Cuba untuk meluangkan masa sebanyak yang mungkin bersama anak.
Jika boleh peruntukan masa tertentu, sekurang-kurangnya 15 minit, untuk mendengar luahan atau masalah mereka, jika ada.
Sekiranya menyedari anak mula bersikap membantah atau menjauhkan diri, tumpukan untuk berhubungan dengan mereka kembali.
Keselamatan kanak-kanak #2. Ajar anak melintas jalan
Adakalanya kita terlupa untuk mengajar anak mengenai aspek keselamatan yang satu ini, iaitu melintas jalan dengan selamat.
Apabila anak sudah cukup besar untuk memegang tangan anda ketika melintas, ujarkan kepadanya ayat ini:
“Pertama kena perhatikan isyarat lalu lintas, kalau muncul imej orang melintas, barulah kita selamat untuk melintas. Tetapi sebelum itu jangan lupa perhatikan kiri dan kanan jalan. Tengok ada kereta atau tidak? Kemudian barulah melintas,”.
Ibu bapa juga harus menunjukkan teladan yang baik ya, jangan pula melintas jalan sambil mata sibuk melihat telefon!
#3. Bantu cegah anak menjadi mangsa buli
Dalam keselamatan anak, cara terbaik untuk mengelakkan mereka daripada menjadi mangsa buli adalah dengan memastikan anak mempunyai harga diri yang tinggi.
Hubungan yang kuat di rumah bersama ahli keluarga dan rakan sebaya juga penting.
Jika anak dibuli, bantu mereka untuk belajar mempertahankan diri dengan kekal bertenang dan tidak perlu membalas.
Anak perlu diyakinkan bahawa mereka tidak perlu berasa malu jika takut apabila dibuli,
Tetapi minta anak untuk berlalu pergi tanpa membalas atau memberitahu individu dewasa lain serta mendapatkan bantuan.

Keselamatan kanak-kanak #4. Kenali rakan mereka
Apabila anda membenarkan anak pergi ke rumah kawannya untuk bermain atau menghadiri majlis keraian seperti majlis hari jadi, pastikan anda mengenali keluarga mereka.
Berikan sebarang perhatian terhadap perubahan diri anak untuk mengetahui apa yang berlaku. Dan sebagai ibu bapa, anda harus mempercayai apa yang dikatakan oleh anak.
#5. Ajak anak untuk mempercayai naluri
Ajar anak bahawa kebanyakan individu di luar sana baik-baik. Walau bagaimanapun, ada segelintir yang berniat jahat dan boleh menyebabkan kecederaan.
Katakan pada anak adalah penting untuk kekal selamat dan mempercayai diri sendiri daripada cuba untuk bersikap sopan atau baik.
Bergantung pada keadaan, anak boleh bertanyakan soalan, mengingkari bahkan melarikan diri (jika perlu) apabila berdepan dengan individu yang menyebabkan diri mereka berasa tidak selesa.
#6. Mencegah penderaan seksual
Penderaan seksual boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kira lelaki atau perempuan.
Oleh kerana itu, ia menjadi antara perihal keselamatan anak yang penting untuk diberikan perhatian.
Tambahan pula, kebanyakan kes yang terjadi melibatkan individu dikenali dan dipercayai anak.
Maka untuk mengajar anak bahawa individu asing adalah berbahaya mungkin tidak lagi relevan.
Sebaliknya, bantu mereka dengan:
- Ajar mengenai persetujuan. Didik anak seawal mungkin untuk mempertahankan diri dan tahu siapa yang boleh menyentuh tubuhnya
- Beritahu anak dalam keluarga tidak boleh ada rahsia. Anak harus dididik untuk segera memberitahu anda jika ada individu yang cuba meminta mereka untuk berahsia
- Pendidikan adalah paling penting untuk menjaga keselamatan kanak-kanak. Ajarkan pada anak setiap tubuhnya yang ditutupi dengan pakaian renang adalah tidak boleh disentuh oleh sebarangan individu
- Perlindungan. Jangan tinggalkan anak dengan sesiapa melainkan individu yang anda percayai

#7. Sentiasa bercakap dengan anak
Mendengar setiap apa yang dikatakan anak dapat mengeratkan hubungan, sekali gus membuatkan mereka berasa selamat.
Seperkara yang perlu ibu bapa fahami, apabila anak bercakap mengenai sesuatu perkara, itu bermakna mereka turut memikirkannya. Ini dapat membuatkan anak berfikir dan menilai sendiri.
Paling penting, pastikan anda memberi ruang untuk anak bercakap.