backup og meta

7 Dalang Sebenar Kenapa Badan Cepat Gemuk! Bukan Sebab Makanan Sahaja, Ya!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/10/2022

    7 Dalang Sebenar Kenapa Badan Cepat Gemuk! Bukan Sebab Makanan Sahaja, Ya!

    Ramai individu yang ada masalah ini namun mungkin masih belum dapat merungkai misteri kenapa badan cepat gemuk sedangkan sudah mencuba pelbagai jenis cara.

    Sebenarnya, anda yang masih gagal untuk menurunkan berat badan berlebihan itu mungkin perlu tahu bahawa terdapat beberapa dalang sebenar di sebalik kegemukan.

    Dan ia bukan sekadar melibatkan makanan atau minuman sahaja kerana gaya hidup anda juga akan memainkan peranan yang penting. Jom teruskan membaca artikel!

    Gemuk bukan sebab tiada motivasi!

    Setiap kali berbicara mengenai kegemukan, perkara pertama yang akan cenderung berlegar di fikiran adalah kurangnya motivasi untuk menurunkan berat badan.

    Mungkin dari satu aspek, perkara ini adalah benar memandangkan ramai yang ada masalah ini masih acuh tidak acuh terhadap aspek makanan, minuman dan senaman.

    Namun dari aspek lain, mungkin ada individu yang tidak boleh mengawal aspek tersebut angkara faktor biologikal lantas membuat ia menjadi sukar untuk diuruskan.

    Oleh itu, usah lagi anda menyalahkan mereka yang mempunyai masalah berat badan sebagai tiada motivasi kerana ia mungkin bukan salah diri mereka sendiri.

    kenapa badan cepat gemuk

    Kami akan cuba merungkai misteri kenapa badan cepat gemuk walaupun sudah pelbagai cara dilakukan untuk mengatasi masalah ini. Jangan terkejut pula ya?

    Misteri kenapa badan cepat gemuk

    Untuk pengetahuan anda, terdapat golongan individu yang mungkin lebih berisiko mengalami masalah berat badan ekoran beberapa faktor risiko, termasuklah:

    Kenapa badan cepat gemuk #1. Genetik

    Obesiti dan genetik memang saling berkait rapat dan kajian menunjukkan bahawa individu dengan ibu bapa yang obes lebih tinggi risiko untuk mengalami masalah kegemukan.

    Ini bermakna, kalian mungkin berada di dalam ‘zon merah’ untuk menjadi gemuk jika ibu bapa anda juga mempunyai berat badan berlebihan akibat genetik sendiri.

    Namun, ini bukanlah bermakna bahawa anda pasti akan mendapat masalah berat badan jika ibu bapa anda mengalaminya kerana faktor lain juga akan mempengaruhi masalah ini.

    #2. Hormon insulin

    Selain genetik, hormon insulin yang berfungsi mengawal simpanan tenaga juga akan mempengaruhi berat badan dan jika ia tidak stabil, boleh jadi kegemukan.

    Ini kerana salah satu daripada fungsi insulin adalah untuk mengawal sel lemak dan membuat ia terkumpul sedangkan sudah terdapat sejumlah lemak yang dibawa.

    Untuk mengelakkan hormon ini mempengaruhi berat badan, sila kurangkan karbohidrat dan lebihkan serat bagi memastikan berat badan anda terkawal.

    #3. Hormon leptin

    Leptin adalah antara hormon lain yang boleh menyebabkan kegemukan ekoran fungsinya untuk mengawal rasa lapar dan dahaga boleh mengalami kerosakan.

    Dalam tubuh badan orang yang sihat, hormon leptin mampu berfungsi dengan baik lantas membuat otak cepat tangkap akan kandungan lemak dalam badan.

    Tubuh badan orang obesiti pula, mereka cenderung rintang terhadap hormon leptin lantas membuat otak tidak dapat memproses maklumat ini.

    kenapa badan cepat gemuk

    Kenapa badan cepat gemuk #4. Pengambilan ubatan tertentu

    Jika anda ada keadaan kesihatan tertentu, adalah penting untuk kalian mengambil ubatan untuk merawat kondisi tersebut berdasarkan preskripsi doktor.

    Namun ketahuilah bahawa ubatan tertentu seperti antidepresan, antipsikotik dan diabates boleh mendatangkan kesan sampingan khususnya pertambahan berat badan.

    Ini kerana ubatan ini boleh mengurangkan kadar metabolik dan meningkatkan selera makan. Jadi, sila ambil jika perlu hanya dengan saranan doktor sahaja.

    #5. Tabiat makan sejak daripada kecil

    Jika anda lihat secara umum, ramai dalam kalangan individu yang ada masalah berat badan cenderung untuk gemuk sejak daripada kecil dan bukan tiba-tiba sahaja.

    Ini disebabkan oleh tabiat makan sejak kecil yang gemarkan makanan ringan serta makanan segera akibat terpedaya dengan pengiklanan pihak tidak bertanggungjawab.

    Oleh itu, ibu bapa perlu lebih peka dan tegas terhadap pemilihan pemakanan anak sejak mereka masih kecil lagi agar masalah kegemukan dapat dibendung daripada awal.

    #6. Hanya elak lemak dan bukan gula

    Ramai yang percaya bahawa untuk menurunkan berat badan, anda perlu kurangkan mengambil makanan yang berunsur lemak. Ya, anda mungkin betul mengenainya.

    Namun tidak ramai yang tahu bahawa bukan lemak sahaja yang membawa kepada masalah ini, tetapi gula juga turut akan mendatangkan kesan sama bahkan lebih buruk.

    Ini kerana pengambilan gula yang tinggi mampu mengubah biokimia dalam tubuh badan lantas menyebabkan masalah seperti obesiti dan lebih teruk lagi, kencing manis.

    kenapa badan cepat gemuk

    Kenapa badan cepat gemuk #7. Informasi tidak tepat

    Akhir sekali, punca kenapa badan cepat gemuk sebenarnya didalangi oleh informasi yang tidak tepat disebar dan diedar melalui rangkaian-rangkaian media teknologi.

    Ada pihak yang menggunakan teknologi untuk menyebarkan informasi yang salah mengenai sesuatu jenis makanan atau minuman hanya untuk tujuan pengiklanan.

    Akibatnya, mereka yang mudah terpedaya cenderung untuk percaya dengan maklumat-maklumat ini lantas tidak lagi mengikut saranan diet sihat untuk tubuh badan.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Ahmad Wazir Aiman

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 20/10/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan