
Kolesterol Tinggi Selalunya Tiada Simptom! Badan Nampak Sihat Pun Berisiko
Ramai menganggap kolesterol tinggi hanya berlaku kepada individu berbadan besar atau mereka yang gemar makan makanan berlemak. Hakikatnya, sesiapa sahaja boleh mengalaminya, termasuk individu yang kelihatan sihat1.

Lebih membimbangkan, tanda tanda kolesterol tinggi sering tidak disedari kerana kolesterol tinggi lazimnya tidak menyebabkan simptom yang jelas pada peringkat awal2.
Kebanyakan individu hanya mengetahui mereka mempunyai kolesterol tinggi selepas menjalani pemeriksaan kesihatan atau apabila komplikasi seperti penyakit jantung dan strok berlaku1,2.
Justeru, mengenali faktor risiko serta tanda tanda kolesterol tinggi dan mengambil langkah mengurus kolesterol adalah penting untuk membantu melindungi kesihatan jantung1.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Apa itu kolesterol?
Kolesterol ialah sejenis lemak (lipid) yang dihasilkan secara semula jadi oleh hati dan juga diperoleh daripada makanan. Tubuh memerlukan kolesterol untuk menghasilkan hormon, vitamin D dan membantu proses pencernaan3.
Namun, apabila paras LDL (kolesterol “jahat”) menjadi terlalu tinggi, ia boleh berkumpul pada dinding arteri dan meningkatkan risiko penyakit jantung serta strok1,2.
Oleh sebab itu, memahami punca kolesterol tinggi juga penting kerana ia boleh membantu anda mengenal pasti tanda tanda kolesterol tinggi lebih awal.
Ramai juga tertanya-tanya kenapa kolesterol jahat tinggi? Antara faktor yang boleh menyebabkan paras LDL meningkat termasuk1,2:
- Diet tinggi lemak tepu dan lemak trans
- Kurang aktiviti fizikal
- Berat badan berlebihan
- Merokok
- Pengambilan alkohol berlebihan
- Faktor genetik seperti familial hypercholesterolemia (FH)
7 tanda kolesterol tinggi & komplikasi yang perlu diberi perhatian
Kolesterol tinggi sering digelar sebagai “silent condition” kerana kebanyakan individu tidak mengalami simptom yang jelas pada peringkat awal2. Namun, apabila plak kolesterol mula menjejaskan saluran darah, beberapa tanda berikut mungkin boleh berlaku2.
1. Xanthelasma pada kelopak mata
Benjolan atau tompokan kekuningan di sekitar kelopak mata boleh berlaku akibat pengumpulan lemak3.

2. Xanthoma
Sesetengah individu mengalami benjolan lemak pada siku, lutut, tangan atau kaki3.
3. Sakit dada (angina)
Apabila arteri koronari menjadi sempit akibat plak kolesterol, aliran darah ke jantung berkurangan dan boleh menyebabkan sakit dada (angina)2.
4. Lenguh atau kekejangan kaki
Pengumpulan plak kolesterol pada saluran darah di kaki boleh mengurangkan aliran darah dan menyebabkan rasa lenguh, kekejangan atau kaki mudah penat ketika berjalan2.
5. Luka lambat sembuh
Peredaran darah yang kurang baik boleh menyebabkan luka, khususnya pada kaki, mengambil masa lebih lama untuk sembuh2.
6. Serangan jantung
Pengumpulan plak kolesterol boleh menyekat aliran darah ke jantung dan meningkatkan risiko serangan jantung2.
7. Strok
Jika saluran darah ke otak tersumbat, ia boleh menyebabkan strok yang memerlukan rawatan kecemasan2.
Cara menurunkan kolesterol tinggi
Walaupun faktor genetik memainkan peranan bagi sesetengah individu, perubahan gaya hidup masih penting untuk membantu menurunkan kolesterol1,4.
- Mengurangkan pengambilan lemak tepu dan lemak trans
- Lebihkan makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin penuh
- Bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu
- Berhenti merokok
- Mengekalkan berat badan yang sihat
- Menjalani pemeriksaan kolesterol secara berkala

Di samping mengamalkan langkah-langkah di atas, anda juga boleh mempertimbangkan pengambilan makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan sebagai pelengkap kepada amalan pemakanan sihat untuk membantu menurunkan kolesterol5.
Bagaimana Nestlé Omega Plus membantu merendahkan kolesterol?
Selain mengamalkan pemakanan seimbang dan gaya hidup aktif, pengambilan makanan yang diperkaya dengan sterol tumbuhan juga boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan pemakanan untuk membantu mengurus kolesterol5.
Sterol tumbuhan ialah sebatian semula jadi daripada tumbuhan yang mempunyai struktur hampir menyerupai kolesterol. Ia membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus dengan bersaing dengan kolesterol untuk diserap oleh tubuh, sekali gus membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah5.
Memperkenalkan susu Nestlé® Omega Plus yang mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan. Pengambilannya boleh menjadi sebahagian daripada pendekatan pemakanan untuk membantu merendahkan kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif5.
Dalam kajian klinikal rawak, yang melibatkan individu dengan hiperkolesterolemia ringan, pengambilan 1.2 g sterol tumbuhan bebas sehari (bersamaan 2 hidangan Nestlé Omega Plus) membantu menurunkan paras kolesterol LDL secara purata sebanyak 7.13% serta jumlah kolesterol sebanyak 4.73% selepas empat minggu5.

Jangan tunggu sehingga muncul tanda tanda kolesterol tinggi
Memandangkan tanda tanda kolesterol tinggi sering tidak disedari, pemeriksaan kesihatan secara berkala amat penting, terutamanya jika anda mempunyai sejarah keluarga atau faktor risiko lain1,2.
Di samping mengamalkan pemakanan seimbang, kekal aktif dan berhenti merokok, anda juga boleh cuba mengambil Nestlé Omega Plus yang mengandungi ACTICOL® 1.2g sterol tumbuhan sebagai pelengkap kepada amalan pemakanan sihat untuk membantu merendahkan kolesterol5.
Dua hidangan NESTLÉ OMEGA PLUS® membekalkan ACTICOL®, iaitu 1.2g sterol tumbuhan, yang terbukti membantu menurunkan kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus. Ambil bersama diet seimbang dan gaya hidup sihat.
Bagi mereka yang ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung seiring peningkatan usia, NESTLÉ OMEGA GOLD® diformulasikan khas untuk individu berumur 50 tahun ke atas bagi membantu menangani “3 Serangkai” iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. NESTLÉ OMEGA GOLD® bukan sahaja mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol, malah ia juga mengandungi Kalium (Potassium) yang membantu mengekalkan tekanan darah normal serta Inulin yang telah dikaji dapat membantu mengekalkan kawalan gula dalam darah yang baik.
Bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup yang berbeza, rangkaian Nestlé Omega ditawarkan dalam pelbagai format yang mudah dan praktikal. Pengguna boleh memilih NESTLÉ OMEGA PLUS® untuk membantu merendahkan kolesterol atau NESTLÉ OMEGA GOLD® untuk membantu menangani “3 Serangkai”. Kedua-dua rangkaian turut tersedia dalam pilihan susu tepung dan sedia diminum (UHT), memudahkan pengambilan harian di mana sahaja.
Risau tentang paras kolesterol? Ketahui lebih lanjut mengenai Nestlé Omega Plus dengan ACTICOL® sterol tumbuhan dan bagaimana pengambilannya boleh membantu merendahkan kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif DI SINI.
Sertai Walk A Million Miles 2026 anjuran Nestle Omega Plus dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia & IJN Foundation dan anda berpeluang mendapatkan jersi edisi terhad serta pelbagai hadiah menarik yang lain.
Langkah Bersama, Jantung Dijaga!