Kulit muka kering memang akan cepat terasa kering kalau selalu berpanas dan terdedah dengan matahari. Lebih-lebih lagi, jika si kecil yang alami perkara ini. Jika selalu terdedah, pasti membahayakan kesihatan mereka kerana boleh mengalami dehidrasi, sunburn dan strok haba.
Jadi, apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk lindungi anak mereka? Ini yang parents perlu tahu!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi berkenaan Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Ketahui punca kulit muka kering boleh berlaku!
1.Tidak pakai sunscreen SPF 30 dan ke atas
Untuk elakkan anak anda kulit muka kering kemerahan, sapukan sunscreen yang mengandungi SPF30 dan ke atas. Jangan lupa ya untuk reapply sunscreen setiap 2 jam.
Jika kulit kerap terdedah dengan UV, kulit anak anda boleh menjadi sunburn!
2. Memakai pakaian yang berwarna gelap

Sebagai ibu bapa, anda perlu bijak memilih material dan jenis pakaian yang selesa untuk anak anda gunakan. Elakkan memakai baju yang menyerap haba seperti pakaian yang berwarna gelap kerana boleh menyebabkan anak anda kepanasan!
Jika ingin beriadah, gunakan baju yang ringan dan menggunakan material selesa seperti kapas dan microfibre.
Ini dapat membantu melindungi kulit muka dan badan daripada rasa terbakar dan menjadi kemerahan.
3. Tidak menyediakan air untuk si manja
Ketika anak anda aktif bermain, mereka akan mengeluarkan peluh dan menyebabkan mereka kehilangan air yang ada di dalam badan.
Oleh itu, jangan lupa untuk sediakan air untuk anak ketika mereka keluar bermain. Jika tidak, anak anda boleh mengalami dehidrasi.
4. Membiarkan si comel beriadah tanpa limit waktu

Bagi mengelakkan kulit muka kering, cuba rancang aktiviti pada waktu yang lebih sejuk seperti awal pagi atau lewat petang. Elakkan anak anda daripada keluar pada waktu paling panas (antara 10 pagi dan 4 petang).
Hal ini kerana, ketika ini matahari semakin naik dan menjadikannya lebih terik.
Anda boleh beri galakkan untuk anak anda bermain air atau di dalam rumah sahaja.
5. Tidak memakai pelembab pada si anak
Kulit muka kering kemerahan dan mengelupas? Anda boleh pakaikan pelembab pada si anak untuk merawat kulit muka mereka.
Untuk mencegah perkara in terjadi lagi, jadikan pelembab dan pelindung suria sebagai rutin setiap hari terutamanya sebelum keluar rumah. Dengan ini, kulit muka kering pasti dapat dielakkan!

Lindungi kulit muka kering anak anda
Diharapkan dengan mengikuti tip-tip mudah seperti di atas dapat mengelakkan anak anda mengalami kulit muka mengelupas dan bebas bermain dengan kawan-kawan pada waktu petang.