Makanan tinggi kolesterol sering dikaitkan dengan masalah jantung. Ia merupakan sejenis nutrien yang sering disalahertikan.
Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group
Makanan tinggi kolesterol sering dikaitkan dengan masalah jantung. Ia merupakan sejenis nutrien yang sering disalahertikan.
Apa yang anda perlu faham berkenaan dengan kolesterol adalah bukan semuanya tidak baik untuk kesihatan.
Kajian saintifik menunjukkan kebanyakan makanan yang kaya dengan kolesterol turut mengandungi nutrien lain yang penting untuk tubuh badan manusia.
Artikel ini akan menerangkan perihal makanan berkolesterol yang anda boleh ambil dan makanan yang perlu anda elak.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Baca lebih lanjut tentang Kesihatan Jantung di sini.
Mungkin anda beranggapan bahawa makanan yang mengandungi jumlah kolesterol yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan.
Namun maklumat daripada kajian populasi tidak menunjukkan kaitan yang kuat di antara pengambilan makanan kolestrol tinggi dan penyakit jantung.
Walaupun pengambilan kolesterol dalam pemakanan anda boleh mengubah paras kolesterol di dalam badan, namun perubahannya tidak begitu ketara dan bagi kebanyakan individu, perkara ini tidak menjadi satu isu.
Malah, menurut kajian yang diterbitkan oleh Universiti Connecticut pada tahun 2018, 2 per 3 populasi dunia tidak mengalami peningkatan (atau hanya sedikit) pada paras kolesterol di dalam darah walaupun mereka mengambil makanan yang kaya dengan kolesterol.
Ia jelas menunjukkan ketakutan terhadap makanan tinggi kolesterol boleh dianggap sebagai tidak berasas.
Namun, anda juga perlu tahu, bukan semua makanan tinggi kolesterol adalah sihat. Berikut merupakan 5 makanan tinggi kolestrol yang patut anda ambil.
Telur merupakan salah satu makanan tinggi kolestrol yang sihat. Sebiji telur besar boleh membekalkan 211 mg kolesterol bagi memenuhi 70 peratus keperluan kolesterol harian.
Walaupun jumlah kolesterol yang terkandung di dalam makanan ini agak tinggi, tapi ia tidak memberi kesan ketara terhadap paras kolesterol di dalam darah.
Malah pengambilannya sering dikaitkan dengan peningkatan kolesterol baik, lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang baik untuk jantung.
Ramai yang sangka keju adalah makanan yang tidak elok untuk kesihatan. Hakikatnya ia tidak mempengaruhi peningkatan jumlah kolesterol secara signifikan terutamanya bagi keju berlemak.
Kajian yang melibatkan 162 subjek menunjukkan, pengambilan keju berlemak pada sukatan 80 gram tidak menyebabkan peningkatan pada paras kolesterol jahat, LDL.
Perkara ini dibandingkan dengan keju rendah lemak. Keju juga merupakan sumber kepada pelbagai jenis nutrien mikro penting seperti kalsium, protein, vitamin B dan vitamin A.
Ramai yang sangka organ dalaman tidak sihat. Hakikatnya, organ seperti jantung ayam mempunyai vitamin B12, zat besi dan zink serta antioksidan.
Ia sememangnya mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Dianggarkan pengambilan 56 gram organ dalam mampu memenuhi 36% keperluan pengambilan kolesterol harian.
Kajian yang dijalankan dalam kalangan 9,000 orang dewasa di Korea menunjukkan pengambilan daging organ pada jumlah yang sederhana boleh merendahkan risiko penyakit jantung.
Sardin bukan sahaja kaya dengan nutrien yang menyihatkan, ia juga mudah didapati dan sedap dimakan bersama dengan nasi atau roti.
Pengambilan ikan sardin seberat 92 gram mengandungi 131 mg kolesterol atau 44% daripada keperluan kolesterol harian.
Selain itu, ia juga kaya dengan vitamin D, vitamin B12, kalsium, zat besi, selenium dan banyak lagi.
Seperti makanan tinggi kolesterol dalam senarai ini, yogurt berkrim (tinggi lemak) juga mempunyai nutrien penting lain seperti protein, kalsium, fosforus, vitamin B, magnesium, zink dan kalium.
Secawan (245 gram) yogurt mengandungi 31.9 mg kolesterol bagi memenuhi 11% keperluan kolesterol harian.
Ia juga baik untuk kesihatan usus besar berikutan yogurt boleh memberikan impak positif terhadap bakteria baik di dalam usus.
Bukan semua makanan tinggi kolestrol mempunyai kualiti yang sama. Terdapat makanan yang boleh menyebabkan kesan buruk terhadap paras kolesterol di dalam darah.
Antaranya adalah seperti berikut:
Bukan semua makanan kolesterol tinggi tidak baik untuk kesihatan. Kolesterol adalah elemen penting dalam pembentukan sel dan ia mempunyai pelbagai jenis fungsi fisiologi positif.
Walau bagaimanapun, perkara ini tidak bermakna anda boleh makan tanpa memikirkan kualiti kandungan makanan yang diambil.
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, ajukan kepada doktor atau pakar pemakanan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen