
Kolesterol Tinggi Tanpa Gejala? Ketahui 10 Makanan Penurun Kolesterol Yang Disarankan
Kolesterol tinggi sering digelar sebagai silent killer kerana kebanyakan individu tidak mengalami sebarang simptom sehingga berlaku komplikasi seperti serangan jantung atau strok. Oleh sebab itu, mengamalkan 10 makanan penurun kolesterol bersama gaya hidup sihat merupakan antara langkah penting untuk membantu menguruskan tahap kolesterol sejak awal lagi.

Dengan memahami puncanya, mengetahui bacaan kolesterol yang normal dan memilih 10 makanan penurun kolesterol atau yang mesra jantung, anda boleh mengambil langkah lebih awal untuk menjaga kesihatan jantung.
Penafian: Walaupun istilah ‘makanan penurun kolesterol’ sering digunakan, tiada satu makanan yang boleh bertindak secara bersendirian. Pengurusan kolesterol memerlukan gabungan pemakanan seimbang, gaya hidup aktif dan pemeriksaan kesihatan yang berkala.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Kenapa kolesterol jahat tinggi? Ini antara puncanya
Jika anda tertanya-tanya kenapa kolesterol jahat tinggi, jawapannya bukan hanya disebabkan makanan berminyak atau bergoreng.
Kolesterol LDL boleh meningkat akibat gabungan faktor pemakanan, gaya hidup dan keadaan kesihatan seseorang.
Antara punca atau faktor risiko yang paling kerap dikenal pasti ialah: 1
- Pengambilan makanan tinggi lemak tepu dan lemak trans secara berlebihan.
- Kurang melakukan aktiviti fizikal atau bersenam.
- Berat badan berlebihan atau obesiti.
- Merokok.
- Diabetes yang tidak dikawal dengan baik.
- Faktor keturunan atau sejarah keluarga.
- Peningkatan usia, terutama selepas 40 tahun.
Kolesterol sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk membina sel dan menghasilkan hormon tertentu.
Namun, apabila tahap lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) terlalu tinggi, kolesterol boleh terkumpul pada dinding saluran darah dan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.2
Sebaliknya, lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) membantu membawa lebihan kolesterol kembali ke hati untuk diproses dan disingkirkan daripada badan.2
Oleh itu, matlamat utama adalah mengekalkan keseimbangan antara LDL dan HDL melalui pemakanan yang sihat, aktiviti fizikal serta pengambilan 10 makanan penurun kolesterol sebagai sebahagian daripada rutin harian.
Berapa bacaan kolesterol yang tinggi?

Selain mengetahui kenapa kolesterol jahat tinggi, anda juga perlu memahami berapa bacaan kolesterol yang tinggi supaya lebih mudah menilai keputusan ujian darah.
Secara umum, bacaan kolesterol adalah seperti berikut:
| Jenis Bacaan | Tahap |
|---|---|
| Jumlah kolesterol kurang daripada 5.2 mmol/L | Normal |
| Jumlah kolesterol 5.2 hingga 6.2 mmol/L | Sempadan tinggi (borderline high) |
| Jumlah kolesterol 6.2 mmol/L atau lebih | Tinggi |
| Kolesterol LDL kurang daripada 2.6 mmol/L | Optimum |
| Kolesterol LDL 4.1 mmol/L atau lebih | Tinggi |
Walau bagaimanapun, bacaan ini bukan satu-satunya penentu risiko penyakit jantung.
Doktor juga akan mengambil kira faktor lain seperti tekanan darah, diabetes, tabiat merokok, umur dan sejarah penyakit dalam keluarga sebelum menentukan pelan rawatan yang sesuai.
Apakah makanan yang mesra jantung? Ini 10 makanan penurun kolesterol yang boleh diamalkan
Persoalan seterusnya ialah, apakah makanan yang boleh diamalkan sebagai sebahagian daripada diet untuk membantu menguruskan kolesterol?
Jawapannya ialah mengamalkan diet yang kaya dengan serat larut, lemak tidak tepu, antioksidan dan nutrien yang menyokong kesihatan jantung.
Walaupun tiada satu makanan yang boleh membantu mengurus kolesterol secara bersendirian, gabungan makanan berikut boleh menjadi sebahagian daripada pemakanan sihat untuk membantu menguruskan paras kolesterol.
Berikut ialah 10 makanan penurun kolesterol yang sering disyorkan oleh pakar pemakanan:
#1. Oat
Oat mengandungi beta-glukan, iaitu sejenis serat larut yang membantu mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus.3
Ia merupakan pilihan sarapan yang baik.
#2. Kekacang
Badam, walnut, pistachio dan kacang hazel mengandungi lemak tidak tepu serta serat yang membantu melengkapkan diet sihat bagi individu yang mempunyai kolesterol tinggi.4
#3. Ikan berlemak, salah satu makanan penurun kolesterol
Salmon, sardin dan tenggiri merupakan sumber asid lemak omega-3 yang menyokong kesihatan kardiovaskular dan membantu mengurangkan risiko penyakit jantung apabila dijadikan sebahagian daripada diet seimbang.5
#4. Buah epal
Epal kaya dengan pektin, sejenis serat larut yang membantu mengurangkan penyerapan kolesterol.6
Selain itu, epal juga mengandungi polifenol yang mempunyai sifat antioksidan.
#5. Barli
Seperti oat, barli juga adalah antara makanan yang kaya dengan beta-glukan.
Barli terbukti secara saintifik dalam membantu mengurus kolesterol keseluruhan, kolesterol jahat dan juga trigliserida.
#6. Bendi
Bendi mengandungi mucilage, iaitu serat larut semula jadi yang membantu mengikat kolesterol semasa proses pencernaan sebelum ia disingkirkan daripada badan.7
#7. Sayuran hijau
Sayuran seperti bayam, kangkung dan sawi membekalkan pelbagai vitamin, mineral dan serat yang baik dan boleh diamalkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang untuk membantu menjaga paras kolesterol.
#8. Minyak zaitun
Minyak zaitun extra virgin (EVOO) kaya dengan lemak tak tepu mono yang boleh digunakan sebagai pengganti lemak tepu dalam masakan untuk menyokong kesihatan kardiovaskular.8
#9. Teh hijau
Pengambilan teh hijau boleh membantu mengurangkan kolesterol jahat atau LDL dan kolesterol keseluruhan, tanpa mengubah tahap kolesterol baik secara signifikan.9
#10. Buah-buahan tinggi serat
Selain epal, buah seperti pir, oren, jambu batu, kiwi dan beri juga kaya dengan serat larut dan boleh diamalkan sebagai sebahagian daripada diet seimbang untuk membantu menjaga paras kolesterol.
Bagaimana Nestlé Omega Plus membantu menguruskan kolesterol anda?

Mengamalkan 10 makanan yang membantu menguruskan kesihatan jantung ialah langkah yang baik.
Namun sesetengah individu mungkin memerlukan sokongan tambahan untuk menguruskan kolesterol, terutamanya mereka yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung atau sedang berusaha mengekalkan bacaan kolesterol pada paras yang sihat.
Dengan mengambil 2 hidangan, NESTLÉ OMEGA PLUS® mengandungi ACTICOL®, iaitu 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam saluran darah melalui persaingan dengan kolesterol apabila diambil bersama diet seimbang dan gaya hidup sihat.10 Susu kurang lemak ini tinggi kalsium untuk membantu mengekalkan tulang yang kuat.
Bagi mereka yang ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung seiring peningkatan usia, NESTLÉ OMEGA GOLD® diformulasikan khas untuk individu berumur 50 tahun ke atas bagi membantu menangani “3 Serangkai” iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. NESTLÉ® OMEGA GOLD® bukan sahaja mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol, malah ia juga mengandungi Kalium (Potassium) yang membantu mengekalkan tekanan darah normal serta Inulin yang telah dikaji dapat membantu mengekalkan kawalan gula dalam darah yang baik.
Bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup yang berbeza, rangkaian Nestlé Omega ditawarkan dalam pelbagai format yang mudah dan praktikal. Pengguna boleh memilih NESTLÉ OMEGA PLUS untuk membantu menguruskan kolesterol atau NESTLÉ OMEGA GOLD untuk membantu menangani “3 Serangkai”. Kedua-dua rangkaian turut tersedia dalam pilihan susu tepung dan sedia diminum (UHT), memudahkan pengambilan harian di mana sahaja.
Risau tentang paras kolesterol? Ketahui lebih lanjut mengenai Nestlé® Omega Plus dengan ACTICOL® sterol tumbuhan dan bagaimana pengambilannya boleh membantu mengurus kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif DI SINI.
Ini menjadikannya sesuai untuk individu yang ingin:
- Mengambil langkah awal sebelum kolesterol menjadi tinggi.
- Menguruskan kolesterol melalui pemakanan dan gaya hidup sihat.
- Menyokong pengurusan kolesterol bersama rawatan yang disarankan oleh doktor.
Urus kolesterol bermula dengan pilihan harian yang lebih baik
Mengawal kolesterol bukan sekadar mengelakkan makanan berlemak.
Sebaliknya, ia memerlukan gabungan pemakanan yang seimbang, gaya hidup aktif dan amalan yang konsisten setiap hari.
Mulakan dengan mengamalkan 10 makanan penurun kolesterol dalam diet harian anda.
Pada masa yang sama, anda juga boleh mempertimbangkan Nestlé® Omega Plus sebagai sebahagian daripada rutin pemakanan harian kerana ia mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan yang terbukti secara klinikal membantu mengurus kolesterol apabila diambil mengikut saranan.
Dengan mengambil 2 hidangan, NESTLÉ® OMEGA PLUS mengandungi ACTICOL®, iaitu 1.2g sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol dengan mengurangkan penyerapan kolesterol dalam usus melalui persaingan dengan kolesterol apabila diambil bersama diet seimbang dan gaya hidup sihat.10 Susu kurang lemak ini tinggi kalsium untuk membantu mengekalkan tulang yang kuat.
Bagi mereka yang ingin mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung seiring peningkatan usia, NESTLÉ® OMEGA GOLD diformulasikan khas untuk individu berumur 50 tahun ke atas bagi membantu menangani “3 Serangkai” iaitu kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan gula darah tinggi, yang merupakan faktor risiko utama penyakit jantung. NESTLÉ® OMEGA GOLD bukan sahaja mengandungi ACTICOL® sterol tumbuhan yang terbukti membantu menurunkan kolesterol, malah ia juga mengandungi Kalium (Potassium) yang membantu mengekalkan tekanan darah normal serta Inulin yang telah dikaji dapat membantu mengekalkan kawalan gula dalam darah yang baik.
Bagi memenuhi keperluan dan gaya hidup yang berbeza, rangkaian Nestlé® Omega ditawarkan dalam pelbagai format yang mudah dan praktikal. Pengguna boleh memilih NESTLÉ® OMEGA PLUS untuk membantu menguruskan kolesterol atau NESTLÉ® OMEGA GOLD untuk membantu menangani “3 Serangkai”. Kedua-dua rangkaian turut tersedia dalam pilihan susu tepung dan sedia diminum (UHT), memudahkan pengambilan harian di mana sahaja
Dengan gabungan pemakanan sihat, senaman berkala dan sokongan nutrisi yang tepat, anda boleh mengambil langkah proaktif untuk menjaga kesihatan jantung dalam jangka masa panjang.
Risau tentang paras kolesterol? Ketahui lebih lanjut mengenai Nestlé® Omega Plus dengan ACTICOL® sterol tumbuhan dan bagaimana pengambilannya boleh membantu mengurus kolesterol apabila diamalkan bersama diet seimbang dan gaya hidup aktif DI SINI.
Sertai Walk A Million Miles 2026 anjuran Nestlé® Omega Plus dengan kerjasama Yayasan Jantung Malaysia & IJN Foundation dan anda berpeluang mendapatkan jersi edisi terhad serta pelbagai hadiah menarik yang lain.
Langkah Bersama, Jantung Dijaga!