Pernah dengar mengenai chia seed? Adakah anda tahu tentang manfaat chia seed yang ditawarkannya? Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Pernah dengar mengenai chia seed? Adakah anda tahu tentang manfaat chia seed yang ditawarkannya? Ingin tahu lebih lanjut, teruskan membaca perkongsian artikel ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan, sila dapatkannya di sini.
Manfaat Chia seed atau biji Chia yang berbentuk biji hitam kecil adalah sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Salvia hispanica. Ia berasal daripada Amerika Tengah dan Selatan. Ada yang mengatakan, puak Aztecs dan Maya menggunakan tumbuhan ini sebagai sumber tenaga.
Sejujurnya, penulis ada mengambil chia seed dengan meletakkannya dalam overnight oat sebagai sarapan pagi kerana ia dikatakan bagus untuk sistem pencernaan. Tetapi takkan itu sahaja kebaikannya. Jadi mari kita sama-sama bongkar manfaat biji hitam kecil ini.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Pemakanan Sihat, sila dapatkannya di sini.
Berikut merupakan antara manfaat yang ditawarkan biji Chia ini, antaranya:
Kombinasi kandungan protein, vitamin dan mineral dapat memastikan tahap tenaga kekal sepanjang hari. Bagi individu wanita, kadar keperluan kalori harian yang diperlukan adalah sekitar 2,000 kalori, manakala bagi individu lelaki memerlukan 2,500 keperluan kalori harian.
Namun ia bergantung kepada pelbagai faktor, seperti usia, ketinggian, berat semasa, tahap aktiviti, kesihatan metabolik dan lain-lain. Jadi keperluan kalori adalah berbeza bagi setiap individu.
Satu auns bersamaan 28 gram hidangan biji Chia mengandungi:
Chia seed juga mengandungi zink, vitamin B3 (niacin), kalium, vitamin B1 (thiamine) dan vitamin B2 yang baik. Ia hanya mengandungi 101 kalori per auns (selepas ditolak serat yang tidak diserap ke dalam sistem pencernaan dan kalori yang boleh digunakan dalam badan. Ini sekali gus menjadikan biji kecil hitam ini sebagai antara sumber nutrisi dan kalori terbaik di dunia.
Kandungan karbohidrat yang boleh diserap hanyalah satu gram bagi setiap auns (28 gram) adalah sangat rendah. Ini menjadikan ia sebagai makanan rendah kandungan karbohidrat dan dapat membantu menurun berat badan.
Serat larut yang terkandung dalam biji Chia ini akan menyerap sejumlah air dan mengembang di dalam perut. Keadaan ini akan menjadikan akan kenyang dan mengurangkan keinginan untuk makan.
Chia seed ini boleh menentang ketahanan insulin, yang boleh meningkatkan lemak perut. Ia juga mengandungi trytophan, sejenis asid amino yang mengawal selera makan dan tidur.
Untuk pengetahuan anda, Chia seed merupakan sumber antioksidan yang baik. Ia mengandungi lebih 20 peratus lebih antioksidan berbanding beri biru. Antara kandungan antioksidannya adalah seperti asid kromogenik, quercetin, asid kafein, myricetin dan kaempferol flavonols glikosida.
Serat makanan dapat membantu mengurangkan kolesterol, keradangan dan sembelit. Biji Chia merupakan sumber serat makanan yang sangat baik dan ia mengandungi serat jenis larut dan tidak larut. Dua sudu biji kecil ini dapat memberikan lebih daripada sepertiga keperluan serat harian yang diperlukan.
Biji Chia mengandungi kalsium, magnesium, phophorus dan protein yang tinggi. Ia dipercayai dapat membantu menguatkan struktur gigi dan tulang agar lebih sihat dan kuat. Tumbuhan ini juga boleh dijadikan sebagai sumber alternatif bagi mendapatkan zat kalsium bagi individu yang kurang minum susu.
Ia kaya dengan omega-3 yang dapat membantu mengurangkan kolesterol ‘jahat’ LDL, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah, mencegah pembekuan darah dan mengurangkan keradangan.
Haa…pasti anda yang mengatakan macam sama ‘aje’ bentuknya biji Chia dengan biji selasih. ‘Dahlah’ warna sama, saiz pun lebih kurang ‘ajekan’. Tetapi sebenarnya terdapat tiga perkara yang membezakan antara keduanya.
Biji selasih hanya boleh digunakan selepas direndamkan di dalam air untuk tempoh tertentu. Sebaliknya, biji Chia boleh terus digunakan dengan menaburkan ke dalam makanan yang diingini. Ia boleh dicampurkan dengan yogurt, salad atau digaulkan ke dalam nasi putih.
Perbezaan daripada segi rasa pula dikatakan biji selasih mempunyai ‘sedikit’ rasa, manakala biji Chia langsung tidak mempunyai sebarang rasa. Oleh kerana itu ia sesuai untuk dimakan dengan apa sahaja.
Secara kasar, mungkin anda tidak akan dapat melihat perbezaan antara biji Chia dan biji selasih. Tetapi sebenarnya, ada perbezaan daripada aspek warna di mana biji Chia mempunyai campuran warna hitam, putih serta kelabu dengan bentuk yang agak leper dan bujur. Manakala biji selasih tampak lebih bulat dan berwarna hitam.
Jom cuba mencapai target anda dengan menggunakan kalkulator BMI kami, di sini.
Apa sahaja yang kita ambil, kalau secara berlebihan sudah tentu akan menimbulkan masalah lain. Begitu juga keadaannya dengan biji Chia ini. Walaupun terdapat banyak manfaat Chia seed, namun dalam aspek pengambilannya ia haruslah diambil dalam kuantiti yang sederhana.
Bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan, sebaiknya anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat dan pandangan doktor atau pakar pemakanan sebelum mula mengambilnya.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen