backup og meta

5 Cara Hilangkan Selesema Dengan Cepat! Antaranya, Makan Sup Ayam

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/12/2023

    5 Cara Hilangkan Selesema Dengan Cepat! Antaranya, Makan Sup Ayam

    Tersiksa sungguh apabila hidung penuh dengan hingus gara-gara kondisi selesema bukan? Disebabkan itu pula, kita semua kena tahu bagaimana cara hilangkan selsema dengan cepat!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Pernafasan, anda boleh klik di sini.

    Kenapa anda senang betul kena selesema?

    Selesema atau common cold adalah sejenis kondisi bersifat ringan yang berlaku akibat jangkitan hampir 200 jenis virus berbeza, namun yang paling biasa adalah rhinovirus.

    Kebiasaannya, kondisi ini akan menyebabkan beberapa gejala ringan seperti hidung tersumbat, sering bersin dan sakit tekak yang mungkin berlanjutan selama seminggu, lebih atau kurang.

    Apa yang mungkin akan sedikit merunsingkan adalah selesema biasa datang bersama dua lagi penyakit lain iaitu demam dan batuk – penyakit tiga serangkai/sekawan yang bersifat ringan.

    “Memang benar bahawa selesema itu adalah kondisi yang biasa namun akibat kehadiran pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia membuat kita semua perlu lebih peka dengan kesihatan sistem pernafasan masing-masing,” jelas Pakar Sistem Pernafasan, Profesor Peter Openshaw.

    cara hilangkan selsema dengan cepat

    Jadi, jika sudah mula muncul gejala pada diri, segera cari cara hilangkan selesema dengan cepat ya!

    Cara hilangkan selesema dengan cepat!

    Sebenarnya, cara hilangkan selsema dengan cepat tidak lain tidak bukan adalah dengan mengambil ubat yang dipreskripsikan oleh doktor di dalam bentuk tablet atau sirap bergantung kepada individu itu.

    Kebanyakan jenis ubat selesema boleh menyebabkan rasa mengantuk. Jadi, sila elak mengambilnya pada waktu anda perlu berjaga terutama ketika sedang memandu atau membuat pekerjaan.

    Baca lagi artikel berkaitan:

    Dalam pada itu, mungkin turut ada beberapa cara tradisional yang anda boleh cuba seperti berikut:

    Cara hilangkan selesema dengan cepat #1. Madu

    Untuk pengetahuan anda semua, madu itu adalah antara makanan sihat yang juga boleh jadi cara hilangkan selsema dengan cepat dan efektif, serta dipercayai lebih baik daripada ubat selesema.

    Ini kerana ia mampu untuk memberikan kelegaan pada hidung, tekak serta dada yang tersumbat dengan mukus akibat jangkitan virus. Berita baik buat anda, madu juga sangat mudah ditemui.

    cara hilangkan selsema dengan cepat

    #2. Sup ayam

    Pernahkah ibu anda menghidangkan sup ayam ketika sedang sakit ringan? Sebenarnya, ini bukan satu mitos tanpa bukti klinikal! Kajian menunjukkan bahawa ia dapat membantu tubuh badan melawan jangkitan punca hingus banyak di dalam hidung.

    Ini kerana bahan-bahan di dalam sup yang hangat ini mampu untuk memperlahankan pergerakan neutrofil – sejenis sel darah putih yang penting untuk sistem imunisasi di dalam tubuh badan.

    Kesannya, mukus yang terkumpul dan tersumbat di dalam rongga nasal anda itu akan cair dengan lebih cepat lantas melegakan hidung, mulut, tekak serta dada. Jadi, ini bukan lagi suatu mitos.

    #3. Bawang putih

    Merupakan bahan semula jadi dengan sifat antioksidan yang sangat kuat, ia juga boleh jadi antara cara hilangkan selsema dengan cepat. Ia boleh membantu melawan virus yang menjangkiti dan jadi punca kondisi selesema sekali gus menyembuhkannya.

    Namun bukan semua orang suka dengan bau dan rasa bawang putih ini terutama golongan kanak-kanak. Jadi, mungkin anda boleh mencampurkan ia ke dalam masakan seperti sup di atas.

    Adalah tidak salah untuk anda mengambilnya dengan begitu sahaja cuma perlu diingatkan bahawa rasa dan bau bawang ini adalah sangat kuat dan boleh jadi punca anda mual atau muntah.

    Cara hilangkan selsema dengan cepat #4. Halia

    cara hilangkan selsema dengan cepat

    Halia biasa dicampurkan ke dalam minuman dan makanan khusus untuk orang sakit. Ini kerana ia adalah antara herba yang boleh membantu menghilangkan rasa sejuk di dalam tubuh badan.

    Menurut University Health News (UHN), ia bukan sahaja mampu membantu melegakan selesema malahan menghilangkan rasa mual atau muntah ekoran bau dan aromanya yang menyenangkan.

    Caranya juga cukup mudah iaitu hanya dengan mencampurkan ia ke dalam hidangan harian anda!

    Cara hilangkan selsema dengan cepat #5. Sirih

    Untuk pengetahuan anda semua, sirih cukup terkenal sebagai kudapan dalam kalangan masyarakat lama yang mempunyai khasiat untuk mengubati pelbagai jenis penyakit termasuk selesema.

    Ini kerana ia memiliki sejenis minyak mengandungi phenol bernama chavivol yang boleh berfungsi sebagai antiseptik. Disebabkan itu pula, ia mampu membantu individu melawan kondisi ini.

    Selain dikunyah, ia juga boleh diekstrak dan disapu pada hidung dan dada agar mukus itu mencair!

    Anda boleh mencuba cara melegakan masalah selesema yang kami kongsikan di atas. Namun, sebaik-baiknya sila dapatkan nasihat doktor, ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 07/12/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan