Makanan yang tawar seperti nasi kosong, pisang, roti atau biskut merupakan makanan yang terbaik untuk menghentikan cirit-birit.
Pisang amat bagus sebagai ubat cirit birit. Buah ini mengandungi potasium yang dapat membantu menggantikan sebarang nutrisi yang hilang daripada badan.
Selain itu, makanan yang hangat seperti sup ayam, bubur dan oat juga dapat mengurangkan cirit-birit.
Semua makanan ini sangat membantu terutamanya pada hari pertama cirit-birit.
Pesakit juga digalakkan untuk makan dalam jumlah yang sedikit untuk mengelakkan sistem pencernaan terbeban.
2. Pilih makanan yang mengandungi probiotik

Satu lagi cara yang berkesan untuk pastikan perut cepat sembuh daripada cirit-birit adalah dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik.
Probiotik mengandungi bakteria hidup yang dapat menambah jumlah bakteria baik sedia ada dalam saluran pencernaan.
Walau bagaimanapun, mereka yang cirit-birit tidak digalakkan untuk mengambil produk tenusu.
Namun, ada pengecualian untuk makanan seperti yogurt, susu yang difermentasi atau kefir yang mengandungi probiotik kerana ia mungkin membawa masalah serupa.
Pada masa yang sama, kurangkan pengambilan probiotik yang tinggi gula. Gula hanya akan menyebabkan simptom cirit-birit menjadi semakin teruk.
Baca juga:
3. Tambah cecair dalam diet untuk ubat cirit birit

Pengambilan cecair amat penting untuk memastikan pesakit cepat sembuh.
Disebabkan pesakit kehilangan terlalu banyak cecair, penghidap cirit-birit perlu minum air dengan banyak untuk mengelakkan dehidrasi.
Oleh sebab itu, banyakkan pengambilan makanan seperti:
- Sup.
- Air kelapa.
- Minuman yang mengandungi elektrolit.
- Minuman sukan.
Selain mengubati cirit-birit, minuman yang mengandungi elektrolit juga dapat menggantikan mineral yang hilang.
Benarlah petua hilangkan cirit birit orang dulu-dulu, air kelapa dan minuman sukan sebenarnya terbukti boleh kurangkan masalah cirit-birit!
Bila saya boleh mula makan semua makanan ini?
Jika anda sering muntah-muntah, berikan badan masa untuk berehat sebelum makan makanan pejal.
Ambil lebih banyak air dan sup, serta pastikan mual berkurangan sebelum cuba mengambil sebarang makanan.
Pilih makanan yang tawar dan makan dalam jumlah yang sedikit. Jangan lupa minum air dengan mencukupi untuk menggantikan semua cecair yang hilang dari badan.
Cirit-birit sepatutnya sembuh dalam masa beberapa hari. Jika simptom menjadi semakin teruk, jumpa doktor secepat mungkin.
Doktor boleh bekalkan anda dengan ubat cirit birit yang lebih berkesan supaya anda cepat sembuh.
Kesimpulan

Cirit-birit boleh memberikan kesan terhadap kehidupan seharian.
Walaupun ia tidak serius, masalah ini boleh mengganggu perjalanan hari anda. Tidak ada sesiapa yang suka berulang ke tandas berkali-kali dalam masa sejam.
Oleh sebab itu, mereka yang mengalami cirit-birit perlu berjumpa doktor dengan kadar yang segera.
Jangan sesekali cuba untuk kenal pasti punca cirit-birit anda sendiri. Dapatkan khidmat pakar supaya masalah anda dapat diselesaikan dengan segera.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen