home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Anda Pasti Ingin Kurang Minum Minuman Berkarbonat Setelah Tahu Satu Benda Penting Ini!

Anda Pasti Ingin Kurang Minum Minuman Berkarbonat Setelah Tahu Satu Benda Penting Ini!

Sekitar era tahun 70-an sehinggalah 90-an, air botol kaca mempunyai trend kegemilangannya yang tersendiri.

Pada era tersebut, air botol kaca diletakkan di atas meja makan warung atau kedai-kedai makan agar mudah dicapai dan diminum oleh pelanggan.

Air botol kaca ini terdiri daripada pelbagai perisa dan jenama seperti Coca-Cola, Sprite, F&N Oren, Pepsi dan Kickapoo, dan ia lebih mudah untuk diminum memandangkan hanya perlu membuka penutup ceper di atasnya sahaja.

Pada zaman sekarang, pengeluaran air botol kaca hampir telah tiada memandangkan ia telah digantikan dengan penggunaan botol plastik atau tin yang jauh lebih ringan dan tidak mengambil ruang yang banyak untuk disimpan.

Walau bagaimanapun, tabiat meminum air berkarbonat ini masih lagi berterusan tanpa henti meskipun terdapat perubahan dalam cara hidangan atau pembotolan.

Tahukah anda, selain terkenal dengan kandungan gula yang tinggi yang merisikokan peminumnya terhadap penyakit-penyakit kronik, minuman berkarbonat turut memberikan risiko yang jauh lebih bahaya sehingga boleh menyebabkan kematian?

Jika anda masih tidak percaya berkenaan hal ini, ikuti penjelasan seperti di bawah.

Minuman berkarbonat dan all-cause mortality

Satu kajian terbaharu telah dijalankan oleh kumpulan penyelidik daripada Agensi Antarabangsa Untuk Penyelidikan Mengenai Kanser (IARC) dan mereka mendapati bahawa, terdapat perkaitan antara pengambilan minuman berkarbonat dengan all-cause mortality.

All-cause mortality adalah jumlah kematian tahunan dalam kumpulan umur tertentu bagi penduduk dalam kumpulan umur tersebut dengan sebarang sebab kematian.

Menurut hasil kajian, peserta kajian yang meminum dua gelas atau lebih minuman berkarbonat setiap hari mempunyai risiko yang lebih tinggi bagi all-cause mortality berbanding peserta yang hanya meminum kurang daripada satu gelas minuman berkarbonat dalam setiap bulan.

Tambahan lagi, pengambilan sebanyak 2 gelas atau lebih minuman berkarbonat ini setiap hari menunjukkan perkaitan yang positif dengan kematian yang disebabkan oleh penyakit peredaran darah.

Pengambilan satu gelas atau lebih minuman ini setiap hari pula berpotensi merisikokan seseorang terhadap kematian disebabkan oleh penyakit berkaitan pencernaan.

Untuk pengetahuan anda, kajian ini telah dijalankan oleh IARC yang merupakan salah satu badan organisasi di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kajian ini telah melibatkan lebih daripada 450,000 individu di 10 negara Eropah dengan purata tempoh pemantauan selama 16 tahun.

Jika anda masih ragu-ragu berkenaan dapatan kajian ini, anda perlu mengetahui bahawa kajian yang telah dijalankan ini telah melibatkan ramai individu dengan tempoh masa kajian yang agak panjang.

Jadi, bukan mudah untuk kumpulan penyelidik menyatakan kata akhir bagi kajian ini sebagai kesimpulan keseluruhan.

Sentiasalah beringat-ingat sebelum anda meneguk minuman berkarbonat selepas ini kerana anda pasti tidak ingin merisikokan kesejahteraan kehidupan yang anda miliki sekarang.

Lebih elok jika anda memesan minuman yang kurang manis atau air kosong jika anda menghabiskan masa dengan melepak bersama-sama rakan di kedai makan.

health-tool-icon

Kalkulator BMR

Guna kalkulator pengambilan kalori ini untuk menentukan keperluan kalori seharian yang anda perlu, berdasarkan tinggi, berat, umur dan tahap aktiviti anda.

Lelaki

Wanita

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

https://www.sciencedaily.com/releases/2019/09/190905090929.htm

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz Disemak pada 18/06/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan
x