home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Jaga-Jaga, Ini 7 Perkara Kecil Yang Boleh Menyebabkan Hati Anda Rosak!

Jaga-Jaga, Ini 7 Perkara Kecil Yang Boleh Menyebabkan Hati Anda Rosak!

Hati kita mempunyai pelbagai fungsi. Selain mengawal kadar bahan kimia di dalam darah, hati juga merembeskan sejenis cecair yang dikenali sebagai hempedu. Namun, bagaimana keadaannya jika hati rosak?

Untuk pengetahuan anda, organ hati dikatakan rosak apabila ia tidak lagi dapat melakukan fungsinya dengan baik.

Tidak seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang, organ hati kurang mendapat perhatian kita. Walau bagaimanapun, hati merupakan salah satu organ yang amat penting di dalam sistem pencernaan manusia.

Oleh sebab itu, kita haruslah menjaga hati agar tidak rosak. Jika tidak, bahan-bahan toksik di dalam darah tidak dapat dikeluarkan daripada badan. Bukan itu sahaja, kerosakan pada organ hati juga akan mempengaruhi banyak lagi fungsi badan yang lain.

Punca sebenar hati rosak

fungsi hati

Langkah terbaik untuk mengelakkan hati rosak adalah dengan mencegahnya. Walau bagaimanapun, ia tidaklah semudah yang disangka.

Namun, jika anda kekal disiplin, tidak mustahil hati anda dapat berfungsi dengan baik hingga ke hujung nyawa.

Tetapi, apakah punca sebenar kerosakan hati? Mari, ikuti penjelasan kami di bawah untuk tahu dengan lebih lanjut!

1. Banyak makan gula punca hati rosak

Tidak memeranjatkan, di samping menjadi punca pelbagai penyakit, gula juga merupakan dalang sebenar penyakit hati.

Jika anda obes atau mempunyai berat badan berlebihan, anda berisiko untuk menghidap penyakit hati berlemak bukan alkohol (non-alcoholic fatty liver disease – NAFLD), sejenis penyakit yang mempunyai bilangan pesakit yang kian meningkat setiap hati.

Penurunan berat badan merupakan kunci utama untuk mengurangkan lemak yang terkumpul pada kawasan hati.

2. Hati rosak disebabkan ubat-ubatan

Hati-hati, ubat tahan sakit seperti paracetamol dan juga ubat kolesterol boleh merosakkan hati jika diambil secara keterlaluan. Ikut arahan doktor dan makan ubat mengikut jadual.

Selain itu, pastikan anda baca arahan terlebih dahulu sebelum makan sebarang ubat-ubatan yang anda beli secara over-the-counter.

Hati boleh rosak jika kita sering mengambil ubat tertentu dengan cara yang berlebihan atau tidak betul.

Elakkan amalan mencampurkan ubat atau mengambilnya dengan alkohol. Lebih selamat jika anda boleh berbincang dengan doktor sebelum mengambil apa-apa jenis ubat-ubatan.

3. Berat badan berlebihan menyebabkan hati rosak

Jika kita makan terlalu banyak gula, sudah tentulah berat badan akan bertambah!

Mereka yang mempunyai berat badan berlebihan berisiko untuk menghidap NAFLD dan mengalami bengkak pada kawasan hati. Lama-kelamaan, kawasan yang terluka ini akan mengalami sirosis hati.

Apabila sirosis hati menjadi semakin teruk, lebih banyak tisu parut akan terbentuk pada kawasan hati. Perkara ini akan membataskan fungsi hati dan boleh membawa maut.

4. Terlalu banyak mengambil minuman beralkohol

hati rosak

Pengambilan terlalu banyak minuman beralkohol merupakan salah satu punca utama sirosis hati. Jika anda mempunyai masalah hati, doktor mungkin akan mencadangkan agar anda mengurangkan pengambilan minuman beralkohol atau terus berhenti.

5. Elakkan perkongsian jarum

Suntikan yang tidak selamat merupakan salah satu punca Hepatitis B dan C. Kedua-dua jenis penyakit ini menyerang organ hati dan mempunyai simptom yang hampir sama.

Walau bagaimanapun, suntikan yang tidak selamat amat jarang berlaku di hospital.

Namun, anda masih perlu berhati-hati jika mendapatkan tattoo ataupun menindik bahagian badan. Lebih selamat jika anda bertanya terlebih dahulu mengenai keselamatan prosedur mereka.

6. Hati boleh rosak jika terlalu banyak ambil vitamin A

Vitamin A sememangnya baik untuk kesihatan terutamanya kesihatan mata, tulang dan juga sistem imun badan. Namun, terlalu banyak vitamin A juga tidak ada gunanya!

Untuk pengetahuan anda, vitamin A boleh menjadi toksik jika ia diambil terlalu banyak. Oleh sebab itu, jangan sesekali ambil lebih daripada 10,000 IU vitamin A sehari.

7. Banyak mengambil lemak trans

hati rosak

Lemak trans merupakan sejenis lemak buatan manusia yang terdapat di dalam makanan segera. Diet yang tinggi lemak trans bukan sahaja menyebabkan berat badan anda bertambah, ia juga akan meningkatkan risiko sirosis hati.

Jika anda sayangkan hati anda, elakkan pengambilan lemak trans yang berleluasa. Pantau berat badan masing-masing dan elakkan mengambil makanan segera dengan terlalu kerap.

Kesimpulan

Individu yang paling berisiko untuk mengalami masalah hati ialah mereka yang mempunyai jangkitan Hepatitis B atau C yang kronik, mengambil minuman beralkohol secara berlebihan dan juga mempunyai penyakit yang dapat meningkatkan risiko kegagalan hati.

Oleh sebab itu, penting untuk kita mengambil vaksinasi terhadap Hepatitis B.

Disebabkan faktor seperti pengambilan gula, lemak trans dan berat badan berlebihan juga memainkan peranan yang penting.

Jadi, pastikan anda berusaha untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan gaya hidup yang aktif.

Ikut arahan apabila mengambil ubat-ubatan seperti ubat tahan sakit dan sebagainya. Elakkan mengambil ubat bersama minuman beralkohol.

Oleh sebab itu, lakukan pemeriksaan fizikal sekurang-kurangnya setahun sekali. Dalam masa yang sama, lakukan ujian saringan untuk kolesterol, tekanan darah tinggi dan juga diabetes.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. Columbia University Irving Medical Center. n.d. The Liver and Its Functions. Accessed May 3, 2021. https://columbiasurgery.org/liver/liver-and-its-functions.
  2. American Liver Foundation. n.d. 13 Ways to a Healthy Liver. Accessed May 3, 2021. https://liverfoundation.org/13-ways-to-a-healthy-liver/.
  3. Cleaveland Clinic. 2018. Liver Failure. June 7. Accessed May 3, 2021. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17819-liver-failure.
  4. Johns Hopkins Medicine. n.d. Liver: Anatomy and Functions. Accessed May 3, 2021. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/liver-anatomy-and-functions.
  5. Mayo Clinic. 2021. Cirrhosis. February 6. Accessed May 3, 2021. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/cirrhosis/symptoms-causes/syc-20351487.
  6. Stanford Children’s Health. n.d. Anatomy and Function of the Liver. Accessed May 3, 2021. https://www.stanfordchildrens.org/en/topic/default?id=anatomy-and-function-of-the-liver-90-P03069.
  7. The Daily Star. 2016. Surprising things that can damage your liver. January 10. Accessed May 3, 2021. https://www.thedailystar.net/health/surprising-things-can-damage-your-liver-199534.
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Fatin Zahra Disemak pada 19/08/2021
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman