Sedang mencari makanan turunkan kolesterol untuk bantu atasi masalah jantung? Jangan risau, Hello Doktor akan senaraikan 10 makanan penurun kolesterol yang boleh anda amalkan setiap hari!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Jantung, sila dapatkannya di sini.
Ada ke makanan turunkan kolesterol?
Diet pemakanan seseorang sememangnya memainkan peranan penting dalam menentukan tahap kolesterol individu.
Pengambilan makanan yang dapat menjaga tahap keseimbangan kolesterol boleh membantu mencegah masalah kesihatan, termasuklah serangan jantung atau angin ahmar.
Kolesterol adalah lemak lipid sterol yang bergerak melalui saluran darah.
Jenis kolesterol terbahagi kepada dua iaitu:
- Kolesterol baik merujuk kepada lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL)
- Kolesterol jahat dikenali sebagai lipoprotein berketumpatan rendah (LDL)
Perkataan jahat yang wujud pada kolesterol LDL disebabkan pengumpulan lemak pada saluran darah, seterusnya menyekat aliran darah dan menyebabkan serangan jantung atau strok.
Manakala kolesterol baik atau HDL, membantu menyingkirkan kolesterol daripada tubuh melalui hati. Tahap kolesterol HDL yang tinggi dapat mengurangkan risiko masalah jantung dan strok.
Jadi sememangnya wujud makanan turunkan kolesterol untuk diamalkan.
Ayuh, kita bongkar makanan yang paling baik untuk menurunkan kolestrol yang harus ada dalam diet harian anda!
10 makanan penurun kolesterol
Diet pemakanan harian anda memainkan peranan penting terhadap keseimbangan kolesterol dan faktor lain.
Berikut adalah makanan penurun kolesterol dan dapat mengurangkan faktor risiko lain yang menyumbang kepada penyakit jantung.
1. Terung
Terung mengandungi serat makanan yang tinggi dan merupakan antara jenis makanan turunkan kolesterol.
Serat membantu meningkatkan kadar kolesterol darah. Ia juga mengurangkan risiko daripada mendapat:
- Penyakit jantung
- Strok
- Obesiti
- Diabetes jenis 2
2. Epal, antara buah untuk kurangkan kolestrol
Pengambilan 2 biji epal sehari dipercayai dapat mengurangkan kadar kedua-dua jenis kolesterol.
Amalan ini juga menurunkan kadar trigliserida – sejenis lemak dalam darah.
Epal juga mengandungi sebatian yang disebut polifenol, yang dikatakan memberi kesan positif pada kadar kolesterol.
3. Ikan berlemak antara 10 makanan penurun kolesterol
Ikan berlemak seperti salmon dan ikan tenggiri adalah sumber asid lemak omega-3 yang sangat baik.
Omega-3 dapat memperbaiki kesihatan jantung dengan meningkatkan kolesterol HDL dan menurunkan risiko keradangan dan strok.
Manfaat pelindung jantung juga boleh diperolehi daripada ikan melalui sebatian peptida yang terdapat dalam protein ikan.
4. Buah-buahan
Buah adalah adalah antara makanan yang paling baik untuk menurunkan kolestrol.
Terdapat pelbagai jenis buah untuk kurangkan kolestrol dan tinggi dengan serat larut.
Buah juga mengandungi sebatian bioaktif yang membantu mencegah penyakit jantung dan masalah kesihatan kronik lain kerana kesan antioksidan dan antiradangnya.
5. Kekacang
Kekacang adalah sumber lemak tak tepu yang baik dan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat LDL.
Makanan turunkan kolesterol ini kaya serat dan dapat mengawal penyerapan kolesterol oleh tubuh dan meningkatkan proses penyingkirannya.
Antara jenis kekacang yang sesuai untuk diet sihat dan mengurangkan kolesterol adalah:
- Kacang badam
- Walnut
- Pistachio
- Pecan
- Kacang hazel
- Gajus
6. Coklat gelap, sebagai menu diet kolestrol seminggu
Koko yang terdapat dalam coklat gelap, mengandungi flavanoid – sebatian dalam kebanyakan jenis buah-buahan dan sayuran.
Sifat antioksidan dan antiradang yang terkandung di dalamnya dapat memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan secara keseluruhan.
Mereka yang ada masalah kolesterol tinggi disarankan untuk mengambil sebarang produk coklat gelap secara sederhana kerana kebanyakannya tinggi kandungan lemak tepu dan gula.
7. Teh hijau, 1 daripada 10 makanan penurun kolesterol
Kandungan antioksidan yang dikenali sebagai catechin dalam teh tertentu, seperti teh hijau, sangat bermanfaat kepada kesihatan.
Pengambilan teh hijau dipercayai dapat meningkatkan tahap kolesterol secara signifikan, mengurangkan tahap kolesterol total dan LDL tanpa menurunkan tahap kolesterol HDL.
8. Sayuran berdaun gelap, antara petua hilangkan kolestrol dengan cepat
Secara amnya, semua sayuran adalah baik untuk jantung. Pun begitu, sayuran berdaun gelap adalah antara makanan yang paling baik untuk menurunkan kolestrol.
Antara jenis sayuran berdaun gelap seperti bayam dan kangkung, mengandungi lutein dan karotenoid – yang dikaitkan dengan risiko penyakit jantung lebih rendah.
Sayuran jenis ini juga membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikat asid hempedu dan menjadikan tubuh menyingkirkan lebih banyak kolesterol.
9. Minyak zaitun
Extra virgin olive oil (EVOO) yang sering digunakan sebagai minyak masak adalah antara 10 makanan penurun kolesterol dan baik untuk jantung.
Kandungan lemak tak tepu mono (monounsaturated fat) yang terdapat dalam minyak zaitun ini membantu mengurangkan kadar LDL.
EVOO ini juga mempunyai sifat antioksidan dan antiradang yang sangat bermanfaat untuk keseluruhan kesihatan kardiovaskular.
10. Bendi antara 10 makanan penurun kolesterol
Kandungan seakan gel di dalam bendi yang disebut sebagai mucilage dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dengan mengikatnya semasa proses pencernaan.
Ia membantu menyingkirkan kolesterol melalui najis.
Kesimpulan
Jika anda tidak pasti sama ada 10 makanan penurun kolesterol ini sesuai untuk diet anda atau tidak, berundinglah dengan pakar pemakanan atau doktor bagi mendapatkan lebih kepastian.
[embed-health-tool-bmi]