home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Sukar 'Buang Angin' Mungkin Petanda USUS TERSUMBAT! Ada 3 Diet Untuk Atasinya

Sukar 'Buang Angin' Mungkin Petanda USUS TERSUMBAT! Ada 3 Diet Untuk Atasinya

Keadaan usus tersumbat boleh menyebabkan berlakunya masalah perut kembung. Jangan bimbang, diet pemakanan ini boleh bantu anda mengatasinya.

Individu dengan usus tersumbat

Individu yang kerap berdepan kesukaran untuk membuang air besar atau kentut, mungkin berpunca daripada saluran usus tersumbat, sama ada melibatkan usus kecil atau usus besar.

Bagi mereka yang menghadapi keadaan usus separa tersumbat, ia mungkin menyebabkan individu terbabit mengalami cirit-birit.

Penyumbatan pada saluran usus berlaku berpunca daripada pengumpulan makanan, asid gastrik, gas dan cecair.

Apabila pengumpulan tersebut semakin meningkat, maka tekanan kepada usus akan semakin bertambah. Jika berterusan, usus boleh pecah atau terkoyak.

Apa sahaja yang berada di sebalik penyumbatan itu boleh memasuki rongga perut dan menyebarkan bakteria. Keadaan tersebut boleh membawa maut.

Tetapi jangan risau, dengan mengikut diet pemakanan tertentu, masalah usus ini boleh diatasi.

Mengenal pasti simptom usus tersumbat

Sebelum anda tahu tentang diet pemakanan yang bersesuaian, mari kenal pasti simptom berkaitan usus yang tersumbat ini.

Sudah pasti, masalah penyumbatan usus boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan dan menyebabkan tekanan pada diri.

Selain kesukaran untuk membuang najis, perut kembung atau gejala cirit-birit, mereka yang mempunyai usus yang tersumbat turut akan mengalami simptom seperti:

  • Muntah
  • Sembelit
  • Kekejangan pada abdomen
  • Penurunan selera makan dan minum
  • Rasa loya
  • Kesakitan yang teruk
  • Perut bengkak

usus tersumbat

Mengalami muntah dan cirit-birit yang berterusan adalah tanda awal penyumbatan usus.

Jika anda menyedari simptom tersebut, terus dapatkan rawatan awal sebelum keadaan bertambah teruk.

Jika anda mengalami demam selepas simptom yang disenaraikan di atas, dapatkan pemeriksaan doktor segera. Ia boleh menjadi petunjuk usus yang pecah.

Jadi apakah diet pemakanan yang sesuai untuk mengatasi masalah usus ini?

Diet pemakanan bantu atasi usus tersumbat

Membuat pilihan dan perubahan apabila berkaitan dengan diet pemakanan boleh menjadi 1 proses yang sukar.

Proses ini lebih mencabar apabila anda turut mengalami keadaan kesihatan kronik atau penyakit akut tertentu seperti masalah penyumbatan usus.

Individu yang didiagnosis dengan masalah tersebut perlu melakukan perubahan signifikan terhadap diet mereka.

Bergantung kepada tahap masalah penyumbatan saluran usus yang berlaku, cadangan diet pemakanan mungkin berbeza-beza.

Individu dengan masalah usus ringan, sederhana atau kritikal biasanya digalakkan mengikuti diet untuk usus separa tersumbat yang melibatkan makanan:

  • Serat rendah (low-residue)
  • Serat minimum (minimal-residue)
  • Berasaskan cecair

Sisa (residue) merangkumi serat dan makanan lain yang boleh meningkatkan pengeluaran najis.

Diet low-residue

Diet pemakanan jenis ini mungkin terbaik bagi mereka yang telah didiagnosis mengalami usus tersumbat dan simptom seperti kekejangan abdomen, gas berlebihan di dalam perut dan perut kembung.

Diet ini digunakan untuk mengurangkan saiz atau jumlah najis yang dikeluarkan, ia sekali gus dapat memperbaiki simptom yang dialami.

Individu yang menjalani diet ini perlu memakan:

  • Bijirin halus
  • Buah-buahan dan sayuran lembut atau dimasak dengan sempurna
  • Daging yang dimasak dengan baik
  • Produk tenusu bebas buah atau kekacang

Diet minimal-residue

Untuk diet minimal-residue pula digunakan untuk mengurangkan pengeluaran najis sebanyak yang mungkin.

Biasanya diet ini disarankan kepada mereka yang kerap mengalami simptom penyumbatan usus seperti sakit perut, kekejangan perut dan masalah kembung perut berlarutan.

Individu yang mengamalkan diet pemakanan minimal-residue boleh:

  • Minum minuman jus buah-buahan
  • Minuman berkafein atau berkarbonat
  • Memakan telur
  • Daging lembut
  • Sesetengah bijian putih seperti pasti, roti, biskut masin atau oat

Sekurang-kurangnya 1 hidangan jus sitrus disyorkan untuk individu yang mengikuti diet ini.

Diet berasaskan cecair

Manakala bagi individu yang didiagnosis dengan isu penyumbatan usus dan mengalami simptom seperti di bawah mungkin digalakkan untuk menjalani diet berasaskan cecair:

  • Sakit perut yang teruk
  • Pedih ulu hati
  • Masalah kembung yang ketara
  • Loya
  • Kekejangan

Seperti namanya, diet ini melarang pengambilan makanan pejal.

Kesannya pengamalan diet ini, akan menyebabkan sedikit atau tidak najis yang dikeluarkan.

Mereka yang mengikuti diet berasaskan cecair ini boleh mengambil:

usus tersumbat

  • Minuman berasaskan susu
  • Bijirin dimasak halus
  • Jus buah atau sayur
  • Air rebusan atau sup
  • Puding atau kastard
  • Yogurt
  • Aiskrim
  • Supleman tambahan cecair

Di bawah diet ini, individu tersebut perlu bekerjasama dengan pakar pemakanan berdaftar untuk memastikan keperluan nutrisi pemakanan dipenuhi.

Makanan terbaik cegah penyumbatan usus

Jarang ada makanan yang boleh menyebabkan berlakunya usus tersumbat. Namun, bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Berikut amalan yang boleh anda lakukan untuk elakkan penyumbatan saluran usus, seperti:

  • Minum 8 hingga 10 gelas air setiap hari. Hadkan pengambilan kafein seperti kopi dan alkohol yang boleh merengsakan usus
  • Makan lebih banyak sayuran dan buah-buahan berserat tinggi
  • Hadkan pengambilan bijirin seperti kekacang, bijian, bertih jagung
  • Kunyah makanan dengan perlahan. Makan dalam jumlah yang kecil dan lebih kerap pada waktu siang

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/intestinal-obstruction/symptoms-causes/syc-20351460/ Accessed on June 9, 2020

http://www.bccancer.bc.ca/nutrition-site/Documents/Patient%20Education/Diet-advice-to-manage-a-partial-bowel-blockage.pdf/ Accessed on June 9, 2020

https://www.hamiltonhealthsciences.ca/wp-content/uploads/2019/08/BowelObstructionFoodChoices-trh.pdf / Accessed on June 9, 2020

https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/intestinal-pseudo-obstruction

https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/15287-large-bowel-intestinal-obstruction

https://www.nicklauschildrens.org/conditions/chronic-intestinal-pseudo-obstruction

https://www.cancer.gov/about-cancer/treatment/side-effects/constipation/gi-complications-pdq#section/_22

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 26/05/2021
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x