor risiko tertentu juga boleh menyebabkan seseorang itu cenderung mengalami asid refluks, seperti:
Ada juga ubat yang diambil meningkatkan lagi risiko pedih ulu hati, antaranya:
Gas adalah bahagian semula jadi daripada proses pencernaan.
Ia adalah keadaan biasa untuk individu mengeluarkan gas beberapa kali sehari melalui mulut seperti sendawa atau rektum dengan kentut.
Gas boleh terperangkap dalam saluran penghadaman semasa menelan atau memecahkan makanan ketika melalui usus besar.
Makanan yang tidak dapat dicerna akan bergerak melalui saluran pencernaan dan akan dibantu oleh bakteria untuk memecahkannya.
Semakin banyak makanan yang tidak dicerna melalui usus besar, bermakna jumlah ‘makanan’ untuk bakteria lebih besar.
Bakteria dalam usus besar adalah punca kentut yang berbau.
Masalah angin dalam perut juga boleh terjadi kesan daripada pengambilan makanan tertentu. Kesan ini boleh menjadi berbeza-beza bagi setiap individu.
Beberapa jenis makanan yang cenderung mengakibatkan perut berangin adalah seperti:
Masalah pedih ulu hati dan sakit perut selalunya tidak mempunyai kaitan langsung.
Pun begitu, terdapat kemungkinan kedua-duanya terjadi serentak dan memburukkan keadaan masing-masing.
Dan cara untuk mengawalnya juga mungkin hampir sama.
Makan dengan cepat dan terlalu banyak boleh menjadi penyebab terjadi pedih ulu hati dan perut berangin.
Baca juga:
Pedih ulu hati boleh tercetus apabila anda makan dalam jumlah yang banyak. Manakala makan secara cepat akan mengakibatkan anda menelan lebih banyak udara, hasilnya perut berangin!
Mengeluarkan gas melalui mulut semasa atau sejurus selepas makan boleh mengakibatkan lebih banyak asid naik ke tekak. Akibatnya, berlakunya pedih ulu hati.
Jadi adakah cara untuk merawat masalah pedih ulu hati dan sakit perut disebabkan angin ini?
Kebiasaannya, pedih ulu hati boleh dirawat dengan pengambilan ubatan tertentu sama ada secara preskripsi atau yang boleh dibeli di kaunter.
Antaranya seperti:
Terdapat juga rawatan lain yang boleh dilakukan di rumah untuk hilangkan pedih ulu hati, seperti
Pun begitu, tidak banyak ubat boleh menghilangkan angin dalam perut. Antara ubat yang boleh dicuba adalah:
Ada yang mendakwa arang aktif boleh membantu merawat perut berangin di rumah. Tetapi pengambilannya boleh mengakibatkan ubatan lain menjadi tidak efektif.
Sebelum mencuba sebarang rawatan di rumah, terutamanya melibatkan arang atau serbuk penaik, anda amat disarankan untuk mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu, okay?
Mencegah masalah pedih ulu hati dan sakit perut yang disebabkan gas memerlukan perubahan gaya hidup.
Antara yang boleh dicuba adalah mengawal saiz hidangan makan dengan mengelakkan makanan berat serta berminyak dan makan dengan perlahan.
Elakkan sebarang makanan pencetus yang diketahui seperti susu, kacang atau makanan pedas.
Hadkan pengambilan alkohol dan hentikan tabiat merokok.
Untuk menghilangkan angin dalam perut, amalkan pemakanan seimbang dan sihat serta kawal berat badan anda, okay?
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
All been accessed on July 7, 2021
https://gi.org/topics/belching-bloating-and-flatulence/
https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/7314-gas
https://iffgd.org/gi-disorders/symptoms-causes/intestinal-gas/foods-that-may-cause-gas/
https://aboutibs.org/treatment/ibs-diet/foods-that-cause-gas-and-bloating/
https://iffgd.org/gi-disorders/symptoms-causes/intestinal-gas/tips-on-controlling-gas/
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen