Ada yang mengatakan terdapat kebaikan minum air kelapa setiap hari, tetapi adakah ia boleh menjadi pilihan terbaik saat dahaga?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Ada yang mengatakan terdapat kebaikan minum air kelapa setiap hari, tetapi adakah ia boleh menjadi pilihan terbaik saat dahaga?
Kalau ingin tahu jawapannya, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Jangan keliru antara air kelapa dan santan kelapa, ya?
Umumnya, air kelapa mempunyai sedikit rasa manis, masam dan rendah gula serta kalori. Ia hanyalah air bersama kandungan elektrolit seperti kalium, natrium dan magnesium – kesemuanya membantu menggantikan nutrien yang hilang.
Minuman ini dikatakan lebih baik berbanding minuman sukan kerana kurang kandungan gula. Begitu juga jika dibandingkan dengan air soda mahupun beberapa jus buah-buahan lain.
Tetapi apakah manfaat minum air kelapa setiap hari?
Berikut antara faedah-faedahnya:
Secawan air kelapa 200ml hanya mempunyai 48 kalori dan 0 lemak. Ia adalah minuman yang membantu menurunkan berat terbaik.
Pengambilan segelas air yang kaya asid laurik ini sebelum makan turut dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan.
Kelebihan air ini juga berfungsi dalam melawan jerawat kerana sifat antimikrobnya.
Kajian juga menunjukkan pengambilan air kelapa membantu sistem antioksidan dengan meneutralkan kesan radikal bebas.
Kandungan kalium yang tinggi dalam air kelapa adalah kebaikan buat pesakit hipertensi untuk mengimbangi nisbah elektrolit dan mengawal tekanan darah tinggi.
Makan lebih banyak makanan kaya kalium akan mengeluarkan lebih banyak natrium daripada tubuh melalui air kencing tetapi jangan berlebihan atau anda berisiko mengalami tekanan darah rendah pula.
Disebabkan kehadiran kalium dan kalsium dalam air kelapa, ia dipercayai dapat menurunkan kolesterol dan mengekalkan degupan jantung yang sihat.
Kandungan indeks glisemik sangat rendah – 3, menjadikan ia minuman sihat untuk penghidap diabetes.
Namun sebaiknya, dapatkan kepastian doktor sebelum mengambilnya sebagai diet harian.
Jika anda mempunyai batu karang dan telah disarankan untuk mengambil 12 gelas air setiap hari, jangan lupa masukkan air kelapa dalam senarai.
Bukan sahaja rasanya enak tetapi juga memberikan manfaat kesihatan.
Air kelapa membekalkan penghidratan dan elektrolit untuk menyahtoksik tubuh.
Toksik makanan terkumpul dalam badan disebabkan junk food, pencemaran dan hasil biologi tubuh.
Segelas air kelapa mempunyai fungsi detoks dan akan membantu membersihkan toksik serta menghidratkan semula badan sambil menjadikan diri berasa segar.
Jika anda mengamalkan diet rendah karbohidrat, ini adalah yang sihat kerana 1 cawan air kelapa mengandungi hanya 8 gram karbo.
Paling penting, ini adalah karbohidrat yang sihat dan baik untuk semua individu.
Minuman ini adalah 94% air serta bebas lemak dan kolesterol.
Untuk minuman rekreasi, anda pastinya ingin mendapatkan minuman tanpa gula dan tidak mengandungi natrium, justeru air kelapa adalah pilihan terbaik.
Baca juga:
Air kelapa dianggap sebagai diuretik – membantu membuang toksin melalui air kencing.
Anda mungkin akan kerap membuang air kecil selepas minum air ini, tetapi ia adalah kaedah semula jadi membantu menyembuhkan jangkitan air kencing.
Berasa sangat lemah, letih dan kelesuan serta tiada selera makan?
Duduk dan minumlah segelas air kelapa, ia akan membuatkan diri lebih santai. Rasa minuman yang menyenangkan ini juga akan membantu menghilangkan tekanan dan menenangkan fikiran.
Mereka yang berlatih selama sejam mencapai pemulihan latihan intensiti tinggi lebih cepat dengan pengambilan air kelapa – kerana ia memberikan elektrolit diperlukan.
Air kelapa membawa nutrien serta oksigen ke sel dan secara semula jadi menambah cecair badan selepas bersenam.
Tetapi mengambil air kelapa sejurus selepas sesuatu acara mungkin tidak dapat menampung keperluan karbohidrat anda.
Ini antara kelebihan utama air kelapa.
Berada dalam keadaan terhidrat bukan sahaja dapat memastikan tubuh berfungsi dengan baik tetapi juga membantu meningkatkan kualiti tidur, kognisi dan emosi.
Minuman tinggi khasiat ini boleh diminum pada bila-bila masa yang sesuai dengan diri. Tetapi ia disyorkan untuk diambil pada separuh hari pertama, sebelum waktu petang.
Anda juga boleh mengambilnya pada waktu petang dan malam. Namun bagi sesetengah individu ia boleh mengakibatkan kembung perut. Sekiranya anda turut mengalami keadaan yang sama, elakkan.
Berkaitan dengan jumlah pula, tiada sukatan yang dihadkan. Ia lebih bergantung kepada keadaan keperluan dan kesihatan diri serta usia anda.
Perkara terbaik adalah untuk melakukan rundingan dengan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian mengenai jumlah air kelapa yang boleh anda ambil setiap hari.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen