Sebagai contoh, individu dengan intoleransi laktosa tidak dapat menguraikan karbohidrat laktosa. Kesannya, ia akan terperap di dalam perut.
Selain itu, intoleransi gluten juga boleh jadi punca masalah ini. Ia akan menyebabkan penyakit seliak, penyakit autoimun yang boleh mengakibatkan inflamasi pada usus.
Ia juga adalah punca gas yang dikeluarkan oleh badan anda berbau busuk.
#4. Sembelit juga punca kentut busuk

Sembelit menunjukkan anda masih mempunyai najis pada kolon. Jika anda rasa sukar untuk membuang air besar dengan kerap, ia adalah tanda bahawa bakteria sedang merebak. Akibatnya, gas yang anda keluarkan juga kan berbau busuk.
#5. Infeksi usus
Apabila tubuh badan anda mencernakan makanan, segala nutrien akan diesktrak untuk dihantar ke saluran darah. Apa yang tidak dimahukan pula akan dihantar ke kolon. Gangguan proses ini pula akan menyebabkan pertumbuhan bakteria.
Ia seterusnya akan menyebabkan infeksi pada usus. Disebabkan itu, gas yang terhasil juga adalah lebih banyak, kuat dan berbau lebih busuk.
Bukan itu sahaha, ia juga akan menyebabkan kekejangan perut dan cirit-birit. Jadi, segera berjumpa doktor.
#6. Kanser kolon
Salah satu daripada punca gas berbau busuk yang paling ditakuti adalah kanser kolon. Apabila polip atau tumor terbentuk pada sistem penghadaman, ia akan menyebabkan gangguan pada perut sekali gus mengakibatkan penghasilan gas yang berlebihan.
Jika anda mula perasan gas yang anda keluarkan itu berbau busuk dan anda bimbang dengan kondisi kesihatan anda, segera berjumpa doktor. Ya, ia mungkin perkara yang normal namun mungkin juga merupakan petanda anda mempunyai penyakit.
Kentut busuk adalah normal!

Kesimpulannya, kentut busuk adalah normal. Bukan anda seorang sahaja yang menghadapinya. Ia mungkin disebabkan pengambilan makanan atau ubatan. Namun, ia juga mungkin petanda kepada penyakit. Jadi, rujuk kepada doktor ya?
Bagi yang tertanya-tanya apakah yang terjadi kepada penulis dan beberapa orang lagi mangsa yang terperangkap dengan kentut busuk di dalam lif itu, ini adalah plot twist untuk anda.
Sebenarnya, penulis sendiri adalah tuan punya badan yang mengeluarkan gas beracun tersebut. Hurmmm…