Trigliserida adalah sejenis lemak dalam darah, jika berlebihan ia mengundang penyakit jantung. Mengamalkan 12 cara ini pastinya dapat membantu menurunkan trigliserida anda.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Trigliserida adalah sejenis lemak dalam darah, jika berlebihan ia mengundang penyakit jantung. Mengamalkan 12 cara ini pastinya dapat membantu menurunkan trigliserida anda.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Trigliserida merupakan salah satu jenis lemak yang terdapat dalam darah.
Secara amnya, tubuh menukar kalori yang tidak diperlukan menjadi trigliserida dan menyimpannya dalam sel lemak untuk digunakan sebagai tenaga kemudian nanti.
Walaupun trigliserida sumber bekalan tenaga yang penting untuk tubuh, tetapi jika jumlahnya terlalu banyak dalam darah ia akan meningkatkan risiko penyakit jantung.
Masalah kegemukan, diabetes tidak terkawal, pengambilan alkohol kerap dan diet berkalori tinggi antara penyumbang kepada kadar trigliserida darah yang tinggi.
Berikut antara kaedah semula jadi yang dapat membantu turunkan kadar trigliserida anda:
Pengambilan kalori yang berlebihan menyebabkan tubuh perlu mengubahnya menjadi trigliserida.
Menurunkan 5-10% berat badan sedia ada dan mengurangkan pengambilan kalori merupakan kaedah berkesan menurunkan kadar trigliserida. Ia juga cara terbaik untuk penjagaan jantung.
Gula tambahan dalam makanan boleh diubah menjadi trigliserida. Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kadar jumlahnya bersama faktor risiko penyakit jantung lain.
Gula tambahan ini biasanya terdapat dalam gula-gula, minuman soda dan jus buah.
Seperti gula, kalori tambahan daripada karbohidrat dalam makanan turut diubah menjadi trigliserida dan disimpan dalam sel lemak.
Sebab itu mengamalkan diet rendah karbohidrat dikaitkan dengan tahap trigliserida lebih rendah, cubalah!
Serat makanan secara semula jadi terdapat dalam buah-buahan, sayuran dan bijirin. Ia juga terkandung dalam sumber tanaman lain seperti kacang, bijian dan legum.
Mengambil lebih banyak serat dalam diet pemakanan harian akan melambatkan penyerapan lemak dan gula dalam usus – membantu mengurangkan jumlah trigliserida dalam darah.
Bersenam secara berkala dapat meningkatkan jumlah kolesterol HDL (baik) dalam darah dan secara langsung menurunkan kadar trigliserida.
Apabila digabungkan dengan penurunan berat badan, ia sangat berkesan untuk menurunkan trigliserida – penting untuk penjagaan jantung.
Lemak trans tiruan ialah sejenis lemak yang ditambah dalam makanan diproses untuk meningkatkan jangka hayatnya. Ia biasa terdapat dalam makanan bergoreng komersial.
Lemak trans juga semula jadi terdapat sejumlah kecil dalam beberapa produk haiwan.
Disebabkan sifat keradangannya, lemak ini boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan, termasuklah peningkatan kadar kolesterol LDL (jahat) dan penyakit jantung.
Ikan berlemak terkenal dengan khasiatnya pada kesihatan jantung dan kemampuan untuk merendahkan tahap trigliserida.
Salmon, sardin, tuna dan tenggiri adalah beberapa jenis ikan yang sangat tinggi kandungan asid lemak omega-3.
Sebaiknya makan 2 hidangan setiap minggu untuk mengurangkan kadar trigliserida dan risiko penyakit jantung.
Lemak mono tak tepu dan lemak poli tak tepu dapat mengurangkan kadar trigliserida. Ini terutamanya apabila ia menggantikan karbohidrat dalam makanan anda.
Lemak tak tepu tunggal terdapat dalam makanan seperti minyak zaitun, kekacang dan avokado.
Lemak poli tak tepu pula terkandung dalam minyak sayuran, ikan berlemak, kekacang seperti walnut dan bijian contohnya biji chia.
Baca juga:
Rintangan insulin juga menjadi faktor penyumbang kepada kadar trigliserida darah yang tinggi. Insulin bertanggungjawab mengangkut gula ke sel untuk digunakan sebagai tenaga.
Terlalu banyak insulin mewujudkan rintangan tubuh terhadapnya dan menyukarkan penggunaan insulin dengan berkesan. Kesannya berlaku pertambahan gula dan trigliserida dalam darah.
Tetapi jika anda mengamalkan pola pemakanan tetap dipercayai dapat mencegah rintangan insulin dan membantu merendahkan tahap trigliserida, sekali gus menjadi antara cara penjagaan jantung sihat.
Minuman alkohol tinggi gula, karbohidrat dan kalori. Jika kalori ini tidak digunakan, ia akan ditukar menjadi trigliserida dan disimpan dalam sel lemak.
Alkohol juga meningkatkan sintesis lipoprotein berkepadatan rendah yang besar dalam hati – kesannya membawa trigliserida ke dalam sistem tubuh.
Soya tinggi isoflavon – sejenis sebatian tumbuhan kaya manfaat kesihatan.
Selain dapat menurunkan kolesterol LDL (jahat), protein soya juga dapat merendahkan kadar trigliserida.
Antara produk soya adalah seperti edamame, tauhu, tempe dan susu soya.
Kacang memberikan dos serat pekat, asid lemak omega-3 dan lemak tak tepu – berperanan mengurangkan kadar trigliserida.
Antara pilihan kacang ialah:
Pastikan anda mengawal pengambilannya kerana kacang tinggi kalori.
Diet pemakanan dan gaya hidup boleh memberikan pengaruh besar pada tahap trigliserida.
Jika tidak pasti diet yang sesuai untuk diamalkan dan mungkin ingin mengambil suplemen tambahan bagi merendahkan kadar trigliserida, berbincanglah dengan doktor terlebih dahulu. Ia penting untuk penjagaan jantung sihat!
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen