Pernah dengar tak mengenai kolesterol baik dan jahat? Dalam artikel ini penulis akan terangkan apa itu LDL dan HDL yang berkaitan dengan kolesterol.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernah dengar tak mengenai kolesterol baik dan jahat? Dalam artikel ini penulis akan terangkan apa itu LDL dan HDL yang berkaitan dengan kolesterol.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Jika anda pernah menjalani ujian kolesterol, pasti anda perasan bahawa bacaan yang ada pada keputusan ujian tersebut terdiri daripada beberapa komponen. Kesemuanya itu disebut sebagai profil lipid.
Dalam laporan profil lipid, terdapat dua jenis kolesterol utama di dalam badan manusia:
Baca juga:
HDL disebut sebagai ‘kolesterol baik’ kerana ia mempunyai beberapa peranan penting:
LDL pula adalah jenis kolesterol yang harus dikurangkan.
Ia juga dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’ kerana boleh meningkatkan risiko penyakit jantung koronari, strok dan tekanan darah tinggi. LDL cenderung untuk mendap di dalam salur darah sehingga menyempitkannya.
Semakin lama, salur darah semakin sempit. Jika berlaku darah beku di kawasan terbabit, peredaran darah boleh terhenti dan menyebabkan serangan jantung atau strok.
Jadual di atas menunjukkan julat bacaan normal bagi setiap komponen di dalam profil lipid. Jika diperhatikan, bacaan LDL normal adalah di bawah 2.6 mmol/L. Lebih tinggi, lebih tidak sihat dan berisiko.
Sebaliknya pula bagi ‘kolesterol baik’ HDL, semakin tinggi bacaan, semakin sihat dan kurang risiko.
Walau bagaimanapun, setiap orang mungkin memerlukan bacaan kolesterol baik dan jahat yang berbeza untuk mencapai tahap normal baginya.
Normal bagi orang yang sihat tidak sama dengan mereka yang kencing. Ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira juga. Sila dapatkan nasihat doktor. Baca di sini untuk lebih memahami.
Gaya hidup sihat adalah langkah utama dalam menjaga paras kolesterol baik serta jahat.
Ini termasuk diet sihat serta aktiviti fizikal yang mencukupi. Boleh lihat artikel Diet Rendah Kolesterol untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Dalam sesetengah kes, terutamanya jika terdapat penyakit seperti darah tinggi, sakit jantung dan kencing manis, ubat-ubatan mungkin diperlukan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen