Mungkin ramai dalam kalangan kita yang mungkin tidak tahu apa itu sepsis kerana ia memang sejenis penyakit yang jarang didengar namun kerap berlaku di seluruh dunia.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Mungkin ramai dalam kalangan kita yang mungkin tidak tahu apa itu sepsis kerana ia memang sejenis penyakit yang jarang didengar namun kerap berlaku di seluruh dunia.
Untuk pengetahuan anda, tanggal 13 September pada setiap tahun merupakan Hari Sepsis Sedunia bagi mengingatkan penduduk seantero dunia akan bahaya penyakit ini.
Persoalannya, apakah yang sebenarnya yang dimaksudkan dengan penyakit berbahaya sehingga meragut jutaan nyawa di seluruh dunia ini? Jom ikuti artikel dengan lebih lanjut!
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, adalah wajar untuk kita berkenalan dengan penyakit yang telah meragut banyak nyawa ini terlebih dahulu.
Buat anda yang mungkin belum tahu, sepsis (septicaemia) atau lebih dikenali sebagai keracunan darah adalah komplikasi daripada jangkitan atau kecederaan yang berpotensi mengancam nyawa.
Ia akan berlaku akibat daripada pelepasan bahan kimia ke dalam aliran darah untuk melawan jangkitan yang telah merangsang tindak balas keradangan pada seluruh badan.
Keradangan ini seterusnya akan menyebabkan rangkaian perubahan pada sistem organ dalam tubuh badan sekali gus menyebabkan kegagalan organ untuk berfungsi.
Sekiranya ia berlaku kepada anda, berikut merupakan antara simptom-simptom yang mungkin dihidapi:
Sepsis yang lebih teruk pula akan menyebabkan penderita mengalami simptom lebih kronik termasuklah:
Keracunan darah ini juga mungkin akan berlaku berserta simptom yang kami tidak nyatakan di atas jadi sila berjumpa doktor untuk keterangan yang lebih lanjut.
Penyakit ini paling kerap berlaku dan berbahaya buat golongan warga emas dan bayi serta kanak-kanak terutamanya mereka yang lemah sistem imun.
Akan tetapi, penyakit ini boleh juga berlaku kepada setiap peringkat usia.
Buat anda yang pasti mahu tahu, punca sepsis adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria, virus atau kuman dan yang paling kerap menyebabkannya adalah pneumonia.
Selain itu, jangkitan pada abdomen, buah pinggang dan salur darah juga mungkin boleh mengakibatkan sepsis.
Bukan itu sahaja, bakteria baik semula jadi untuk melawan bakteria jahat yang wujud dalam tubuh badan kita juga mungkin boleh jadi punca kepada penyakit ini.
Berikut adalah beberapa faktor risiko sepsis:
Seperti mana yang kita telah tahu, sepsis adalah satu penyakit yang akan mengakibatkan kegagalan organ dalam tubuh badan untuk berfungsi dengan normal dan baik.
Akibatnya, ia mungkin boleh membawa maut jika tidak segera mendapatkan rawatan lanjutan.
Menurut statistik yang pernah dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sepsis dihidapi oleh 49 juta individu dan menyebabkan 11 juta kematian di seluruh dunia pada setiap tahun.
Apa itu sepsis adalah sejenis penyakit yang jarang didengar namun kerap berlaku di seluruh dunia menjadikan ia sebagai salah satu penyakit ‘red flag’ di seantero dunia.
Disebabkan itu, sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera untuk anda elak menjadi salah seorang daripada mangsa penyakit ini.
Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah berjumpa doktor untuk menjalani ujian darah bagi menentukan sama ada anda sudah terjangkiti atau belum.
Selain itu, ujian air kencing dan ujian luka kulit juga boleh dilakukan untuk melihat jika wujud sebarang bakteria pada bahagian yang dinyatakan.
Sekiranya masih belum berjaya menemui jawapan, doktor mungkin akan menggunakan sinaran X, imbasan CT, MRI atau ultrasonik untuk diagnosis.
Selepas mendapati bahawa anda menghidapi sepsis pada peringkat awal dan organ-organ penting masih belum terkesan, pengambilan antibiotik sudah memadai.
Namun jika ia berlanjutan tanpa rawatan lanjutan dan menyebabkan kejutan septik, sepsis boleh membawa maut.
Rawatan lain untuk merawat kerosakan organ mungkin akan dijalankan bersama alat bantuan pernafasan.
Pilihan terakhir yang wujud pula adalah prosedur pembedahan untuk membuang sumber jangkitan keracunan darah ini.
Akhir kata, jangan sesekali anda memandang ringan dan bersikap endah tidak endah dengan apa itu sepsis, simptom, punca dan komplikasinya.
Ketahuilah ia boleh membawa maut dan mencegah itu lebih baik daripada mengubat bukan?
Oleh itu, adalah wajar untuk kalian menjalani gaya hidup yang lebih sihat senantiasa!
Bukan sahaja ia perlu dilakukan pada tarikh sekitar 13 September sahaja malahan juga pada setiap masa untuk kehidupan yang lebih sejahtera.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen