backup og meta

Cirit-birit Dan Loya Tanda Perut Dijangkiti Virus? Ambil Makanan & Minuman Ini Untuk Rawat

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/01/2023

    Cirit-birit Dan Loya Tanda Perut Dijangkiti Virus? Ambil Makanan & Minuman Ini Untuk Rawat

    Tiada selera makan, loya, dan muntah boleh berlaku tatkala sistem pencernaan diserang virus. Jenis sakit perut ini akan membuatkan anda berasa lemah dan lesu.

    Virus yang menyerang perut ini digelar selesema perut atau stomach flu, menyebabkan gejala seakan keracunan makanan.

    Mereka yang diserang jenis sakit perut ini sukar sembuh dengan cepat dek kerana selera makan yang terjejas.

    Walau bagaimanapun, pengambilan makanan tertentu seperti bland diet, buah-buahan, dan minuman tertentu dapat bantu proses pemulihan!

    Berikut adalah antara makanan dan minuman yang boleh diambil sekiranya anda ditimpa kondisi selesema perut!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Makanan & minuman pesakit selesema perut

    #1 Bland diet

    Bland diet terdiri daripada makanan yang mudah dicerna dan tidak memberi tekanan pada perut.

    Pakar mengesyorkan agar penderita selesema perut dan beberapa kondisi lain yang menjejaskan saluran gastrousus mengikuti diet ini.

    Bland diet boleh merangkumi:

    • Telur
    • Puding
    • Jus buah
    • Tauhu
    • Sup rebusan
    • Produk tenusu rendah lemak
    • Daging tanpa lemak, seperti ayam atau ikan tanpa kulit
    • Sayur-sayuran, seperti:
  • Bit
  • Kacang
  • Bayam
  • Lobak merah
  • Semasa menyediakan makanan ini, anda harus berhati-hati ketika menggorengnya dengan lemak seperti mentega atau minyak, kerana cara masakan itu dapat memperburukkan lagi gejala selesema perut.

    Kaedah alternatif yang boleh digunapakai adalah dengan merebus.

    #2 Makan karbohidrat kompleks

    jenis sakit perut

    Kentang dan biji-bijian adalah pilihan terbaik untuk bantu menggantikan nutrien yang mungkin hilang selepas ‘sesi’ muntah-muntah atau cirit-birit.

    Anda juga boleh makan kanji yang direbus apabila mengalami cirit-birit. Kanji rebus boleh merangkumi makanan seperti:

    • Kentang
    • Oat
    • Mi
    • Bijirin dengan garam

    #3 Elektrolit boleh hilangkan jenis sakit perut

    Punca sakit perut seperti cirit-birit dan muntah, keduanya boleh menyebabkan seseorang kehilangan banyak cecair badan.

    Justeru, pengambilan minuman berasaskan cecair yang mengandungi elektrolit dapat bantu mencegah dehidrasi.

    • Minuman

    Untuk bantu mencegah dehidrasi, kanak-kanak dan orang yang lebih tua boleh minum minuman sukan berasaskan elektrolit.

    Pun begitu, National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK) mengesyorkan untuk mengelak minuman yang mempunyai banyak gula tambahan, seperti jus buah dan soda tertentu.

    Kandungan gula tambahan ini boleh memburukkan lagi gejala jenis sakit perut seperti cirit-birit.

    Salah satu cara untuk ketahui kandungan gula adalah dengan menyemak fakta nutrisi yang tersedia di label-label produk makanan atau minuman.

    • Makanan

    Dari segi makanan pula, keropok bergaram boleh menjadi antara kaedah yang berkesan untuk menggantikan sumber elektrolit.

    #4 Teh boleh hilangkan jenis sakit perut

    Cara yang baik untuk menyelitkan cecair yang lebih berperisa ke dalam diet, adalah dengan meminum teh sihat.

    Jenis teh tertentu juga boleh memberi manfaat tambahan apabila anda mengalami sakit perut seperti stomach flu.

    Antara teh yang boleh memberi kelegaan, merangkumi:

    • Teh halia

    Penyelidikan mendapati, banyak hasil kajian menunjukkan kesan positif teh halia dalam mengurangkan rasa loya.

    Walau bagaimanapun, para penyelidik turut mengatakan bahawa lebih banyak kajian diperlukan untuk mengesahkan dakwaan ini.

    • Teh pudina

    Ada juga ulasan lain yang mencadangkan untuk mencuba teh pudina.

    Ini kerana teh pudina dikatakan dapat bantu mengurangkan rasa mual pada semua individu, tanpa mengira usia.

    Namun, sama seperti teh halia, tuntutan ini juga memerlukan lebih banyak bukti dan sokongan fakta saintifik.

    #5 Buah-buahan

    Pengambilan buah-buahan boleh menjadi cara yang sihat untuk menyertakan kandungan gula semula jadi ke dalam makanan, serta menghidrasi semula tubuh.

    Buah-buahan mengandungi peratusan air yang tinggi, dan sesetengah jenis juga memiliki peratusan yang lebih tinggi, termasuk:

    1. Buah pic kuning mengandungi 88.3% kandungan air.
    2. Melon mengandungi 90.2% kandungan air.
    3. Strawberi mengandungi 90.95% kandungan air.
    4. Tembikai mengandungi 91.45% kandungan air.

    Senarai di atas hanya merangkumi buah-buahan mentah sebagai makanan pejal.

    Justeru, anda perlu berwaspada ketika memilih jus buah yang berisiko mengandungi jumlah gula yang berlebihan.

    #6 Probiotik

    jenis sakit perut

    Kadangkala, doktor mungkin menasihati mereka yang mengalami selesema perut untuk mengambil probiotik.

    Probiotik mengandungi bakteria yang sihat untuk perut dan dapat bantu merawat jenis sakit perut seperti cirit-birit.

    Contoh makanan yang mengandungi probiotik termasuk:

    • Miso
    • Sauerkraut
    • Yogurt bukan tenusu

    Jika kalian bercadang untuk mengambil probiotik, pastikan untuk dapatkan khidmat nasihat daripada doktor terlebih dahulu okey?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 09/01/2023

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan