Kita sedia maklum berkenaan manfaat buah-buahan dan sayur-sayuran terhadap kesihatan fizikal manusia, tetapi adakah kita mengetahui berkenaan kebaikan buah-buahan yang mampu meningkatkan kesejahteraan dan kesihatan mental manusia?
Berdasarkan kajian bertajuk ‘Lettuce Be Happy: A Longitudinal UK Study on The Relationship Between Fruit and Vegetable Consumption and Well-being’ yang diterbitkan dalam jurnal Social Science & Medicine pada Februari 2019, kajian menyatakan bahawa dengan meningkatkan pemakanan buah dan sayur boleh meningkatkan kesejahteraan mental. Selain daripada itu, terdapat juga satu kajian pada bulan Julai 2016 yang diterbitkan dalam American Journal of Public Health berkenaan perkaitan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran dengan peningkatan kesihatan mental. Kajian yang bertajuk ‘Evolution of Well-being and Happiness After Increases in Consumption of Fruit and Vegetables’ menyatakan penemuan mereka yang dijalankan di Australia bahawa dengan peningkatan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran mampu memperbaiki kesejahteraan psikologi seseorang individu.