backup og meta

Malaysia Anjur IHW 2025, Pameran Kesihatan Terbesar di Asia Tenggara

Buat pertama kalinya, Minggu Penjagaan Kesihatan Antarabangsa (IHW) 2025 akan diadakan di Malaysia, dengan menghimpunkan lebih 900 peserta pameran tempatan, serantau dan antarabangsa, sekali gus menjadikan pameran penjagaan kesihatan terbesar di Asia Tenggara.

IHW yang bakal berlangsung di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) mulai 16 hingga 18 Julai ini. 

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan, klik di sini.

Pameran penjagaan kesihatan antarabangsa

Menurut Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, International Healthcare Week 2025 merupakan acara yang menampilkan pelbagai produk penjagaan kesihatan daripada bahan-bahan farmaseutikal hingga ke alatan makmal klinikal.

“Pameran ini merupakan platform terbaik untuk mempamerkan potensi Malaysia sebagai pusat inovasi kesihatan di peringkat global. IHW Kuala Lumpur akan menjadi pameran penjagaan kesihatan terbesar di Asia Tenggara,” ujar beliau ketika berucap dalam pelancaran rasmi IHW 2025.

Pengarah Portfolio Serantau ASEAN Informa Markets, Rungphech Chitanuwat berkata, penganjuran IHW membuktikan komitmen berterusan dalam memperkukuhkan kerjasama dalam sektor penjagaan kesihatan di rantau ASEAN dan seterusnya.

pameran penjagaan kesihatan
Pelancaran rasmi International Healthcare Week 2025, platform yang menampilkan pelbagai produk penjagaan kesihatan.

IHW adalah peluang untuk pemain industri berkumpul, bertukar idea dan membuka peluang perniagaan baharu yang mampu memacu kemajuan sektor penjagaan kesihatan di Asia Tenggara. 

Dalam sidang akhbar, Rungphech turut memberitahu lonjakan dalam penyertaan peserta pameran kali ini mencerminkan kepentingan antarabangsa yang semakin meningkat dalam sektor penjagaan kesihatan Malaysia, terutamanya farmaseutikal.

Dijangka terima 21,000 pelawat

pameran penjagaan kesihatan
Acara yang akan berlangsung sepanjang tiga hari pameran.

IHW 2025 merupakan acara yang dianjurkan Informa Markets, dengan kerjasama MATRADE sebagai rakan strategiknya. Pameran ini bakal menjadi platform yang menggabungkan lima pameran perdagangan antarabangsa di bawah satu bumbung. 

Pameran-pameran itu adalah:

  • CPHI Asia Tenggara – Merangkumi rantaian bekalan pengeluaran farmaseutikal yang menyeluruh
  • WHX Kuala Lumpur – Tertumpu kepada peranti perubatan, perkhidmatan hospital dan sistem kesihatan
  • WHX Labs Kuala Lumpur – Acara makmal perubatan perdana di rantau
  • Medtec Asia Tenggara – Khusus dalam reka bentuk dan pembuatan peranti dan teknologi
  • Persatuan Sistem Pengurusan dan Maklumat Kesihatan – Persidangan global terkemuka yang meneroka tema utama dalam kesihatan digital seperti kecerdasan buatan (AI), inovasi data, transformasi tenaga kerja dan penyampaian penjagaan saksama
pameran penjagaan kesihatan
Antara produk farmaseutikal yang wajib ada dalam setiap rumah.

Selain melibatkan lebih 900 pempamer, pameran penjagaan kesihatan yang dijadualkan berlangsung selama tiga hari itu juga akan mempamerkan lebih 15,000 produk dan solusi. Malah IHW dijangka akan menerima kehadiran lebih 21,000 pelawat dari lebih 50 buah negara.

Selain mempamerkan inovasi daripada pelbagai sektor penjagaan kesihatan, IHW juga turut menyediakan persidangan berdedikasi. Ia akan disesuaikan dengan keperluan perkembangan khusus industri masing-masing. Ia merupakan satu inisiatif bagi meningkatkan peluang pembelajaran, kerjasama dan pelaburan.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pharmaceutical Industry – Toolkit.https://toolkit.ncats.nih.gov/glossary/pharmaceutical-industry/. Accessed on May 30, 2025.
  2. PHARMACEUTICAL INDUSTRY. https://www.nimp2030.gov.my/nimp2030/modules_resources/bookshelf/e-04-Sectoral_NIMP-Pharmaceutical_Industry/e-04-Sectoral_NIMP-Pharmaceutical_Industry.pdf. Accessed on May 30, 2025.
  3. Medical Laboratory Science. https://www.mtu.edu/biological/undergraduate/medical/what/. Accessed on May 30, 2025.
  4. Digital health. https://www.who.int/health-topics/digital-health#tab=tab_1. Accessed on May 30, 2025.
  5. What is Medical Technology. https://apacmed.org/the-medtech-industry/what-is-medical-technology/. Accessed on May 30, 2025.

 

Versi Terbaru

04/06/2025

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Annes Nadia


Artikel Berkaitan

Obesiti Bukan Sekadar Berat Badan Berlebihan, Ini Penjelasan Pakar Mengenainya!

Bintang Drama Popular 'Meteor Garden', Barbie Hsu Meninggal Dunia Akibat Influenza


Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor · · · Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Dikemas kini 04/06/2025

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan