backup og meta

Tukar Daging Kepada Kacang Dalam Diet, Kurangkan 14% Risiko Sakit Jantung! - Kajian

Tukar Daging Kepada Kacang Dalam Diet, Kurangkan 14% Risiko Sakit Jantung! - Kajian

Mungkin ramai yang tidak menyangka bahawa antara cara mengelak penyakit jantung adalah dengan mengubah diet yang selama ini anda telah amalkan.

Ini kerana telah terbukti menerusi sebuah kajian bahawa mengubah tabiat pemakanan yang satu ini mampu menurunkan risiko sakit jantung sebanyak 14%.

Persoalannya, apakah pertukaran diet pemakanan yang dimaksudkan ini? Jom teruskan membawa artikel untuk tahu tentangnya dengan lebih mendalam lagi.

Diet, kunci cara mengelak penyakit jantung?

Ya, anda tidak salah membacanya kerana selain ubatan dan rawatan, risiko penyakit jantung mungkin boleh dikurangkan sekiranya anda mengamalkan diet yang betul.

Ini dibuktikan menerusi sebuah kajian terbitan British Medical Journal yang telah dijalankan selama 30 tahun lamanya dan hasilnya agak mengejutkan.

Katanya, anda mampu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 14% jika menukarkan daging kepada kacang dalam diet seharian anda.

Kajian tersebut menambah bahawa daging yang dimaksudkan termasuklah bakon, sosej, salami atau segala makanan diproses yang melibatkan daging haiwan.

Manakala kacang yang dimaksudkan pula adalah kekacang jenis kacang tanah, kacang gajus, kacang soya dan sebagainya asalkan ia berasal daripada tumbuhan ini.

cara mengelak penyakit jantung

Persoalannya, kenapa pertukaran diet pemakanan ini dikatakan antara cara mengelak penyakit jantung? Berikut adalah alasan yang diberikan mereka.

Daging hanya akan tingkatkan risikonya?

Menurut kajian Health Professionals Follow-Up Study terhadap penduduk di negara Amerika Syarikat, daging merah memang boleh meningkatkan risiko sakit jantung.

Kata kajian itu lagi, mereka yang makan daging merah sekurang-kurangnya sekali dalam masa sehari berisiko 12% lebih tinggi untuk mengalami penyakit jantung koronari.

Risiko ini berubah kepada 15% jika makan daging yang diproses manakala 11% jika makan daging tidak diproses, menjadikan ia tetap tidak selamat untuk kerap dimakan.

Sebaliknya, risiko ini dapat diturunkan sebanyak 14% jika cenderung memilih makanan berasaskan tumbuhan seperti kekacang, sesuai dengan kajian yang terdahulu.

Ini kerana makanan seperti kekacang mampu meningkatkan pengambilan lemak tidak tepu, serat, antioksidan dan polifenol – yang bagus untuk kesihatan organ jantung.

Jadi, anda masih boleh makan daging ke?

Kajian ini mungkin akan membuat penggemar daging berasa kecewa kerana berfikir tidak lagi boleh untuk makan daging terutamanya buat penderita penyakit jantung.

cara mengelak penyakit jantung

“Sebenarnya, ini pemahaman yang kurang tepat kerana anda masih boleh makan daging asalkan ia diambil dalam kuantiti yang ideal dan dengan cara yang betul”, jelas Pakar Kardiologi, Dr Anjali Dutta.

Kuantiti yang dimaksudkan ini adalah dengan mengehadkan pengambilan kepada beberapa kali sahaja dalam masa seminggu dan bukannya sekali sehari seperti kebiasaan.

Selain itu, beliau turut menambah bahawa pengambilan daging ini harus disertakan dengan sayur-sayuran dan buah-buahan agar diet anda itu lebih seimbang.

Dalam pada itu, anda juga mungkin mahu untuk mengubah daging merah ini kepada daging putih yang ternyata lebih sihat buat jantung dan tubuh badan anda.

Diet Mediterranean adalah pilihan terbaik?

Diet yang telah dinobat sebagai diet paling sihat di dunia menerusi carta US News & World Report dipercayai oleh ramai pakar adalah antara cara mengelak penyakit jantung.

Ini kerana diet jenis ini akan berfokuskan kepada pengambilan lebih banyak tumbuhan khususnya sayur-sayuran, buah-buahan serta yang paling penting iaitu kekacang.

Selain itu, diet jenis ini juga berfokuskan kepada pengambilan lebih banyak daging putih seperti ikan dan ayam berbanding daging merah yang tidak bagus untuk jantung.

Menurut American Heart Association (AHA), diet Mediterranean akan dapat membantu anda mencapai pola pemakanan sihat lantas membantu melawan penyakit kardiovaskular dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan organ jantung.

cara mengelak penyakit jantung

Selain untuk jantung, penyakit ini juga dipercayai adalah sangat bagus untuk:

  • Meningkatkan kesihatan usus
  • Meningkatkan kesihatan otak
  • Mengelakkan risiko kanser
  • Menguruskan kondisi diabetes
  • Mengurangkan berat badan

Sila jaga diet untuk pelihara jantung anda!

Menerusi kajian-kajian yang dilampirkan di dalam artikel ini, dapatlah dikonklusikan bahawa diet adalah penting sebagai antara cara mengelak penyakit jantung.

Oleh itu, sila kurangkan pengambilan daging dan lebihkan mengambil kacang dalam diet agar risiko sakit jantung dapat dikurangkan.

Namun penggemar daging tidak perlu risau kerana anda masih boleh ambil daging kegemaran anda itu, cuma dengan patuh kepada kuantiti yang ideal.

Jadi, sila jaga diet untuk pelihara jantung anda dan jika inginkan informasi yang lebih banyak mengenainya, sila berjumpa doktor berdekatan dengan anda.

[embed-health-tool-heart-rate]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. https://www.health.harvard.edu/heart-health/to-lower-heart-disease-risk-swap-beef-for-beans
  2. https://www.northwell.edu/news/in-the-news/swapping-beans-for-red-meat-can-lower-heart-disease-risk-by-14-percent
  3. https://articles.bcbsal.org/swapping-beans-for-red-meat-can-lower-your-heart-disease-risk-by-14/
  4. https://health.clevelandclinic.org/is-red-meat-bad-for-your-heart-or-not/
  5. https://www.nih.gov/news-events/nih-research-matters/eating-red-meat-daily-triples-heart-disease-related-chemical

Versi Terbaru

13/01/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Kerap Alami Sakit Dada Akhir-akhir Ini? Jangan Ambil Mudah, Ia Mungkin Berkaitan Jantung!

Kerap Sesak Nafas & Jantung Berdebar-debar? Usah Abaikan, Ini Mungkin Tanda Penyakit!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 13/01/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan