backup og meta

7 Ubat Cirit-birit Dewasa Ini Mungkin Dapat Bantu Atasi Masalah Anda, Cubalah!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    7 Ubat Cirit-birit Dewasa Ini Mungkin Dapat Bantu Atasi Masalah Anda, Cubalah!

    Masalah cirit-birit boleh terjadi kepada sesiapa, termasuklah individu dewasa. Tetapi adakah terdapat ubat untuk cirit birit dewasa yang boleh diambil, ya?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Sistem Penghadaman, sila dapatkannya di sini.

    Ubat untuk cirit birit dewasa: Ini keadaannya

    Sebelum mengetahui apakah jenis ubat cirit-birit orang dewasa, jom ketahui secara ringkas mengenai masalah gastrousus ini.

    Gejala cirit-birit yang biasa adalah kerap membuang air besar, najis berair, kekejangan dan kembung perut. Ia merupakan cara badan menangani gangguan dalam sistem gastrousus anda.

    Terdapat beberapa jenis cirit yang berbeza, seperti:

    • Cirit-birit jangka pendek atau akut – boleh bertahan hingga 2 minggu
    • Cirit-birit berterusan yang berlangsung selama 2-4 minggu
    • Cirit-birit berterusan yang datang dan pergi – boleh berlangsung selama sebulan atau lebih lama

    Beberapa punca biasa termasuk:

    • Jangkitan daripada virus, bakteria atau parasit
    • Ubat, termasuk antibiotik
    • Alahan atau sensitiviti makanan
    • Sindrom kerengsaan usus (IBS)
    • Penyakit Crohn atau kolitis ulseratif
    • Penyakit seliak

    Baca juga:

    Rawatan di rumah 

    Ketidakselesaan perut biasanya boleh hilang dengan cepat tanpa rawatan atau pengambilan ubat untuk cirit birit dewasa. Untuk membantu anda mengatasi tanda dan gejalanya, cuba lakukan perkara berikut:

    • Perbanyakkan pengambilan cecair termasuk air, sup dan jus. Elakkan kafein dan alkohol
    • Tambah makanan semipejal dan rendah serat secara beransur-ansur apabila pergerakan usus anda kembali normal. Cuba roti bakar, telur, nasi atau ayam
    • Elakkan makanan tertentu seperti produk tenusu, makanan berlemak, makanan berserat tinggi atau makanan berperisa tinggi selama beberapa hari

    Untuk dewasa yang mengalami masalah ini, pengambilan ubatan tertentu mungkin dapat membantu.

    Ubat untuk cirit birit dewasa

    Ubat ini biasanya berkesan untuk cirit-birit secara tiba-tiba atau akut. Jangan mengambil ubat lebih daripada 2 hari dan pastikan anda mengikut arahan.

    Antara pilihan ubatan farmasi (OTC) seperti:

    ubat untuk cirit birit dewasa

    Loperamide

    Pergerakan najis dalam usus akan menjadi perlahan apabila anda mengambil ubat ini. Ini kerana Loperamide (Imodium) melambatkan pergerakan makanan melalui usus – sekali gus membolehkan badan menyerap lebih banyak cecair.

    Bismuth subsalicylate 

    Ubat ini boleh meredakan keradangan dan melindungi usus daripada kuman. Ia boleh meredakan gejala lain seperti loya atau sakit perut.

    Bismuth subsalicylate (Kaopectate, Pepto-Bismol) mengimbangi cara cecair bergerak melalui saluran penghadaman anda.

    Antara pilihan ubat untuk cirit birit dewasa #Pengambilan probiotik

    Mikroorganisma dalam probiotik boleh membantu memulihkan keseimbangan sihat pada saluran usus dengan meningkatkan tahap bakteria baik – walaupun tidak jelas sama ada ia boleh membantu mengurangkan gejala cirit-birit.

    Probiotik boleh didapati dalam bentuk kapsul atau cecair dan juga boleh diambil melalui makanan tertentu seperti yogurt.

    Larutan garam rehidrasi mulut (ORS)

    Merupakan antara ubat yang akan disyorkan untuk mengatasi dehidrasi ringan hingga sederhana pada individu dewasa dengan cirit-birit akut disebabkan pelbagai punca.

    Doktor mungkin memberikan ubat preskripsi untuk mengawal gejala jika anda sering mengalami cirit-birit kerana sindrom usus besar (IBS-D), seperti:

    Alosetron (Lotronex)

    Untuk wanita dengan IBS-D yang sangat serius. Ubat ini akan diberikan jika rawatan lain tidak berkesan. 

    Terdapat kesan sampingan serius boleh terjadi seperti masalah sembelit dan kurang aliran darah ke usus besar.

    Ubat untuk cirit birit dewasa #Eluxadoline (Viberzi)

    Boleh melambatkan kontraksi usus – sekali gus mengurangkan rasa kesakitan. Tetapi anda tidak boleh menggunakannya jika tidak mempunyai pundi hempedu kerana boleh menyebabkan pankreatitis – keadaan apabila pankreas mengalami kerengsaan.

    ubat untuk cirit birit dewasa

    Rifaximin (Xifaxan)

    Merupakan antibiotik yang berfungsi pada bakteria tertentu dalam usus. Anda mungkin hanya perlu mengambil ubat untuk cirit birit dewasa ini selama 2 minggu. Ia juga ada kalanya digunakan untuk merawat traveler’s diarrhea.

    Penyakit radang usus, seperti penyakit Crohn atau kolitis ulseratif, boleh menyebabkan cirit-birit berterusan. Doktor akan memberikan preskripsi lain untuk menguruskan keadaan tersebut.

    Individu yang harus elakkannya

    Bukan semua individu boleh mengambil ubat cirit birit, ya? Berikut senarai individu yang tidak seharusnya mengambil ubat ini, seperti:

    Jangan mengambil loperamide jika mempunyai tanda jangkitan

    Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika demam, pernah mengalami ruam atau tindak balas alahan selepas mengambilnya. 

    Loperamide juga perlu dielakkan jika mempunyai najis berdarah atau hitam – ini mungkin tanda masalah lebih serius seperti jangkitan bakteria.

    Rujuk kepada doktor terlebih dahulu jika anda mengalami demam atau terdapat darah dalam najis. Anda mungkin memerlukan antibiotik atau ubat lain untuk menyingkirkan bakteria atau parasit.

    ubat untuk cirit birit dewasa

    Jangan mengambil ubat untuk cirit-birit dewasa bismuth subsalicylate

    Anda tidak boleh mengambil ubat ini jika mempunyai alahan terhadap aspirin.

    Ubat antidiarea tidak boleh diberikan kepada bayi atau anak kecil

    Sudah namanya pun ubat untuk dewasa, pastinya ia tidak sesuai diberikan kepada kanak-kanak. Tetapi kenapa ya?

    Ini kerana bahan di dalamnya seperti bismuth, magnesium dan aluminium boleh terkumpul dalam badan si kecil. Tanyakan kepada doktor ubat yang selamat untuk mereka.

    Anda juga tidak boleh mengambil bismuth subsalicylate atau ubat antidiarea lain jika sedang hamil tanpa berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

    Sekiranya terdapat kebimbangan mengenai keadaan diri dan sebelum mengambil sebarang ubat cirit-birit dewasa, lakukanlah pemeriksaan doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 22/06/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan