Pernahkah anda rasa lesu, lemah dan penat seawal pagi hari? Adakah ini disebabkan faktor pemakanan anda atau hanya kesan psikologi semata-mata? Buat pengetahuan anda, ada makanan untuk badan lesu yang boleh membantu tubuh anda kekal bertenaga.
Jom baca artikel ini untuk tahu contoh jenis makanan untuk badan lesu yang anda boleh ambil!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Pemakanan Sihat, anda boleh klik di sini.
Benarkah makanan adalah antara punca kelesuan?
Tujuan individu makan dan minum setiap hari adalah demi meneruskan hidup selain mendapatkan tenaga. Pun begitu, ramai yang mungkin rasa lebih lesu selepas makan.
Ini mungkin terjadi akibat makanan yang diambil cenderung tinggi karbohidrat, terutama dari gula atau kafein1.
Makanan yang bergula dan berkafein ini mungkin mempunyai kalori yang banyak untuk membekalkan tenaga, namun ia hanyalah bersifat sementara sahaja1.
Dalam masa sama, individu juga mungkin tidak sedar bahawa kelesuan itu datangnya daripada isyarat otak yang ingin memberitahu tubuh badan kita sudah keletihan.
Kesannya, anda mungkin akan hilang konsentrasi, lemah memori dan lambat memberikan tindak balas kepada sesuatu perbuatan atau perkataan2.
Jadi, anda mungkin tidak boleh hanya menyalahkan makanan dan minuman jika badan mula rasa lesu. Anda patut tahu had diri sendiri di dalam setiap aktiviti seharian.
Nutrisi penting perlu ada untuk kesihatan mental dan fizikal
Untuk kekal cergas dan kuat, anda bukan sahaja memerlukan minda yang stabil dan sihat. Malah, anda juga perlu mendapatkan nutrien yang ada di dalam makanan penambah tenaga tertentu.
Dengan pengambilan nutrisi di dalam makanan penambah tenaga yang betul, tubuh anda dapat menukarkan ia bagi menghasilkan tenaga di dalam tubuh badan.
Apa yang lebih mustahak lagi, pengambilan mikronutrien penting di dalam jenis makanan untuk badan lesu yang tepat turut membantu menyihatkan minda dengan cara meningkatkan kemampuan kognitif individu3.
Dengan penjagaan kesihatan mental dan fizikal, kesejahteraan diri anda juga secara keseluruhannya akan terjamin!
9 contoh jenis makanan untuk badan lesu
Umumnya, makanan penambah tenaga adalah daripada jenis makanan segar (bukannya makanan yang telah diproses atau disejukbeku) dan kaya dengan nutrien penting untuk kesihatan otak dan tubuh badan.
Beberapa contoh makanan untuk badan lesu merangkumi:
Makanan untuk badan lesu #1. Telur
Sebiji telur mengandungi banyak nutrisi. Menurut United States Department of Agriculture (USDA), telur mengandungi tinggi tenaga dan protein4.
Ia turut menyediakan pelbagai lagi vitamin dan mineral yang diperlukan termasuk beberapa jenis glukosa yang boleh membantu menambah tenaga4.
Disebabkan itu juga, menu yang berasaskan telur sering dijadikan makanan penambah tenaga untuk orang sakit dan makanan penambah tenaga untuk orang tua.
Makanan penambah tenaga #2. Pisang
Pisang juga adalah sumber kalium, serat dan karbohidrat yang baik. Gabungan karbohidrat dan serat ini memberikan sumber tenaga yang tahan lama.
Journal of Food Science and Nutrition menjelaskan, buah ini tinggi nutrien serta boleh menyumbangkan kesan elektrolit, sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan penyumbang tenaga yang baik5.
Para penyelidik menyimpulkan bahawa pisang adalah sumber tenaga yang baik, terutama jika diambil sebelum menjalani jangka masa latihan yang panjang.
Maka, tidak hairan jika buah ini adalah makanan penambah tenaga untuk atlet yang paling popular!
Makanan penambah tenaga #3. Tembikai
Tembikai adalah sumber penghidratan yang hebat. Menurut Agricultural Marketing Resource Center, buah ini terdiri daripada 92% air dan mengandungi vitamin C, vitamin A dan banyak nutrien lain6.
Masalah kekeringan atau kekurangan air dalam tubuh badan boleh mengakibatkan kelesuan.
Walau bagaimanapun, tinjauan dari tahun 2010 menunjukkan penghidratan yang betul dapat meningkatkan kewaspadaan mental dan kesejahteraan fizikal.
#4. Kacang badam
Tahukah anda, badam kaya dengan nutrien seperti lemak, serat dan protein?
Kedua-dua protein dan lemak akan memberikan rasa kenyang dan dapat membantu meningkatkan tahap tenaga seseorang7.
Selain itu, badam juga mengandungi vitamin E dan magnesium serta sesuai dibuat sebagai makanan ringan pada waktu petang7.
#5. Minuman tanpa gula dan kafein
Minuman bergula dan berkafein yang diambil secara bersederhana bagus dan mempunyai beberapa manfaat kesihatan.
Namun, ia hanya bertindak sebagai stimulan kepada tenaga yang diperlukan, dan tidak berkesan dalam jangka masa panjang8.
Sekiranya anda ingin mendapatkan manfaat sepenuhnya, pilih kopi warna hitam atau teh tanpa gula.
Soda dan minuman bertenaga dipenuhi dengan gula halus yang membawa kepada masalah kesihatan lain sekiranya diambil berlebihan.
#6. Air kosong
Seperti yang diketahui umum, air kosong adalah sangat penting untuk tubuh berfungsi pada tahap yang optimum9.
Walaupun air tidak memberikan tenaga dalam bentuk kalori, namun ia dapat membantu memudahkan proses pengaliran dalam badan9.
Cuba banyakkan minum air kosong sepanjang hari, dengan menggantikan pengambilan air bergula seperti soda, kopi, teh dan lain-lain.
Perubahan sederhana ini dapat memberikan perbezaan besar, dan badan anda pasti akan menghargainya!
#7 Biji chia
Biji chia juga kaya dengan serat dan nutrien-nutrien penting. Sebagai contoh, 1 auns biji chia mengandungi 4 gram protein, 11 gram serat dan 9 gram lemak10.
Selain itu, serat berguna untuk mencegah daripada berlakunya lonjakan gula darah sekitar waktu makan.
Ini kerana perubahan kadar gula darah yang cepat adalah kemungkinan menyumbang kepada kelesuan.
Makanan penambah tenaga #8 Oat
Oat juga bersifat tinggi serat dan mempunyai karbohidrat kompleks11.
Tubuh dengan mudah akan menguraikan karbohidrat halus dan menggunakannya untuk memberi peningkatan tenaga jangka pendek. Gula adalah salah satu contoh karbohidrat halus.
Walau bagaimanapun, karbohidrat kompleks lebih sukar bagi tubuh untuk dipecah. Ini menjadikan mereka sumber tenaga yang lebih tahan lama.
#9. Sari pati ayam
Anda juga boleh mengambil sari pati ayam sebagai salah satu makanan yang membekalkan tenaga pada tubuh.
Ini kerana makanan ini mengandungi banyak manfaat bukan sahaja kepada kesihatan fizikal malahan juga mental12.
Kandungan seperti asid amino L-Histidine boleh membantu meningkatkan fungsi otak dari segi pemikiran, tumpuan dan lain-lain manfaat untuk minda sihat12.
Makanan untuk badan lesu yang perlu anda elak
Sebilangan makanan serta minuman lebih-lebih lagi jenis yang diproses boleh meningkatkan perasaan letih dan lesu1.
Sebagai contoh, makanan yang tinggi gula atau kafein hanya dapat membekalkan tenaga buat sementara waktu, tetapi energy boost ini sering membawa penurunan tenaga secara mendadak1.
- Makanan bergula tinggi
- Minuman berkafein tinggi
- Sumber yang diproses, seperti kerepek kentang
Makanan untuk badan lesu yang boleh dipertimbangkan
Ketahuilah bahawa mental yang sihat boleh membantu perkembangan fizikal yang lebih kuat. Jadi, anda boleh mempertimbangkan pelbagai jenis makanan untuk badan lesu yang kami nyatakan di atas.
Selain kismis yang baik untuk minda, apa lagi contoh makanan yang boleh membantu menguatkan minda?
Memperkenalkan sari pati ayam BRAND’S®, produk yang mengandungi asid amino L-Histidine yang boleh membantu meningkatkan ketajaman pemikiran dan tumpuan.
Dalam erti kata lain, ia akan membantu membuat anda berfikir dengan jelas dan bertindak lebih cepat!
Buktinya, kajian klinikal telah menunjukkan pengambilan 1 botol sari pati ayam BRAND’S® selama 10 hari mampu menambahkan konsentrasi serta fokus.
Apa yang lebih menarik, produk ini boleh digunakan di dalam pelbagai jenis masakan seperti sup serta banyak lagi sajian serta hidangan seharian.
Ditambah dengan contoh jenis makanan untuk badan lesu dan makanan penambah tenaga di atas, produk ini boleh membantu memelihara kesihatan mental, sekali gus menguatkan fizikal anda.
#BRANDSEssenceOfChicken #BRANDSStaySharp
Ketahui lebih lanjut tentang sari pati ayam BRAND’S® dan L-Histidine di sini!
[embed-health-tool-bmr]