Jangan minum air yang mengandungi banyak gula. Ia boleh membuatkan cirit-birit anda menjadi semakin teruk.
Elakkan mengambil minuman sukan atau sebarang minuman yang mengandungi elektrolit ketika cirit-birit. Ia hanya akan membuatkan simptom menjadi semakin teruk!
2. Ambil ubat cirit birit dan muntah
Jangan sesekali ambil ubat untuk hentikan cirit-birit kecuali diarahkan oleh doktor.
Badan kita melalui semua tindak balas ini untuk membuang segala bahan atau makanan yang boleh membawa mudarat.
Namun, ada beberapa jenis ubat yang boleh mengurangkan loya. Tanya ahli farmasi yang bertugas mengenai ubat yang sesuai untuk anda.
Ada juga beberapa ubat yang boleh menyebabkan anda rasa loya dan cirit-birit. Jika ini yang berlaku, rujuk doktor anda dan dapatkan sesi konsultasi.
Jika anda ingin ambil ubat untuk mengurangkan simptom, elakkan ubat yang mengandungi aspirin. Ia boleh membuatkan simptom anda menjadi semakin serius.
Baca juga:
3. Untuk bayi, teruskan menyusu badan

Apa pula yang perlu dilakukan untuk tangani cirit birit dan muntah bayi?
Sekiranya bayi anda mengalami cirit-birit, terus susukan mereka.
Susu badan mengandungi cecair dan elektrolit yang penting untuk memastikan anak tidak mengalami dehidrasi.
Doktor juga mungkin akan memberikan larutan rehidrasi oral (ORS) kepada bayi.
Jika anak menyusu botol, pilih formulasi bebas laktosa sehingga mereka pulih sepenuhnya.
Fakta tambahan: ORS merupakan sejenis cecair yang sesuai digunakan untuk menggantikan sebarang nutrisi dan air yang hilang ketika cirit dan muntah. ORS juga sesuai untuk pengambilan bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
4. Ambil makanan lembut jika boleh
Jika anda boleh makan seperti biasa, cuba ambil lebih banyak makanan yang tawar seperti biskut kering, pisang, nasi kosong, bubur dan roti.
Cuba makan dalam kuantiti yang sedikit namun lebih kerap.
Mereka yang mengalami cirit-birit juga boleh cuba amalkan diet BRAT.
Elakkan mengambil sebarang makanan yang pedas atau berlemak dalam masa 24-48 jam.
Selain itu, jangan minum minuman berkafein atau alkohol untuk elakkan simptom menjadi semakin teruk.
5. Banyakkan berehat jika cirit birit dan muntah
Paling penting, dapatkan rehat yang mencukupi.
Ambil cuti jika anda sakit. Sekiranya anda demam, duduk di rumah dan jangan berjumpa dengan orang lain sehinggalah anda sembuh.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen