backup og meta

5 Manfaat Omega-3 yang Patut Anda Tahu

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2022

    5 Manfaat Omega-3 yang Patut Anda Tahu

    Asid lemak omega-3 sangat penting. Ia mempunyai pelbagai manfaat kesihatan untuk tubuh dan otak anda. Malah, beberapa nutrien telah dikaji dengan teliti seperti asid lemak omega-3. Berikut antara manfaat omega-3 yang perlu anda tahu.

    1. Melawan depresi dan kegelisahan

    Depresi atau kemurungan adalah salah satu gangguan mental yang biasa di dunia. Simptomnya termasuk kesedihan, kelesuan dan hilang minat dalam kehidupan. Kebimbangan juga merupakan gangguan yang sangat biasa, iaitu kebimbangan dan kegelisahan yang berterusan.

    Menariknya, kajian mendapati bahawa orang yang mengambil omega-3 secara teratur kurang berkemungkinan untuk mengalami kemurungan. Jika orang yang mengalami kemurungan atau kegelisahan mula mengambil suplemen omega-3, simptom menjadi lebih baik.

    2. Meningkatkan kesihatan mata

    DHA adalah sejenis omega-3 dan komponen struktur utama otak dan retina mata. Apabila anda tidak mendapat DHA yang mencukupi, masalah penglihatan mungkin akan berlaku. Menariknya, pengambilan omega-3 yang mencukupi dikaitkan dengan penurunan risiko degenerasi makula, salah satu punca utama kerosakan mata kekal dan buta.

    3. Mengurangkan faktor risiko penyakit jantung

    Serangan jantung dan strok adalah punca kematian dunia. Beberapa dekad lalu, para penyelidik mendapati bahawa masyarakat yang memakan ikan mempunyai kadar penyakit yang sangat rendah. Ini disebabkan oleh penggunaan omega-3.Sejak itu, asid lemak omega-3 telah terbukti mempunyai banyak faedah untuk kesihatan jantung. Walaupun ia berfaedah pada faktor risiko penyakit jantung, namun tidak ada bukti meyakinkan bahawa suplemen omega-3 dapat mencegah serangan jantung atau strok.

    4. Melawan keradangan

    Keradangan adalah sangat penting. Kita memerlukannya untuk melawan jangkitan dan membaiki kerosakan di dalam badan. Walau bagaimanapun, kadang-kadang keradangan berterusan untuk masa yang lama, walaupun tanpa jangkitan atau kecederaan hadir. Ini dipanggil keradangan kronik (jangka panjang). Keradangan jangka panjang dapat menyumbang kepada hampir setiap penyakit kronik, termasuk penyakit jantung dan kanser.

    Omega-3 boleh mengurangkan pengeluaran molekul dan bahan yang dikaitkan dengan keradangan, seperti eicosanoid dan sitokin.

    5. Mengurangkan asma kanak-kanak

    Asma adalah penyakit paru-paru kronik dengan simptom seperti batuk dan sesak nafas. Serangan asma yang teruk sangat berbahaya. Ia disebabkan oleh keradangan dan bengkak di saluran pernafasan. Beberapa kajian telah mengaitkan penggunaan omega-3 terhadap risiko asma yang lebih rendah pada kanak-kanak dan orang dewasa muda.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Muhamad Firdaus Rahim

    Dokter Umum · Hello Health Group


    Ditulis oleh Farah Aziz · Disemak pada 20/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan