backup og meta

Ini Beza Apendiks Dan Sakit Perut, Kena Tahu Betul-betul, Kalau Tak Bahaya Menanti!

Ini Beza Apendiks Dan Sakit Perut, Kena Tahu Betul-betul, Kalau Tak Bahaya Menanti!

Rasa sakit menyucuk pada bahagian abdomen boleh disebabkan oleh masalah kembung perut. Tetapi ada kalanya ia merupakan tanda sakit apendiks.

Apendiks adalah kantung kecil dan bujur pada penghujung usus besar di bahagian bawah abdomen kanan.

Walaupun ia tidak mempunyai fungsi penting, tetapi jika apendiks tersumbat ia boleh mengakibatkan keradangan dan jangkitan. 

Mengetahui perbezaan antara kedua-dua keadaan ini penting, kerana keradangan apendiks boleh mengancam nyawa!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

Tanda sakit apendiks

Gejala apendisitis paling biasa adalah rasa sakit perut yang cenderung:

  • Bermula di sekitar perut sebelum merebak ke bahagian bawah abdomen kanan
  • Bertambah teruk semasa bergerak, menarik nafas mendalam, bersin atau batuk
  • Kesakitan terjadi tiba-tiba
  • Bertambah teruk dalam beberapa jam
  • Merupakan kesakitan yang tidak pernah dirasai
  • Pernah terjadi dengan tambahan gejala baharu
tanda sakit apendiks
Bahagian usus manusia.

Selain sakit perut seperti masalah perut kembung, tanda sakit apendiks juga termasuk

Gejala awal biasanya muncul dalam tempoh 12 hingga 24 jam pertama.

Dianggarkan 75% individu dengan apendiks mengalami gejala yang memerlukan rawatan perubatan dalam tempoh 24 jam selepas keradangan bermula.

Tanda sakit apendiks pada wanita hamil

Bagi ibu hamil, kesakitan mungkin dirasai pada bahagian abdomen yang berbeza. 

Ini kerana tubuh mereka sedang mengubah kedudukan bagi menampung berat janin yang membesar.

Mereka yang sedang berbadan dua juga mungkin akan mengalami gejala seperti loya atau muntah 

Pada kanak-kanak

Kebanyakan kes apendiks ini terjadi pada mereka dalam lingkungan usia 10 hingga 20 tahun.

Oleh sebab itu penting untuk mengenal pasti gejala sakit apendiks yang boleh dialami anak anda.

Sesetengah kanak-kanak, seperti bayi atau anak kecil, mungkin tidak dapat memberitahu kesakitan yang dirasai, sekali gus membuatkan apendiks sukar dikesan.

Namun beberapa tanda kesakitan bukan lisan boleh dikenal pasti ibu bapa, seperti:

  • Jalan membongkok
  • Berbaring pada satu sisi badan sahaja
  • Selalu menyendiri
  • Terlalu cerewet
  • Sukar bangun atau kekal berjaga
tanda sakit apendiks
Sakit di bahagian kanan perut.

Tanda sakit apendiks: Faktor risiko

Sesetengah individu mempunyai kecenderungan tinggi untuk mengalami masalah apendiks ini.

Antara faktor risiko yang menyumbang kepada pengembangan apendiks adalah seperti:

  • Usia: Kebanyakan kes apendiks terjadi ketika berusia 10 hingga 20 tahun
  • Jantina: Secara umumnya lelaki lebih cenderung mengalami apendisitis akut. Namun wanita cenderung mengembangkannya ketika berusia 14 hingga 25 tahun
  • Amalan diet rendah serat: Pengambilan makanan rendah serat berpotensi menyebabkan lemak, serat tidak dicerna dan garam berkumpul pada apendiks, sekali gus menyebabkan keradangan atau penyumbatan
  • Genetik: Dipercayai bahawa faktor genetik turut menyumbang kepada pengembangan apendiks

Memahami komplikasi

Masalah apendisitis yang tidak didiagnosis atau dirawat boleh mengakibatkan komplikasi serius, seperti:

Tanda sakit apendiks #Berlubang & pecah

Jika apendiks tersumbat, tisu sekitarnya mungkin mati kesan kekurangan oksigen atau pertukaran nutrien. 

Tisu mati ini mudah terkoyak atau mewujudkan lubang (perforasi), yang membolehkan bakteria atau mikrob memasuki organ, sekali gus membentuk abses – bengkak bernanah.

Abses yang semakin membesar boleh mewujudkan tekanan pada apendiks. Kesannya ia boleh meletus (pecah).

Jika ini berlaku, apendiks boleh mengakibatkan kebocoran najis, nanah dan kandungan lain ke dalam aliran darah.

Antara tanda sakit apendiks pecah atau berlubang merangkumi:

  • Kesakitan teruk, menyukarkan untuk berdiri tegak atau berjalan
  • Rasa kelembutan (tenderness) abdomen yang melampau
  • Demam panas
  • Muka kemerahan
  • Berpeluh atau menggigil
  • Hilang kesedaran
  • Muntah
  • Kurang selera makan

#Abses

Kadangkala, jangkitan bakteria boleh mengakibatkan pembentukan abses di sekitar apendiks apabila ia pecah. 

Komplikasi daripada pembedahan juga boleh menyebabkan wujudnya abses.

#Peritonitis

Setelah apendiks pecah atau bocor dan memasuki rongga perut, lapisan perut akan mengalami keradangan – dikenali sebagai peritonitis.

#Sepsis

Jangkitan bakteria teruk atau yang tidak boleh dirawat mungkin memasuki darah dan merebak ke seluruh tubuh. Keadaan ini boleh mengakibatkan maut!

Salah satu komplikasi tersebut adalah sepsis – keadaan apabila tubuh mempunyai tindak balas imun melampau terhadap jangkitan.

Jadi anda sudah faham mengenai apendiks, tetapi bagaimana untuk membezakannya dengan masalah kembung perut?

Masalah kembung perut

Beza gejala perut berangin dengan apendiks adalah:

tanda sakit apendiks
Cara mencegah kembung perut selepas makan. 

Pemeriksaan doktor

Jadi anda sudah memahami beza sakit perut disebabkan masalah kembung perut dengan apendiks, bukan?

Secara mudahnya, jika anda mengalami kesakitan pada abdomen yang sukar untuk dijelaskan, simptom pencernaan mahupun gas berlebihan atau kronik, lakukan pemeriksaan doktor.

Ini kerana jika kesakitan yang dialami itu melibatkan apendiks, bermakna anda berdepan risiko komplikasi yang boleh membawa maut.

Namun, usah bimbang kerana dengan diagnosis dan rawatan awal, keadaan anda dapat dipulihkan.

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Appendicitis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/8095-appendicitis. Accessed 28 July 2021. 
  2. Symptoms appendicitis. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/appendicitis/symptoms-causes/syc-20369543. Accessed 28 July 2021.  
  3. Gas in the digestive tract. https://www.hopkinsmedicine.org/health/conditions-and-diseases/gas-in-the-digestive-tract. Accessed 28 July 2021.  
  4. Appendicitis. https://www.niddk.nih.gov/health-information/digestive-diseases/appendicitis. Accessed 28 July 2021. 
  5. Appendicitis. https://www.nhs.uk/conditions/appendicitis/. Accessed 18 May 2022. 

 

Versi Terbaru

09/04/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

9 Cara Mudah Elak Cirit-Birit, Ada Kaitan Dengan Pilihan Makanan (Termasuk Kopi) Anda!

Perut Banyak Angin? Jom Buat 6 Aktiviti Ini Di Rumah, Mesti Lepas Tu Senang Kentut!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/04/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan