backup og meta

Nak Cepat Hentikan Cirit-Birit? Amalkan 4 Makanan & Minuman Ini!

Nak Cepat Hentikan Cirit-Birit? Amalkan 4 Makanan & Minuman Ini!

Jika anda pernah menghidap cirit-birit, anda pasti akan mengelak untuk makan. Mungkin ramai yang tidak tahu, makanan atau minuman itu sendiri sebenarnya boleh menjadi ubat cirit birit!

Namun, ada juga makanan yang boleh membuat masalah cirit-birit menjadi semakin teruk. 

Jadi, penting untuk kita ambil makanan yang tidak akan menyebabkan perut menjadi bertambah sakit.

Menariknya, ada beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menjadi ubat cirit birit. Mari ikuti penjelasan kami dalam artikel di bawah!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Sistem Penghadaman, anda boleh klik di sini.

Apa yang dimaksudkan dengan cirit-birit?

Untuk pengetahuan anda semua, cirit-birit merupakan kondisi di mana individu mengalami masalah terlalu kerap membuang air besar dengan ciri-ciri najis yang terlalu banyak serta bertekstur cair1.

Persoalannya, apakah punca cirit birit dan simptom cirit birit?

Masalah kesihatan seperti keracunan, alahan atau jangkitan adalah punca kenapa sakit perut cirit birit itu terjadi1.

Berapa lama cirit birit sembuh? Kebiasaannya, ia mungkin akan sembuh dengan sendiri sekitar 1 ke 2 hari sahaja1.

Bagi mencegah atau merawat masalah ini, anda perlu tahu apakah antara ubat cirit birit yang terbaik!

Kaitan cirit-birit dengan isu keracunan makanan

Sepanjang tahun 2007, negara kita melaporkan sebanyak 14,455 kes keracunan dengan purata 50 orang bagi setiap 100,000 ribu penduduk di Malaysia2.

Pada tahun 2022 pula, kes keracunan ini masih kekal tinggi iaitu sebanyak 14,293 orang yang mengalaminya ditambah dengan 254 kes disenteri dan 8 kes kolera3.

ubat cirit birit
Sakit perut gara-gara keracunan makanan.

Malah, terdapat beberapa lagi kes terbaharu mengenai keracunan makanan terjadi di negara kita tahun ini yang wajar diberi perhatian:

Antara kes yang dilaporkan di laman Free Malaysia Today dan The Star pada April lalu, seramai lebih 20 pelajar sekolah di Kota Bharu, Kelantan mengalami keracunan akibat daging ayam yang telah berbau busuk dan basi.

Sementara itu, pada Jun lalu, terdapat dua lagi kes melibatkan keracunan makanan berlaku di Selangor dan Johor. 

  • 82 pelajar sekolah di Gombak mengalami keracunan disebabkan makan bihun goreng yang telah berubah warna dan rasa
  • 99 pelajar sekolah di Johor Bahru mengalami keracunan gara-gara ayam goreng di kantin sekolah

Apa yang dapat disimpulkan, kesemua mangsa keracunan makanan ini mengalami simptom serupa seperti sakit perut, loya, muntah, cirit-birit, demam dan sesetengah mereka terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan.

Ubat cirit birit di dalam bentuk makanan

Perkara paling penting adalah, masalah ini sudah tentu perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu supaya mereka boleh tentukan jenis dan dos ubat cirit birit yang anda mungkin perlukan.

Dalam masa yang sama, anda juga perlu menjaga apa yang anda makan dan minum untuk elakkan punca cirit birit berlarutan.

Jika anda ingin cepat sembuh, ada beberapa makanan yang dapat membantu mengawal simptom cirit-birit.

Jenis makanan yang popular ialah makanan yang tawar, mudah dicerna dan dapat menyerap air daripada tinja dalam usus besar.

Antara contoh yang paling popular adalah sup ayam. Namun, mungkin ada banyak lagi makanan lain yang mungkin dapat membantu anda merawat masalah ini.

Makanan yang bagus sebagai ubat cirit birit!

Terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang bagus dan mungkin boleh dijadikan petua atau ubat cirit birit cara tradisional. Berita baik buat anda, kesemuanya sesuai dijadikan diet seharian!

1. Ambil makanan tawar dan hangat

Makanan yang tawar seperti nasi kosong, buah pisang, roti atau biskut merupakan makanan yang terbaik untuk menghentikan cirit-birit.

Pisang amat bagus sebagai ubat cirit birit. Buah ini mengandungi potasium yang dapat membantu menggantikan sebarang nutrisi yang hilang daripada badan4.

Selain itu, makanan yang hangat seperti di bawah juga bagus untuk mengawal cirit-birit:

  • Sup ayam
  • Bubur
  • Oat 

Semua makanan ini sangat membantu terutamanya pada hari pertama cirit-birit. 

Pesakit juga digalakkan untuk makan dalam jumlah yang sedikit untuk mengelakkan sistem pencernaan terjejas.

2. Pilih makanan yang tinggi probiotik

ubat cirit birit
Probiotik bagus untuk perut dan usus.

Satu lagi cara yang berkesan untuk pastikan perut cepat sembuh daripada cirit-birit adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik4.

Probiotik mengandungi bakteria hidup yang dapat menambah jumlah bakteria baik sedia ada dalam saluran pencernaan.

Namun, pada masa yang sama, kurangkan pengambilan probiotik yang tinggi gula. Gula hanya akan menyebabkan simptom cirit-birit menjadi semakin teruk.

3. Tambah cecair dalam diet untuk ubat cirit birit

Pengambilan cecair amat penting untuk memastikan pesakit cepat sembuh.

Disebabkan pesakit kehilangan terlalu banyak cecair, penghidap cirit-birit perlu minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi4.

Oleh sebab itu, banyakkan pengambilan makanan atau minuman seperti:

Selain mengubati cirit-birit, minuman yang mengandungi elektrolit juga dapat menggantikan mineral yang hilang.

Jadi, benarlah petua hilangkan cirit birit orang dulu-dulu, air kelapa dan minuman sukan sebenarnya terbukti boleh kurangkan masalah cirit-birit!

cirit-birit
Cara elak cirit-birit bertambah teruk.

Rawatan cirit birit #4. Minuman susu kultur

Sebenarnya, minuman susu kultur seperti Yakult mungkin boleh dipertimbangkan bagi membantu mencegah dan merawat cirit-birit selain bagus untuk kesihatan organ perut serta usus.

Menurut kajian National Institute of Cholera and Enteric Diseases di Kolkata, India, pengambilan harian susu kultur ini mampu mengurangkan risiko cirit-birit dalam kalangan kanak-kanak5.

Buktinya, seramai 3,585 peserta kajian kanak-kanak di situ yang diberikan minuman ini pada setiap hari telah mula menunjukkan pengurangan sangat ketara bagi insiden atau kes cirit-birit6.

Jadi, anda sudah boleh mempertimbangkan minuman susu kultur dalam diet harian anda untuk memastikan kesihatan sistem pencernaan dan penghadaman!

Bila saya boleh mula makan semua makanan ini?

Jika anda sering rasa loya dan muntah, berikan badan masa untuk berehat sebelum makan makanan pejal.

Ambil lebih banyak air dan sup, serta pastikan rasa mual berkurangan sebelum cuba mengambil sebarang makanan.

Pilih makanan yang tawar dan hangat serta makan dalam jumlah yang sedikit.

Jangan lupa juga untuk minum air dengan cukup untuk menggantikan semua cecair yang hilang dari badan.

Cirit-birit sepatutnya sembuh dalam masa beberapa hari. Jika simptom menjadi semakin teruk, jumpa doktor secepat yang mungkin untuk dapatkan ubat cirit birit

Doktor boleh bekalkan anda dengan ubat cirit birit yang lebih berkesan supaya anda cepat sembuh.

Dalam masa yang sama juga, pertimbangkan untuk minum susu kultur yang mengandungi tinggi probiotik serta seimbang kandungan organisme hidup dan bakteria baik7 seperti Yakult.

Peringatan!


Jangan sesekali cuba untuk kenal pasti punca cirit-birit anda sendiri. Dapatkan khidmat pakar supaya masalah anda dapat diselesaikan dengan segera.

Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan minuman Yakult sebagai sumber probiotik anda di sini!

[embed-health-tool-bmr]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Diarrhea, https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/4108-diarrhea, Accessed July 4 2024. 
  2. Food Poisoning, http://www.myhealth.gov.my/en/food-poisoning/, Accessed July 4 2024.
  3. Number of food and water borne disease cases Malaysia 2022, by disease, https://www.statista.com/statistics/999156/food-and-water-borne-disease-cases-malaysia/, Accessed July 4 2024.
  4. What To Eat When You Have Diarrhea, https://health.clevelandclinic.org/what-to-eat-when-you-have-diarrhea, Accessed July 4 2024. 
  5. Daily Intake of “Yakult” is Efficacious in Reducing the Incidence of Acute Diarrhea in Young Children, https://www.yakult.co.jp/spn/english/news/article.php?num=34, Accessed July 4 2024.
  6. Role of probiotic in preventing acute diarrhoea in children: a community-based, randomized, double-blind placebo-controlled field trial in an urban slum, https://www.cambridge.org/core/services/aop-cambridge-core/content/view/AD559A50A1E6B85206D27487034E62B7/S0950268810001780a.pdf/div-class-title-role-of-probiotic-in-preventing-acute-diarrhoea-in-children-a-community-based-randomized-double-blind-placebo-controlled-field-trial-in-an-urban-slum-div.pdf, Accessed July 4 2024.
  7. Probiotics, Dietary Fibres & Prebiotics Food, https://www.nutriweb.org.my/probiotics/3-4.html, Accessed July 4 2024.

Versi Terbaru

14/08/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kentut Busuk Seperti Bau Telur Tembelang? Ini Mungkin Tanda Penyakit

9 Cara Mudah Elak Cirit-Birit, Ada Kaitan Dengan Pilihan Makanan (Termasuk Kopi) Anda!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 14/08/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan