Ketika berdiet, ramai yang menyarankan kita untuk pilih makanan yang sihat dan ‘eat clean’. Untuk mereka yang baru sahaja bermula, pasti anda tertanya-tanya mengenai resepi eat clean untuk beginner.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Ketika berdiet, ramai yang menyarankan kita untuk pilih makanan yang sihat dan ‘eat clean’. Untuk mereka yang baru sahaja bermula, pasti anda tertanya-tanya mengenai resepi eat clean untuk beginner.
Sebenarnya, ada banyak maksud eat clean. Namun, secara amnya, eat clean bermaksud mengambil makanan dalam bentuknya yang paling semula jadi.
Mereka yang mengamalkan cara pemakanan sebegini selalunya akan menyediakan makanan mereka sendiri dari awal sampai akhir.
Selain itu, mereka juga akan makan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, daging pejal, bijirin penuh dan lemak sihat.
Pada masa yang sama, makanan yang diproses seperti snek dan manisan akan ditinggalkan.
Antara contoh resepi eat clean untuk beginner ialah salad bersama ayam panggang, avokado, kekacang dan hirisan epal. Nampak simple dan sihat bukan!
Rakyat Malaysia terlalu banyak mengambil makanan yang diproses. Walaupun makanan ini mempunyai rasa yang sedap dan mudah untuk disediakan, namun ia boleh menjejaskan kesihatan kita.
Manakan tidak, makanan yang diproses mengandungi banyak bahan sintetik.
Ia juga dipenuhi gula, lemak, garam, bahan kimia, pengawet, pewarna serta bahan tambahan lain yang kita sendiri tidak pasti asal usulnya.
Ada sebabnya mengapa pakar menggalakkan kita untuk eat clean.
Selain dapat mengurangkan pengambilan makanan yang mengandungi gula, garam dan lemak tambahan, makanan yang bersih ini mengandungi pelbagai vitamin, mineral, protein yang berkualiti tinggi dan lemak sihat.
Malah, makanan yang berada dalam bentuk semula jadinya juga lebih berkhasiat dan berperisa.
Selain mengambil makanan dalam bentuk semula jadinya, ada beberapa tip untuk eat clean buat mereka yang baru hendak bermula. Antaranya ialah:
Walau bagaimanapun, bukan semua jenis pemprosesan makanan adalah tidak baik.
Sebagai contoh, proses pempasturan dapat memastikan produk tenusu selamat untuk dimakan.
Selain itu, buah-buahan dan sayur-sayuran beku juga boleh dimakan jika diproses secara minimal.
Siapa kata penyediaan makanan yang sihat itu susah dan leceh? Tanggapan ini sebenarnya tidak benar sama sekali! Malah, selepas anda membiasakan diri dengan eat clean, semuanya akan siap dan selesai dalam sekelip mata.
Untuk membuatkan hidup anda lebih mudah, pelan menu anda selama seminggu dan penuhkan peti ais dengan makanan yang sihat.
Kebanyakan resepi eat clean menggunakan bahan yang mudah untuk didapati dan tidak perlukan masa penyediaan yang lama.
Untuk mereka yang baru bermula, ini 3 resepi eat clean yang mudah, murah dan menyelerakan!
Resepi devilled eggs yang klasik ini bukan sahaja sedap, ia juga sangat bernutrisi dan sesuai untuk mereka yang ingin eat clean. Cara penyediaannya juga mudah dan tidak akan mengambil masa lebih dari 15 minit!
Bahan-bahan:
Langkah pertama:
Rebus telur sehingga masak selama 13 minit. Sejukkan telur di dalam mandian ais dan kopek kulitnya.
Langkah kedua:
Potong telur separuh. Asingkan kuning telur ke dalam mangkuk sederhana. Kemudian, tambahkan mayones, cuka, garam dan serbuk lada hitam. Campurkan bahan-bahan ini dan kacau sehingga sebati.
Masukkan sebatian ini ke dalam piping bag dan paipkannya kembali ke dalam telur. Anda boleh taburkan paprika atau serbuk cili ke atas telur tersebut.
Campuran tuna dan sayur-sayuran merupakan satu gabungan yang amat luar biasa. Dengan rasanya yang berlemak dan rangup, masakan yang dapat disediakan dalam masa 20 minit ini pasti menjadi kegemaran anda.
Bahan-bahan:
Langkah pertama:
Campurkan 2 sudu minyak, cuka, ½ sudu teh garam, mustard dan madu ke dalam mangkuk yang besar. Tambahkan sayur-sayuran yang disukai seperti lobak putih, hirisan epal dan ubi bit. Kacau hingga sebati. Taburkan bijan ke dalam salad tersebut.
Langkah kedua:
Panaskan sedikit minyak. Sapukan tuna dengan lada sulah dan garam sebelum meletakkannya ke atas kuali panas. Masak ikan sehingga siap. Kemudian, potong ikan tuna dengan nipis dan hidangkannya di atas salad.
Hidangan ini merupakan salah satu resepi eat clean untuk beginner yang mudah dan mengenyangkan. Anda boleh masak hidangan ini di dalam oven sahaja!
Bahan-bahan:
Langkah 1
Sediakan pemanggang atau gunakan oven dalam mod ‘broil’.
Langkah 2
Letakkan kubis Brussel dan ubi keledek di atas kertas pembakar. Gaul dengan 1 sudu minyak dan ratakannya.
Sapu steak dengan 1 ½ minyak dalam oven di atas sayuran. Taburkan 1 sudu teh daun thyme, ½ sudu teh garam dan ½ sudu teh lada.
Langkah 3
Panggang selama 10 minit. Kemudian, pusingkan steak tersebut. Sapu lebih banyak minyak dan taburkan lebih banyak thyme, garam dan lada. Panggang lagi selama 5 minit atau selama mana yang anda inginkan.
Langkah 4
Alihkan steak dari oven dan biarkan ia selama 5 minit. Potong steak tersebut dan letakkan sayuran di dalam mangkuk. Tuang air daging dan gaulkan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen